28 December 2011

Jangan Dengki Kalau Kau Tak HOT kay!

pepagi lagi aku dapat message kat fb dari anak buah aku. sungguh kesian tul kat dia ni. lepas satu, satu yang dia dapat. siap ada makhluk yang dengki tuh wat page Anti Budak Hot ni.


sebelum ni fake profile guna nama anne michiyo. bukan satu. banyak. letih aku nak klik report tu. kali ni yang ni plak. kat twitter pun orang buat fake jugak.

tolong ek sesape.. tolong klik report page.

P/S to Kiki : ok pe apun. dia anti you sebab you budak hot. dia tak hot la kot. tak pun dia hot sebelum ni tapi lepas you ada kat sana saham dia jatuh menjunam. memang ar dia nak dengki-dengki. dia tak cukup hot lettew... HAHAHA. takpe kalau hot sebab you cantik, you comel. asal tak sundal macam pompuan nama Ella tu. taknak macam tu okay. tak nak,tak nak.

23 December 2011

Aku Pasrah

hari ni jiwa aku mati. 
tahniah awak.
takziah hati.

"Congrats. Semoga bahagia". memang. memang saya tak ikhlas. sebab saya tak redha. tapi saya pasrah. saya mengalah. jadi saya menyerah kalah.
patutnya dari dulu lagi aku menyerah kalah. nasihat kawan-kawan tak nak dengar. tak nak kesian pada orang yang sayang aku dan nakkan aku. tak nak orang lain selain dia konon. bukan tak nak selain dia, hanya mahu sebaik dia atau lebih kurang macam dia. SOMEONE LIKE YOU. kenalah tu dengan lagu tu. tapi tak jumpa pun. susah. mungkin dia yang spesies 'aneh' dan sukar dijumpai.

tersentap jiwa raga bila tengok dia tukar status single kepada in a relationship with gadis whatever her name tu lah. check timeline aku, yang latest sekali aku like satu link ni Awak, Belajar Ucap Selamat Tinggal. kebanyakkan tulisan dari blog ni memang buat aku makan dalam. memang banyaklah karya dia macam kena je dengan aku, dengan kisah aku. mungkin ini salah satu tanda yang seharusnya boleh buat aku fikir 500 juta kali untuk terus menunggu sibutahatisaya tu. (err..bukan ke sebelum ni cintahatisaya?)

takpelah. aku pasrah. kalau dia bukan jodoh kita, kita buat macam mana sekalipun dia tetap bukan jodoh kita. andai dia jodoh aku, pasti suatu hari nanti dia akan jadi milik aku. Insyaallah. aku ikut je masa bawak aku ke mana, dengan siapa. dia? biarlah dengan siapa pun dia nak. aku? masih jauh perjalanan.

wah.

Awak.
Ini mungkin masa paling sesuai.
Untuk awak hentikan buai.
Masa untuk menyelaraskan piawai.
Agar tiada lagi hati tergadai.

Awak.
Belajar untuk ucap selamat tinggal.
Agar tidak pernah rasa kesal.
Anggap sahaja masalah itu sebagai sesi suai kenal.
Yang mungkin pernah hentam kepala bagai mahu tertanggal.
Yang sakitnya seperti mahu meninggal.
Berlalu seperti kapal.
[petikan dari Awak, Belajar Ucap Selamat Tinggal.]

Awak, tolong jaga jersi Negeri Sembilan yang sangat saya rindukan tu dengan baik. Itu aje saya mintak.

05 December 2011

i heart you

saya suka awak.
sebab awak ensem :)
sebab awak baik :P
sebab awak tinggi ^_^
sebab yang paling penting, awak lelaki :D

saya suka parut 2 inci di pipi awak.
saya suka senyuman awak nampak gigi putih tersusun.
saya suka jalan awak yang sikit tempang tu.
saya suka awak panggil saya tembam.
saya suka rupa melayu awak walaupun awak memang berbangsa melayu.


saya suka awak.
bila awak kenyit mata pada saya.
bila awak "muah" pada saya.
bila awak cubit pipi saya.
bila awak rangkul saya rapat ke dada bila N.Sembilan menang Piala Malaysia ;)

saya suka awak.
lelaki yang beri motivasi & inspirasi.
lelaki yang buat saya buat "kerja gila".
lelaki yang buat saya usaha bersungguh-sungguh.
lelaki yang buat saya patah seribu & buat saya seribu kali cinta.


saya suka awak sebab awak adalah awak.
awak satu-satunya awak yang saya pernah ada, dalam hati & dunia.
takde orang lain macam awak kat luar sana.
awak takde gantinya.

:: try to find another guy like you but failed, inspired by Adele-Someone Like You.

10 November 2011

dah tahu, tanya lagi !

aku : nak g karok tak ?
cintahatisaya :haha. tak nak arh. nak gi dating jap ni. 
aku : ok

esoknya jumpa ...
cintahati : apasal reply ok je semalam ?
aku : dah tu awak nak saya reply ape ?
cintahati : takdela. balas ok je. bunyik cam kecewa je.
aku : ^_^


 . . . . . .
diam je lah. apa lagi nak cakap kan. dah tahu kecewa, buat-buat tak faham lagi kenapa?
dah tu, aku nak reply apa ? nak aku reply 'tak boleh dating org lain!' or 'dating ngan sape?kat mana?' or yang jiwang-jiwang cam 'awak, nape awak kena cakap kat saya awak nak dating?sampai hati awak'.  camtu ke ?
ah! aku tahu dia bukan jenis yang layan mesej jiwang-jiwang ni. dan 'ok' tu je pun dah cukup utk tunjuk rasa kecewa.

damn! dia tipu aku lagi. wtf. dia tak dating pun. aku tahu dia tipu, dan memang tu yang aku nakkan pun. tapi rasa ragu tu ada lagi. sebab dia sukar diramal. kadang-kadang betul, kadang-kadang saje je nak bergurau.

02 November 2011

last minute punye planning

sebelum game start
<3
mulanya aku nak ikut boikot tiket piala malaysia '11, tapi pastu tok mat kasi subsidi 20 ringgit so tiket dah murah sikit. 2 hari kaunter bukak kat stadium & rahang, aku hanya pikir je nak gi ke tak nak. masuk hari perlawanan still lagi pikir nak gi ke tak nak. *ade ke patut?patutnya kena ada perancangan awal.

aku takde geng nak pergi. yang excited nak gi cuma aku & eira je. sabtu tu, nasib baik paksa diri gi keje, buleh on9. masa tu lah buat keputusan nak pergi jugak. tak kiralah tiket mahal ke murah ke, ade geng ke takde ke asal pergi. satu sebab aku memang excited nak tgk live n9 main. dua sebab tghari tu cintahati aku ada text kata "jumpa kat sana je lah". walaupun secara kasarnya tak nampak macam dia ajak tengok sama-sama tapi tu lah hakikatnya. ego tak habis-habis.

balik kerja terus gi stadium paroi beli jersi, tukar myk itam, tukar tayar. lepas tu siap trus gerak. jem kat tol batu 3 smpai stadium. lenguh kaki aku tekan klac. kalau auto sedap sikit. huhu. dah pergi 2 org. duit byk pakai, tol, myk, makan. lagi, tak tahu jalan pun, follow 1 keta satria ni, penyokong n9, ikut blkg sampai dia parking. haha. buat-buat cam kenal. tiket takde lagi ni, nasib baik sorang ni ada tiket lebih. tapi tak jual mahal. 30 ringgit jugak. tiket ori taw.

tabletalk perempuan vs lelaki - "lelaki MEMANG camtu"
lepas abis, aku terus gerak balik seremban. plan asal nak tidur rumah kaklong. tapi sebab cintahati aku ajak lepak, tak pikir panjang ah. seremban!!! aku sampai awal gile. 1 pagi kot. aku pecut lah sebab aku banyak guna masa kat pam minyak. toilet ramai orang guna. pastu bukan senang nak jumpa/lepak ngn dia ni. memang susah. so peluang yg ada kena guna sebaiknya. rupanya cintahati aku tak sampai lagi. dia still kat stadium. jalan jem! haha. terkena lagi aku. dia kata dia dah sampai. :p

dpt pertolongan utk amik gambar senyap-senyap? thanks lah. korang memang best. tak payah suruh pun.

BERBALOI walau last minute nyer planning. sangat-sangat.

25 October 2011

Punah Diet Aku

tahu tak sekarang aku tengah mengalami tekanan? huhu.

berat aku naik balik. memang betul kan?kan?kan? berat sekarang 65kg. WTF! before raya 61kg je. happy je tengok penimbang berat tu. tapi sekarang tiap kali naik atas benda alah tu mesti nak menyumpah. FYI, aku ada beli fat burner utk bantu aku membakar lemak dengan lebih cepat bila berdiet. actually makan fat burner ni KENA jaga makan & bersenam jugak.

Kevin Zahri kata dalam blog dia :
Yes, fat tentunya akan menolong and bagi boost untuk fat/weight loss tetapi hanya sekiranya dengan gabungan pemakanan dan semanan yang seimbang.
Tapi, tapi.. haa aku ni nama je guna fat burner. MAKAN tak jugak jaga! WORKOUT tak jugak buat! memang lah tak turun berat tu walau ada fat burner sekalipun. adoi. mungkin sebab dah makan sakan masa raya hari tu, so aku tak leh nak control lagi makan. *sedih

kat situ aku/korang silap. sebenarnya, setelah diteliti sebab musababnya dalam-dalam, aku sure penyebabnya ada dua je. satu, aku sebenarnya boleh je jaga makan macam hari tu. cuma aku ni dah takde sebab untuk kejar penurunan berat badan lagi dah. yelah, seperti mana ada yang tahu, aku ni nak kurus sebab Marzuki je. sebab dia suruh. sebab dia nak aku kurus balik. sebab aku nak dia. sebab aku nak turuti permintaan dia. sebab aku nak tunjukkan kat dia aku boleh buat. dan seperti mana yang dah tahu jugak, Marzuki sekarang BUSY. dah tak sms/missed call aku hari-hari macam dulu. senang cerita, tak contact lansung lah. msg pun dua tiga sms je pastu senyap. kuih raya aidilfitri pun tak ambik-ambik lagi. ni nak raya aidiladha dah. so aku rasa cam "watpe aku nak kurus kalau dia takde?". ce dia contact aku lik cam dulu mesti aku ye ye nak kurus lik. dia je yang boleh paksa aku buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

dua, sebab gim tu dah SANGAT-SANGAT MEMBOSANKAN! dah campur laki & perempuan. perempuan yang datang pulak, alamak ai sorang dua je ???? alatan pun lelaki je yang banyak pakai. aku dah try pergi jugak macam selalu tapi dah tak boleh buat aku 'ghairah' berworkout macam hari tu lah. belum sampai setengah jam aku kat dalam, dah buat aku rasa nak balik, nak balik, nak balik.

Tapi takpe, aku nak kurus, cuma dah tak terdesak macam hari tu kot. SLOW-SLOW FIEZA.

bukan takde lelaki lain yang challenge aku kurus, ada, cuma diorang tak berapa nak sangat lah utk jadi seorang penyebab/motivasi utk aku kurus kerana mereka. boleh tak kata macam ni ? : )

------> hari ni (1 Nov) baru aku perasan entri ni tak post pun dari hari tu lagi. huhu. tahu tak Marzuki tengah bercuti sekarang? cam tahu-tahu je sumber motivasi aku sudah kembali. dah 4 hari aku ikat perut ni. tak tahu lak ada perubahan ke tak. 

 
untuk makluman, penimbang berat aku dah jahanam. ye, sebab aku lompat diatasnya masa timbang berat tapi berat tu tak gerak2. lansung jahanam. kena beli baru :D

03 October 2011

tersentak dari lamunan

aku hampir mungkiri janji pada diri sendiri
takkan menunggu lagi.
aku disedarkan oleh kawan-kawan.
maaflah kawan, aku terikut-ikutkan hati yang sedang rindukan dia
walaupun sebenarnya aku dah nampak sebab musabab dia cari aku malam tu.
tapi aku hanya nak jadi kawan yg baik masa susah dan senang dia, suka dan duka dia.
ya memang! betul apa kata kawan.

aku nak bagitahu kawan,
depan aku ada dua tiga pilihan
dan aku belum memilih
sabar, bagi aku masa
jangan bikin aku buat keputusan terburu-buru
aku tak mahu buat kesilapan
aku cuma nak yang terbaik buat aku
untuk diri dan masa depan aku yang selayaknya

ya, kau menangkan dia
tapi syarat yang aku beri pada dia itu munasabah.
kalau dia nakkan aku, dia usaha untuk turuti syarat.
bukannya nanti-nanti baru buat,
bukannya nanti-nanti baru ubah,
aku nak sekarang dan seterusnya, bukan nanti-nanti.
nanti-nanti tak ubah keraguan yang sedia ada.

terima kasih kawan.
aku hargai keprihatinan kamu-kamu
maaf kalau aku banyak melawan.
aku menang lawan kata kau,
tapi sebenarnya aku kalah dengan kata hati sendiri :'(

:: aku rasa aku lagi sedang jatuh hati. tapi aku masih tak sure. dia ni pun tak seperfect mana.

27 September 2011

telek adik bucuk aku

Dear telek,
semalam aku mam mangga weyh. tetibe je teringat kau. rindu lah kat kau. kan selalu kalau mak potong mangga, kau ngan aku rebut-rebut. tapi kau takde kali ni. rasa bosan mam mangga tu sorang-sorang.

aku jumpa kawan-kawan kau mesti ade yang tanya bila kau nak balik, mana kau, kau watpe kat karak and watsoever lah. mencik aku nak jawab. diorang tak leh text ko tanya sendiri ke? hampeh tul.

aku dah gi gym balik lek. lain la rasa dia lek. selalu aku nak kuar umah, kau mesti kutuk-kutuk aku. gemuk la, tak leh kurus lah, nanti badan aku ada muscle-muscle lah. gym dah campur laki pompuan sekarang. nanti kau balik, kau dah tak kerja sana kita gi gym sama-sama eh. kau kan nak naikkan badan kau. nak muscle besar-besar.

Telek. balik lah. aku rindu.

Kakak kau yang comel nak mampus tapi kau taknak akui,






:: plan nak gi Broga & Gunung Datuk. tapi plan rasa tak meriah tanpa telek busuk ni.

26 September 2011

Salah Sendiri ?

perkara pertama aku pandang bukan rupa
tapi hati

tapi tak sampai sehari
dengan mudah aku biar hati disakiti
sekali lagi
 
takpe, hati aku dah biasa disakiti
dah berulang kali aku bagitahu kan?
dah biasa.
lali.

tapi.. selali-lali itu, sakitnya aku tetap rasa
disudut terdalam dalam hati

biarpun sikit
sakit tetap sakit
pedih tetap pedih

:: takkan kau mengalami sesuatu tanpa rasa

23 September 2011

Sentiasa Ada Disini

aku tak menghilang. yang menghilang, menghindar itu kau. aku ada je kat sini. merindu tapi tak menunggu, tanpa kau dan lainnya sedar. aku dah tak mahu tunggu. aku dah kata. tapi aku tak boleh buang kau. bukan keinginan aku.

tolonglah jangan seksa hati aku lagi.

aku simpan lagi kuih raya kau. raya dah nak abis dah oi. aku senyap. aku pendam semua sakit. bila kau tanya apa yang kau mintak, rasa macam nak tunjuk jari tengah ni kat kau. penghantaran macam mana kau nak aku guna? aku sendiri yang hantar? BUKAN. pos? KAU KEDEKUT ALAMAT. macam bodoh aku kat sini.

kau senyap lagi. busy mungkin.

update aku jadual kerja kau. aku tak nak aku salah masa contact kau nanti.

21 September 2011

Hey you saka, pergi jauh-jauh!

Lama kot aku tak menaip entri baru.

hmm...

aku sangat tak puas hati lah dengan ex-jiran aku. ni nak dok bagitahu korang semua. kalau keturunan korang ada saka, bila saka tu nak carik waris, nak-nak korang lak waris tu, terima je lah. ini pun sekiranya sebelum korang terima tu, korang tak sempat nak gi jumpa mana-mana tok bomoh yang handal untuk buang jauh-jauh saka tu lah. kalau sempat, alhamdulillah. aman hidup korang ye tak? sekiranya korang tak sempat pulak, korang accept je lah dulu saka tu. then rajin-rajin lah usaha carik ustaz untuk bunuh/buang saka tu dari hidup korang. jangan dok nyusahkan hidup orang lain pulak. macam yang terjadi kat kami-kami ni.

ex-jiran aku tu, Makcik Jenab (bukan nama sebenar), mak dia yang dah meninggal 2-3 bulan lepas tu memang ada saka. bila dah meninggal *tu pun dalam keadaan yang susah sangat nak mampus*, saka tu carik waris. tapi anak dia ni tak nak terima. saka tu pulak naughty sungguh. dok kacau dia, bukak tutup paip air, main segala macam yang boleh dia main dalam umah tu sampai makcik jenab ni tak tahan dah lalu pindah umah. tinggallah saka ni sorang-sorang. umah tu pulak anak dia sewakan kat orang. seingat aku lah, dah 4x umah tu dia sewakan kat orang termasuk yang perempuan-2 yang baru menyewa tu. 3 penyewa sebelum ni semua tahan tak sampai sebulan pun, ada tu 3 hari je sebab tak tahan kena kacau. yang perempuan-2 bujang ni aku nak tengok dorang berapa lama bertahan kat rumah tu. sibuk dengan pengkid. menyampah aku tengok.

sambung lik, abaikan cerita pengkid dan perempuan-2 tu...

sebelum ni aku dok dengar citer jiran tu, jiran ni kena kacau. dia main cak-cak ngan mereka, main paip air, memunculkan diri depan diorang la hape la. diorang kata ada dua. satu lembaga hitam yang besar & berbulu, satu lagi memang rupa dia sebijik cam nenek yang dah mati tu. kali ni mak aku sendiri yang kena. isnin yang baru lepas ni la saka bodo tu dok kacau mak aku masa mak aku tengah tidur sampai demam mak aku. dah berapa hari mak aku demam tak elok-elok jugak. effectnya pada aku pun ada gak walau aku lum kena lagi. aku dah tak leh sorang-sorang dalam umah tu, macam-macam lah aku pikir. dalam bilik mandi pun sama, mandi nak laju je. benda ni jadi kat aku time malam tiba je. siang aku no hal der. lagi satu aku dah tak leh dah tidur kat umah tu. dah berapa hari ni aku tidur kat rumah yang bukan rumah aku. sian mak aku. nasib baik bapak aku ada. pagi nak gi keje aku balik lah.

memang aku hangin dengan makcik jenab ni, ape salahnya dia usaha carik ustaz mana-mana pun la untuk halau saka tu, bunuh ke hape ke. ni tak, biarkan je ganggu jiran-jiran. yang aku dok menyumpah bukan orang lain. makcik jenab tu jugak yang kena sumpah seranah aku. buat orang marah je. tak aman lah hidup kau walau kau dah pindah umah sekalipun. mintak-mintak bala lain lak datang kat kau makcik jenab!

13 September 2011

#kata-kata

saya rindu awak sangat-sangat

09 September 2011

entri #1 yang tak tahu tajuk apa nak bagi

aku dah buat keputusan untuk berhenti
penat dah biarkan hati disakiti sesuka hati
oleh dia yang tak pernah peduli betapa terlukanya hati

setelah banyak kali meneliti
ini keputusan yang pasti
buat masa ini **lah pulak?

tu lah lelaki
memang macam ni
bilalah nak jumpa yang lain dari yang ini
atau
lebih bagus dari yang ini?

takpe sekarang dia pergi
suatu hari dia pasti akan kembali
bila dia hilang cinta sejati yang dia ternanti-nanti

26 August 2011

hari raya dah dekat

selepas berhari-hari, akhirnya dapat gak aku call dia balik. yeah! tapi sedih ar dengar suara dia. sayu hati aku. nak nangis tapi tak reti. cuma boleh tumpang kecewa sama je. mintak dia banyak-2 sabar.

ah! memang tak boleh lah. nak sedih jugak, nak sedih jugak.... #hentakkaki

hope hari ni pegawai dia baik hati bagi dia balik. fuh..fuh.. #tiupsikit.

 

weyh, gaji aku tak masuk lagi. apa barang aku dah beli? beg sandang! yup. beg ni takde pun dalam list shopping. tetibe je. ni la salah satu sebab bajet lari. bengong fieza ni. gaji ouh gaji bila nak masuk dalam akaun bank aku ni. aku nak gi shopping sabtu & ahad. lau tak, jadual aku lari lah.

tengok, siap ada jadual tu. yela, aku busy buat kuih sampai benda lain tak bikin lagi. memang hari ni sampai pagi subuh nak raya tu tak cukup rehat lah aku. shopping, bikin almond london, tukar minyak itam, tukar tayar, cat bilik (kaler hijau weyh)... peh banyak kan?

bila assistant aku nak masuk kerja lagi nih.

25 August 2011

Kurang dari 12jam bersama Sandy

Semalam tiba-tiba abang aku & Telek balik. Semata-mata sebab nak bawak balik seekor anak tupai. Anas beli dari orang asli kat Karak tu. Ala tupai biasa je. Jadi lah.. nak sangat sugar glider kan, tapi mahal nar. Anas pun tak nak belikan untuk aku. Last-last dia beli tupai tu je. memang baby lagi. mata pun tak bukak lagi.

Ceh.. siap dah berangan dah pasni nak bawak jalan-jalan macam orang bawak sugar glider mereka jalan-jalan.


betty & farid bagi nama Karim. lepas tahu betina, farid kasi nama Kamariah. Adoi. Tak cool lansung.

Aku bagi nama Sandy, nama watak Sandy dalam Spongebob uh.

Tapi Sandy dah mati! Lepas sahur, aku tengok dia dah tak gerak. Huaaaaa .... :'(
#Sedih

Angan-angan nak bawak jalan-jalan mati kat situ. Nasib baik sempat amek gambar masa dia hidup.

sudah keras woo..

20 August 2011

alih tanpa perlu mati

kalau boleh, nak cabut hati yang rapuh ini
alihkan dalam balang dan ketepikan
letak balik didalam bila di perlukan
biar takde perasaan
biar jadi manusia paling kejam
supaya aku tak rasa sakitnya hati
supaya hati ini tak terluka lagi


Apun : kalau hati auntie takde, camne auntie nak hidup?
[heh, dia buat lawak pulak disini]

18 August 2011

Yeah!

Aku menang, kau kalah wahai perempuan!*virus
walau aku tak berapa nak menang sangat
tapi
aku masih menang 
dan 
kau sudah kalah bitch

16 August 2011

Kau dengan aku sama dengan je


Aku cuma nak kau faham
Sebab aku rasa kau memang boleh faham
tapi kau tak nak fahamkan apa yang aku nak kau faham
sebab satu,
kau nak aku faham kau seorang je
faham perasaan kau
faham hati kau
faham keadaan kau
perasaan aku?hati aku?keadaan aku ada kau cuba selami dan fahami?

Aku dah cukup faham dengan apa yang kau nak aku faham,
dengan apa yang kau nak aku tahu pasal hati kau.
Tapi cuba kau faham hati aku pulak
Sebenarnya kan, kau patut boleh rasakan apa yang aku rasa
Sebab kau dengan aku lebih kurang je
Aku sayang ex aku *kau lah tu
Kau pulak sayang lagi ex kau
sepatutnya kau boleh fikir apa akibat & rasa yang aku tanggung atas tindakan & kata-kata kau
cuba kau lah.. ex kau buat perkara yang sama yang kau buat kat aku pada kau
aku bajet kau mesti frust gile.
sebab aku pun frust gile bile ex aku yang aku sayang sekali lagi ni buat aku macam ni.

Tapi sekarang kau ingat hati kau je, sebab tulah kau dengan selambe dek je mengungkap kata-kata
yang melukakan hati aku
yang buat aku nak nangis tapi tak tkeluar air mata ni
buat hati aku yang dah berjahit bertampal ni terkoyak lagi

Aku tak pernah pun cuba untuk sakitkan hati kau
Aku tak pernah pun cuba luahkan apa yang aku rasa
kecuali kau yang mulakan
kalau boleh aku nak pendam tapi tiap kali tu kau yang mulakan  
*aku sure gile kau yang bukak topik pasal perasaan
kau yang cerita tentang ex-ex kau
tentang apa yang kau lalui
lepas tu baru kau bagi aku peluang nak cakap pasal hati aku
tapi aku baik, aku tapis-tapis semua kata-kata aku
sebab aku taknak sakitkan hati kau


Ah. aku nak ignore kau. tak tahu mampu ke tak mampu ke aku bertahan tanpa mdengar suara kau

*padahal aku de record call kite
mampu ke aku tak dengar khabar kau untuk sehari


Kita mungkin tidak pernah berhenti mencintai seseorang, tetapi kita belajar untuk memendam perasaan itu ke dalam sudut yang paling dalam - LordZara



12 August 2011

Aku tak mintak korang faham aku, tapi cuba korang ada ditempat aku?

Kalau ikutkan hati aku ni, aku tak nak dengar kata-kata orang lain. Aku nak percaya je kat dia. Tapi dia sendiri pun kadang-kadang buat aku keliru, tertanya-tanya... Sampai ada masanya aku jadi seorang #minahperasan kerana percaya apa yang dia buat, dia ucap itu ikhlas dari hati.

Aku cakap macam ni atas dasar kepercayaan yang dia sebenarnya sayangkan aku. Cuma dia EGO. Atau ada sebab musabab yang lain? Dia takut, risau pisang berbuah dua kali? Atau dia masih mahu menguji sedalam mana cinta aku, berapa banyak kesabaran yang aku ada atau berapa banyak kekuatan yang aku ada untuk bertahan? Atau dia masih perlukan beberapa calon lagi sebab takut tersalah pilih? Entahlah, aku pun tak tahu yang mana satu. Yang aku tahu, dia seorang lelaki yang tinggi EGOnya.


Ada masanya aku rasa PUTUS ASA kerana aku kadang-kadang hampir terjerat jugak dengan kata-kata orang dan perangai dia yang menyakitkan hati. Motif dia? Memang suruh aku putus asa, saje je nak bergurau atau memang sengaja buat aku sakit hati mahupun cemburu?

Bila aku nakkan kepastian, tak pernah pulak dia kecewakan aku. Semua jawapan yang dia bagi semua jawapan selamat yang mana memang jawapan yang aku harapkan dapat dengar dari mulut dia. Biarpun jawapan itu yang aku mahu, tapi aku rasa tak puas hati. Mana lah tahu mulut kata lain, hati pulak kata lain.

Dua orang kawan baik aku seolah-olah menghalang aku dari terus menunggu dia. Dulu Erni pernah kata ini, semalam Apend kata itu. Aku diamkan diri. Demi menjaga hati kawan, aku SENYUM. Padahal aku nak lontarkan pandangan aku sendiri. Tapi aku tahu takde gunanya. Jadi lebih baik aku diam. Alasan diorang, tak mahu aku sedih atau menyalahkan diorang sebab tak nasihatkan aku awal-awal. Kalau ikutkan perasaan, aku nak je cakap AKU TETAP MAHU DIA. AKU BELUM PUTUS ASA. INI BARU PERMULAAN, APEND. 

Korang dah ada kebahagiaan korang sendiri. Erni dah ada suami. Bahagia sangat kan? Apend dah jumpa soulmatenya. Aku bahagia dengan Aky, biarpun tak kena gayanya. So, boleh tak aku menikmati kebahagiaan dengan cara aku sendiri?

Takpe Za, sabar... biar je masa yang tentukan. Kau dah janji dengan Aky, kau kena tunaikan. Kau jangan putus asa --> aku pujuk hati aku sendiri.

Auntie, THINK POSITIVE! --->Anak buah aku, Apun selalu sedapkan hati aku dengan ayat macam ni..

*Kadangkala kita harus terima bahawa sesetengah orang akan hidup dalam hati dan jiwa kita buat selamanya walaupun mereka tidak akan ada dalam hidup kita seperti apa yang kita mahukan-Lord Zara.*

FA : Erni & Apend macam ni. Betty, ko pulak camne? Sokong atau sama je cam diorang?

10 August 2011

Perasaan atau Perasan Kah Aku?

Dia buat aku HAPPY
senyum sorang-sorang
ketawa
orang kata angau
lantak la apa orang nak kata

fikiran melayang siang malam
angan-angan
mimpi
ahhhh...

Aku nak kata yang
aku rasa dia SAYANG aku
hahaha.. boleh tak?


FA : Tak couple pun takpe kalau dia macam ni..meh KAHWIN terus!

09 August 2011

Baliklah,aku rindu.

Sape lagi yang aku nak marah-marah?
Sape lagi yang aku nak pukul suka-suka?
Sape lagi nak panggil aku Mok?
Sape lagi yang nak drive bila aku malas nak drive?
Dengan sape lagi aku nak gedik2, kacau masa tidur?
Sape lagi nak temankan aku hisap rokok? 
Kalau mak bau rokok kat bilik, sape lagi aku nak tuduh?
Kalau keta aku tak leh start, sape yang nak aku mintak tolong?
Sape lagi yang rajin cek air bateri kereta aku?
Dengan sape lagi aku nak berebut remote Astro?!
Dengan sape lagi aku nak berebut channel?

Bebudak ni selalu cakap aku tak sayang Telek, aku sayang Nishar je. Mungkin disebabkan aku dengan Telek selalu gaduh, kena marah, kena maki, berbanding dengan Nishar, dia selalu aku manjakan. Sebab Nishar tu comel, baik, cakap dengan aku bebaik je, bila aku mintak tolong belikan topup, pergi kedai ke, apa-apa je Nishar mesti buat. Adik aku tu? Pemalas. Kalau buat pun, banyak bunyik.

Aku sayang, buktinya malam tadi lah. Korang-korang [wahai adik-adikku] yang selalu bertenggek kat depan rumah aku nampakkan deraian air mata aku? --->ayat tak boleh blah..

Aku dah nangis dulu dah sebelum korang-korang ada kat rumah aku. Masa aku otw amek Eira lagi. Depan Eira stop nangis, si Eira pulak bergedik-gedik nangis. Aku pang jugak budak ni kang. Balik rumah lepas jumpa Betty, tahan lagi.. tahan. Aku wat-wat tak sedih, wat-wat ok selamba je kalau dia pergi.

Telek dah gerak dengan kawan Anas. Aku masih ditepi pintu kereta, bersandar sambil memuncungkan mulut, menahan air mata dari jatuh.[motif muncungkan mulut?] Tak brutal lah kalau bebudak nampak. Tahan air mata, hidung pulak yang berair. Tak boleh blah tul.

Tisu di tangan, mengesat-ngesat air mata. Call Apun. Berjurai-jurai air mata jatuh! Cilakak. Bebudak ni plak boleh dok bersila atas tar depan aku yang tengah mengadu kesedihan yang melampau tu. Malu wei! 

Mana aku tak sedih? Dia satu-satunya adik aku. Aku & dia mana pernah jauh. Gaduh-gaduh tu biasalah wei. Aku pulak tak tahu semalam Anas suruh datang kerja kat Karak. Aku tahu pun masa aku tengah pegang fon dia, sms Pali masuk.

Lek, sape lagi nak jadi pomen motor NCL*** kalau ko pergi?Takkan aku nak suh amy kot?Habis punah motor aku...---->Tengok Pali pun pandai sedih woo.
Telek,
kerja elok-elok. Kalau tak leh tahan, balik je sini. Tak meriah ko takde. Dah gaji, beli aku handbag atau kasut tinggi eh?! Aku dah cakap awal-awal. So ko kena beli jugak untuk raya ni.
FA : Aku dah kata, nasib aku tak baik semalam. Dari pagi hingga ke malam. Marzuki pun hilang.

08 August 2011

Ikut Je Kata/Gerak Hati Lain Kali OK?

Hari ni aku lewat. Kereta habis minyaklah. Nasib baik abis kat Dusun Nyior gak. [ni lah akibat malas nak singgah pam minyak malam tadi]

Turn on PC. On aircond. Duduk.

"Nak reset modem lah. Internet ni mesti lembab nak mampos" - kata hati.

Malaslah. Nanti internet lembab aku resetlah. Online, format memory card, copy paste gambar, lagu & apa yang sepatutnya ada & buat-buat bekerja. [pagi-pagi camni ne de kerja]

50 minit kemudian ...

Bala, Inspector-of-Work(M&E) datang tanya apa tah. Cakap-cakap, then ...

"Eh, ular lah. Tu atas tu."

Aku pandang modem. Masih duduk. Disebabkan dia selalu mengusik aku kat sini, aku ingat dia bergurau. Tak nampak pun ular.
"Mana ade."

"Betullah. Bangun-bangun!"

Aku pun bangun. Tepanjat boboy. Iyelah. Betul. Anak ular sawa. Kecoh kejap sambil panggil orang sana sini mintak amek ular ni.

Comel !
Aku pulak, kembali duduk di tempat yang sama, menyambung balik apa yang aku tgh aku copy paste sambil menanti orangnya tiba. Dengan harapan, ular tu dok diam di atas. Rasa macam nak belalah ular ni. Tapi pikir balik mesti mak bapak aku bising nanti. Lagi satu, nanti ular ni besar camne? Kecik-kecik camni berani lah.

Hati dah suruh buat tu buat je lah. Tak nak dengar kata hati. Degil. Kalau mak ular yang melingkar camne?

Orang-orang keluar masuk. Ada yang bagi dokumen, amek surat, mintak cop, potostat & fax. Tapi sorang pun tak perasan kan?

FA : Ya Allah, aku mohon, jangan Kau tarik kebahagiaan yang ada ini.

06 August 2011

Takde Kena Mengena Dengan #WW

Bunyi enjin kereta kedengaran. Macam aku kenal. Tinjau kat tingkap.

**Wordless**


Ah, jelous tahap gaban ni! Putih la pulak! Bukan main senang dia tukar kaler keta dia kan? Aku tengok dia selambe dek je beli barang/tukar apa yang dia nak. Kalau aku macam dia kan syok. Gaji ribu riban. Ada duit, apa yang kita nak buat BOLEH je.

Ni yang nafsu naik ni [yela, setan kan kena rantai bulan pose ni]. Nak try-test Gen2 putih di malam minggu.
Masih ada rasa maskulin lagi tak macam Gen2 hitam bila dah tukar putih?

FA : Agak-agak dia bagi tak nak test market malam minggu ?

03 August 2011

Gerak Hati Mencari Kak Ju Rupanya Ada Sesuatu

Jumaat 29 Julai 2011 - "Nak carik Kak Ju lah". Tetiba je teringatkan dia. Entah kenapa aku tak pasti. Mungkin sebab aku dah lama tak mendengar khabar tentang dia kot.

Liana Afiera Malik. Kalau korang pernah baca novel Bukan Puteri Lindungan Bulan, novel siri YOYO, mesti korang tahu siapa dia. Google - Usaha untuk mencari apa sahaja yang boleh menghubungkan aku dan dia semula. Tak kisah la email address, blog, twitter atau facebook sekali pun. Aku terjumpa blog "Rumah Karya Liana Afiera Malik". Aku pun hape lagi terus lah komen kat situ - Kak Ju, fiza ni, adik kak has bla3... - dengan harapan dia akan reply komen tu.


Isnin, 1 Ogos '11 seorang hamba Allah bernama Nazliman, seorang mekap artis mereply komen aku dengan mengatakan Kak Ju dah kembali ke rahmatullah pada 30 Julai. Aku marah. Agak-agak lah kan, orang yang hidup lagi ko nak kata dah meninggal. Aku reply mintak dia jangan main-main. Balik rumah aku tak cerita pun kat Kaklong pasal Kak Ju-pasal pencarian aku dan apa yang orang tu sampaikan. Sebab aku google tak jumpa pun berita pasal kematian Kak Ju. Hari ini, hamba Allah lain reply komen aku, dia kata dia dengar berita yang sama. Aku sangat tak puas hati. Mungkin diorang salah orang kot. Aku terus call Kaklong.

Kaklong ada tak contact Kak Ju?
Takde plak. Kenapa?
hmm takde mende lah. [saje nak sorok dari kaklong dulu]
Kenapa?Kenapa?Cakaplah jah.
Minggu lepas org jumpa blog Rumah Karya Liana Afiera Malik, org ingat tu blog Kak Ju. Orang komen kat situ, pastu ada orang reply dia kata Kak Ju dah kembali ke rahmatullah pada 30 Julai.
Hah?
Pastu2, org mintak dia jgn main2. Hari ni ada orang lain reply, dia dengar berita yang sama.
Biar betul! 
Sebab tu orang tny Kaklong ada contact dia ke tak? Takkan Kaklong tak tahu?
Kaklong tny Dr. Jannah kejap. Nnt tepon balik.

Aku terus google. Aku jumpa. Ya. Memang betul apa yang orang tu sampaikan kat aku. Memang Kak Ju dah pergi tinggalkan aku & Kaklong, pada hari jadi aku pulak tu. Kenapa lah aku tak cerita kat Kaklong pasal aku nak carik Kak Ju masa Kaklong ada lagi kat Seremban? Mesti kitorang dapat tahu berita ni lebih awal. Menyesal.

Kak Ju & LAM adalah orang yang sama. Kawan baik Kaklong masa sekolah dulu. Yang aku ingat aku pernah sekali pergi rumah Kak Ju kat Gombak. Masa tu aku kecik lagi. Tadika kot. Tu la kali pertama & terakhir. Masa aku form 3, Kaklong & Kak Ju contact balik. Aku tak kenal Kak Ju, tapi Kak Ju ingat aku yg comel ni. Aku beremel-emel dengan Kak Ju masa tu. Aku share cerita/masalah aku pada dia. Dia baik. Dia bagi cara nak settle, bagi aku nasihat. Tak lama pastu aku lost contact lagi sampai lah sekarang. Tapi aku tak tahu lah kalau selama aku lost contact tu, Kaklong ada ke tak contact dia.


Rupanya gerak hati yang tetibe je nak carik Kak Ju ada sesuatu di sebaliknya. Mungkin kalau aku tak buat semua ni, kitorang semua tak tahu pasal pemergian Kak Ju. Aku nangis. Ya. Aku sedih atas kehilangan Kak Ju walaupun aku dengan Kak Ju tak pernah bersua muka. [kecik2 mana ingat wei]. Aku kenal Kak Ju dari novel-novelnya. Siri kompilasi YOYO, faveret aku tu! Siri 4 aku tak baca lagi. Novel bersiri tu tak tamat lagi, so ceritanya tergantung macam tu aje lah lepas ni.


Al-Fatihah.

FA : Fieza tak kenal sape Kak Ju, tapi Fieza sayang Kak Ju macam kakak Fieza sendiri. Hanya novel-novel Kak Ju boleh ubat rindu kitorang. Mood : Menangis :'(

01 August 2011

Hari Suka Ria Buat Gadis-gadis Manis


Destinasi pertama yang kitorang pergi - Klebang Coconut Shake. Kalau nak pergi, korang carik Caltex kat Klebang menghala ke bandar Melaka. Sedap dan murah.


Destinasi kedua - Menara Taming Sari. Actually takde mende menarik pun bila aku dah naik. Tak tahu lak mereka-mereka ni kan? Just aku teringin nar nak naik sebab berapa kali dah datang Melaka tak naik pun. Tengok orang naik macam best je.


Lepas turun kitorang terus gerak gi belakang kapal - My Asam Pedas ape tah nama kedai tu, untuk MAKANNNN! Dah lapar sungguh kitorang. Adoi, tak boleh blah masa kitorang lepak sini. Yela, kamera dah ada, opkos la snap snap snap je kan. Kena bahan lak tu. Kitorang kena sakat oleh seorang mamat yang kerja kat sini. Memang kaw-kaw lah kitorang dapat. Auntie lah, anak buah lah, mata biru, jus mangga, garfu, macam-macam lagi.

Aku & Betty tak lepas peluang karaoke sekali. First time beb aku karok open. Menggeletar tangan. Tapi pikirkan hari tu adalah hari untuk bersuka ria tanpa lelaki & kenangan untuk aku & Betty, buat-buat berani je lah.


Aktiviti seterusnya - naik Melaka River Cruise. Tak banyak komen lah. Boleh kata biasa je lah. Cuma aku tertarik dengan Kampung Morten tu je.


Last sekali before kitorang menamatkan penjelajahan Banda Hilir ni, kitorang pergi Jonker Walk & lepak snap-snap gambar kat bangunan merah Stadhuys tu. Letih siot. Lebih-lebih lagi bila ada aku je yang boleh drive pada hari berkenaan kan?

Terima kasih ya Betty, Eira & Apun untuk memori manis ni. Terima kasih jugak buat mak, kawan-kawan lain yang wish & Telek [ucapan happy birthday yang dipaksa]. Happy sangat sebab Marzuki ingat & wish birthday aku. [sesuatu yang aku jangka susah nak dapat dari dia]. Peristiwa kena tepung dengan telur pun best jugak. First time aku kena telur & tepung malam birthday aku. Sebelum ni pernah kena tapi bukan masa birthday aku.

Dah macam Mak Lampir dah aku ni

30 July 2011

Happy birthday Fieza Areyza!

Siapa yang baik hati hadiahkanlah saya ini
----> tak malu mintak hadiah kat orang : P

so cuteeeeee...
Ucapan buat diri sendiri :

Selamat hari lahir yang ke 22. Dah tua aku ye. Tapi maintain remaja. Taknak ngaku dah dewasa. : P
Apesal cepat sangat dah 22 tahun ni? Kan best maintain muda remaja ---> 19 tahun je. Tak naik-naik.
Semoga aku dapat apa yang aku inginkan. Insyaallah.

Ya Allah panjangkanlah umurku, murahkanlah rezekiku, mudahkanlah perjalanan hidupku dan berilah jodoh yang terbaik buatku. Panjangkanlah juga umur kedua-dua orang tuaku yang telah melahirkan dan menjaga aku.

Melaka... Tunggu aku! Aku datang lagi sana untuk birthday aku tahun ni.. Semoga perjalanan aku & kawan-kawan baik-baik saja. Kita enjoy!

28 July 2011

No GOODBYE-GOODBYE


 sebelum dia pergi, 
aku tak cakap pun goodbye
sbb goodbye ibarat aku rela dia tinggalkan aku
dan aku takut goodbye yang aku ucap 
akan jadi goodbye yang terakhir

Dia kat utara
aku kat selatan
tanpa tengok peta pun tahu berbatubatu jauhnya
bila jauh macam ni,
aku rindu sangatsangat
bila dia tak sms,
aku setia menunggu
bila dia diam,
aku mulai bimbang
kerana aku takut…
takut…
dia lupakan aku ... 

Dia dah lupa aku ke?
Mana sms dia?!!!

:: Tengok episod ke berapa tah drama Dewa Cinta, babak June tegur Iqbal pasal goodbye tu, aku  pun terbelajar untuk tak ucap bye kat dia, aku ganti dengan salam-Assalamualaikum. Lebih baik kan bagi salam? Hati aku pun puas. Kalau sebelum ni pun aku cakap goodbye, tak pernah la dia balas bye jugak, terus je letak! Salam dia jawab pulak, so takde ah sumpah menyumpah kuar dari mulut aku lepas panggilan ditamatkan mcm sblm-sblm ni. ---COOL----

FA : Tunggu birthday aku Sabtu ni...

26 July 2011

Kalaulah ada keajaiban . . .

Bila difikir-fikirkan balik semua kegagalan, ketidak-best-an hidup yang ada buat aku rasa aku nak bila bangun tidur esok paginya, aku bukan berada di masa sekarang. Macam mesin masa. Confirm TAKDE kan? Aku nak ubah semua salah silap yang aku dah wat sebelum-sebelum ni. Taknak lah bila bangun nanti lupa semuanya. Kata nak ubah. Kalau lupa camne nk ubah ?

Ni versi KALAUlah tau.. [walaupun aku tahu memang takkan pernah akan terjadi]

Aku nak bila bangun tidur, aku masih berada di tingkatan 4 betul-betul hari kedua aku masuk Teknik Ampangan. Sebab hari ni lah fasa baru dalam hidup aku bermula.[dan dan ..masa ni aku budak hot. Masih kurus]. Kenapa tak tingkatan 3 atau tabika ke? Ouh tak nak lah jadi kanak-kanak riang semula. Tingkatan 1 & 2 aku gemuk. TAK NAK ^_^. Tingkatan 3 hidup aku kucar kacir.

Kenapa tak pilih hari pertama masuk Teknik Ampangan?
Tak nak lah. Hari tu mood aku tak berapa baik. Boleh tak alasan ni?

Kalau hidup kucar-kacir mana form 3, nape tak start dari masa tu?
Tak nak jugak. Sebab dari kucar kacir tu lah buat aku lebih mengerti akan kehidupan, rasa kesedihan, kegembiraan dan segala ke- lah. Aku terima semua yang jadi masa form 3. ^o^

Dengan berbekalkan memori sekarang, aku mesti boleh ubah apa yang silap waktu dulu. Macam belajar. Confirm aku belajar rajin-rajin la kan. Kalau bab cinta, aku tak nak lansung kenal siapa Wan. Handsome macam mana pun lah, ludah je. Tak layak buat aku jatuh cinta. Itu satu kesilapan yang besar gile. Kesilapan yang buat Marzuki tak leh terima aku sekarang.

Macam-macam lagi lah. Malas nak citer panjang-panjang. Nak balik dah ni. Kang MB datang, bos aku bagi aku kerja pulak. TATA.

23 July 2011

Budak Tembam Kena Sound

marah2? nangis kang!
Dia : nape jerit-jerit ni?cakap slow-slow je da la.saya tak pekak lagi.
budak tembam : Eh, mane de jerit.pepandai je dia ni.
Dia : cakap kasar.kuat lak tu.cube cakap lembut-lembut.---time ni intonasi suara dia tinggi sikit.
budak tembam : ee..yela-yela.tak yah la marah.takyah la garang kot.tau lah da jadi polis.ngn sy jgn la garang.takut lah!...sebelum ni takde complain pun?
Dia : ni xde kena mengena ngn polis ke x..sblm ni mls nk cakap je

Ehem-ehem, batuk-batuk semua dah sebab nak betulkan anak tekak. Tapi still sama. KASAR dan KUAT. Cubaan apa yang aku tak buat malam tadi sebab nak control volume suara biar perlahan. Bila perlahan, dia complain aku kasar. Dia mintak aku cakap lembut cam perempuan. Eh HELLO, aku bukan perempuan ke?

Aku dah rasa macam aku tengah berbisik pulak. DIA NI DENGAR KE TAK SUARA AKU SEBENARNYA? Ouh ok, dia dengar. Dia ni nampaknya betul-betul nak ubah aku. Dari fizikal ke perbuatan, semuanya. Tapi katanya untuk kebaikan aku jugak. Tapi hari tu suruh aku jadi diri sendiri. Mana satu ni?

Lepas tamatkan panggilan, keluar menghembus asap jap sambil dok borak dengan Eira. Aku try cakap perlahan. Ouh tak boleh. Nampak benao aku macam tengah cover. Sebut nak kena satu-satu, jelas dan perlahan. Macam hampeh doe. Ade ke perempuan cakap macam ni? Ouh ada. Bini alang aku. Marah anak pun macam tengah sound-sound biasa je. Kena belajar dari beliau ni.

Dia ni baru nak sound aku. Kaklong aku tu dari aku kecik dia dah sound taw. "Pijah, volume ko tu perlahan sikit boleh tak?". Pijah dia panggil aku? Tak glamour tul. Kalau alang aku lak, "moi, cakap perlahan-lahan kan boleh?". haa.. Amoi barulah COMEL . ^_^

Pesanan : Lepas ni kalau aku cakap dengan korang dengan perlahan dan lembut jangan sound aku buang tebiat pulak. Practice makes perfect.

FA : Nak buat list soalan WAJIB TANYA untuk Marzuki.

20 July 2011

Wordless Wednesday #4 Inspirasi-Zuzana


FA : Jejaka baru yang jaga gym tu hensem siot!!!

18 July 2011

dup dap tak tentu pasal

Aky, hv a safe trip to Perlis. 
Saat ni, mungkin Aky tgh lunch kat R&R Seremban. Keje gile kalau aku nak lunch kat sana jugak.Kalau ikut hati memang nak, tapi.... (mengeluh je lah~). Lainlah kalau atas permintaan. Dia makin jauh nampak..KE HUJUNG MALAYSIA! APELAH NASIB... Sejak pagi lagi aku nervous. Sejuk je tangan ni. Laju je degupan jantung. Resah gelisah. Janganlah ada apa-apa jadi kat dia.

You saka, pergi jauh-jauh...!
Arwah jiran aku ada saka. Dah mati, anak tak nak pulak amek saka tu. So sekarang saka tu ada dalam rumah tu. Jumaat lepas, sorang kawan adik aku dah nampak. Mak pulak kata saka tu kacau orang yang menyewa umah tu, sbb tu orang tu dah pindah. Dia kacau jiran sebelah sana jugak. Main paip la, main tinjau-tinjau lah. 2 hari ni nasib aku baik sebab rumah aku ramai orang. Tapi malam tadi, aku susah gila nak tidur. Ada lak bunyi-bunyi dari bilik abang aku. Nak tinjau takut. Last-last aku sms je adik aku suh check bilik tu ada apa-apa tak.. HEHE. Jangan dia kacau aku dah lah. AKU TAK KACAU DIA KOT! 
  
Rasa bersalah kat MAK!
Kerana akak ipar yang sorang tu(bini Angah aku), aku lepas marah, ngamuk-ngamuk kat mak. Aku tengah marah memang macam ni. Lebih-lebih lagi kalau aku baru bangun tidur. FYI, 2 jam lepas aku dah bangun pun still lagi BARU BANGUN OK..

Baru-baru ni aku beli seluar utk pakai gi gym. Aku sure gile seluar tu ada lagi kat ampaian masa aku nak pakai malam aritu tapi tak jadi sebab basah lagi. Tetiba semalam, seluar tu takde! MISSING IN ACTION! Aku hanginlah! Sape lagi yang nak amek atau teramek kalau bukan pompuan tu. Aku selongkar 1 rumah, sambil mulut menyumpah seranah pompuan tu. Aku tak fikir dah perasaan mak aku, sebab aku MEMANG NAK mak aku tahu yang aku sebenarnya TAK SUKA POMPUAN tu! Macam-macamlah aku kata. memang kalau tuan punya diri dengar mmg tak mau balik lagi umah mak aku. Mak aku tu sayang benar menantu dia tu. Macamlah baik sgt. Mesti ada sebab kenapa aku tak suka dengan dia. Dari kecik kot. Bila aku tak suka, tak mustahil sampai mati pun aku tetap tak suka. Aku paksa mak call dia tanya pasal seluar aku tu. Mula-mula mak tak nak, bila aku da bising2, mak call gak. Mak kata dia tak amek. DASAR PENIPU punye betina. Takkan lah tang2 tu gak hang bleh kata sure takde, padehal hang tak gi check pun beg hang! Last-last aku pergi gym dengan ketensionan yang melampau & mak aku bagi duit beli seluar baru. Malam tadi aku balik aku tengok mak macam demam je. ALA! SORRYLAH MAK! Bapak aku pun bising-bising gak pasal pompuan tu. Anak dia main remote tv, hilang. Tak jumpa. Tapi mak tak nak call pompuan tu sebab "ala nanti kecik hati Fairuz tu, balik sini sekali sekala je." LANCAU lah ai.

BUKAN SEKALI ni je dia buat hal dengan aku. Dulu aku kecik2, dia lom tunang pun dengan angah aku, dia de ejek aku. Beberapa tahun lepas, ada ke patut towel aku dia jadikan kain lap kaki. PUKIMAK TUL POMPUAN TU. Towel aku yg bersidai tu jatuh je kot?!! MEMANG KAU CARIK KEBENCIAN AKU LAH. Kau silap orang kalau nak carik pasal.

15 July 2011

semangat aku kuat lagilah

Pedih! Sakit bongok!
kau agak-agak rasa kau tak leh terima lagi orang yang pernah jadi ex-couple kau, termasuk aku, yang mana bermaksud kau takkan menyambung kasih lagi dengan mana-mana ex-ex kau.

Eh jap! Aku ex kau ke??? SILA INGAT BALIK. Bukan ke kau pernah kata kalau boleh kau tak nak aku guna lagi status "ex-couple" tu? Sebab status tu mengguris perasaan kau? So, dengan ini aku mengumumkan aku bukan ex kau. Aku kawan kau, so, boleh kita jalin kasih lagi? SENGAL UBI punye budak.

Apa yang kau nak semua aku cuba turutkan ;
Kau mintak aku datang pada hari-hari yang penting buat kau, aku datang padahal aku sendiri ada kesulitan untuk hadir sebenarnya. Sebab apa? Sebab aku sayang kau bodoh. Eh tak, aku bodoh, kau pandai.
Kau cabar aku kurus balik, aku buat walaupun aku lengah-lengah. Ok. Hari ni berat aku 61kg.
Kau suruh berhenti merokok. YES. aku tipu kau. "SAYA DAH BRENTI DAH". Kau gile dengan status kita yang tak sure ni kau nak aku nak berhenti? Kau tahu tak aku stress?Hah.
Kau suruh aku jangan lepak dengan lelaki je, aku buat. Aku lepak dengan sepupu aku, ex adik aku. Perempuan gak kan? Ape? Kau harap aku  nak lepak dengan perempuan sembarangan? Tak dapat de Jep. Aku yang tak tahan kawan dengan perempuan ke perempuan yang tak tahan kawan dengan aku, aku pun tak tahu. Tu kau kena tanya Miss Betty.

Kau cakaplah macam-macam banyak kali pun takpe. Memang hati aku sakit. Aku rasa macam kau tengah toreh-toreh hati aku dengan pisau jek. TAPI aku dah cakap kan, AKU AKAN TUNGGU KAU. Aku dah masak dengan perangai kau Aky. Aku tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh bagi kau. Kau jangan ingat aku nak give-up. EH tak mungkin...

Thanks eh sebab jumpa aku Rabu lepas kat McD. Sedapkan makan GCB aku belanja tu?
Thanks jugak sebab last minute kau bagitahu nak jumpa, sebab aku baru nak gerak gi klinik amek MC. Tapi cancel, terus pecut pergi jumpa kau. Sebab aku tahu kalau aku takde pada masa yang ditetapkan, kau merungut macam dunia nak kiamat, paling tak kau balik kan? -----> Sebab ni lah MC 2 hari aku jadi sehari je. AKU TERPAKSA SCAN edit segala apa yang boleh untuk jadikan 2 hari.
Thanks gak sebab paksa aku makan makanan yang berkalori kat McD tu. Jangan risau, berat wa turun, tak naik sebab wa dah gi bakar balik. SENGEH.

budak botak kena keluar pakai cap. HAHA
Jgn gigit bibir camtu! Tak tahan i tengok! Grrrr...
THANKS DIEYA. Sebab memainkan peranan kau sebagai mamapaparazzi dengan baik sekali.

12 July 2011

Adik tak sama DNA

Dalam entri ni, aku mention adik-adikku tak nak teman aku pergi Jempol.

Macamlah aku banyak sangat adik kan?

Sebenarnya aku ada sorang je adik LELAKI. Nakal nak mampos. Kadang-kadang bila aku marah,da tak leh sabar aku rasa cam nak amek pisau nak bunuh je dia. Tapi aku sayang dia ni...

Nama sebenar : Hafiz bin Ithnin
Nama fofular : Telek
Umur : 17

Umur baru 17 berlagak cam orang besar. Benci aku! Kadang-kadang dia ni gedik yang amat. Sebab tetibe beliau akan balas sms aku, panggil aku baby lah, sayang lah.. Siap I LOVE U lagi. GELI LAH GILE! 

Hari-hari kerja beliau : Dah petang baru bangun tidur, tgk kartun, makan, mandi, merayau, lepak depan umah seramai yang boleh, bukak motor, pi lepak kdai makan, dah azan Subuh baru balik. Begitu lah hari-hari.

Kawan-kawan beliau, adik aku jugak. Tapi tak semua lah. Mana yang agak-2 mampu buat hati aku cool je macam mereka2 ni :

 
Nama :  Nishar
Umur : 16
:: Menjadi faveret no. 1 aku. Sebab dia cute sangat. Baik je budaknya., dengar kata. Aku suh gi kedai dia pergi. Tak macam adik aku tu. Pemalas. Memang aku tak reti lah marah dia. Sebab muka dia muka innocent.
Nama : Fazri @ Pali
Umur : Tak sure
:: Baru je masuk faveret list. Kalau nak pow kok tang kat dak2 ni, kat dia je boleh sbb dak2 lain mane de rokok! Kadang-kadang tgk dia ni ensem gak. AHAKS. Beliau panggil aku Benyet! Sebab aku merengek-2 cam BODO sbb Marzuki tak mizkol aku.
Nama : Eira
Umur : 16
:: Bekas awek Telek. Tapi hubungan cinta diorang aku rasa tak lama lagi sambung la kot. Kalau dah hari-2 berkepit ..

11 July 2011

Ponteng kerja, buat kerja gila

9 Julai hari tu aku terpaksa ponteng kerja. Dengan harapan, bos aku pun tak datang kerja jugak sebab selalunya kalau Jumaat tu dia dah balik awal, Sabtu memang dia tak datang. Aku malas nak call dia.

Hari tu Marzuki jemput aku gi acara tamat latihan kat PULAPOL Jempol. Tapi minggu lepas dia tak bagi datang. Alasan : bukannya dapat jumpa dia pun. Ah! Tak kira la dapat jumpa ke tak asalkan aku dapat tengok dia pakai baju putih tu. Tapi aku kena dengar cakap dia, kalau tak point turun. Dan-dan je malam Sabtu hari tu dia tanya datang ke tak? WTH! Dia tu ego tinggi melangit! Ala, sebenarnya nak aku datang, tapi dia nak nampakkan macam dia tak beria-ia nak aku datang. Kan?Kan?Kan?

Mana tak kelam-kabut aku. Cuti tak amek, aku dah cancel dengan Dieya, adik-adik aku kat umah tu tak nak follow sebab gerak Subuh. Aku nak gerak sorang tak boleh, Marzuki tak bagi. Last-last aku terpaksa merayu gak kat Dieya temankan aku pergi. Nak nangis aku bila adik-adik aku tak mau pergi. Cian aku.

Pagi tu, dengan berbekalkan tidur 2 1/2 jam, gerak pukul 5.30am tanpa tahu jalan gi sana. Aku ni dok je N9, tapi tak pernah pun pergi Bahau, ape tah lagi gi Jempol. Tapi takpe, redah je. AKU MEMANG SUKA BUAT KERJA-KERJA GILA MACAM NI. Nasib baik ada roadblock kat Balai Polis Bahau tu, sempat gak la tanya kat abg polis yg sweet muka dia tu mana PULAPOL. Tapi apesal beliau macam gagap je nak bagi arah? Pepepun MEKASIH ABG POLIS!
 
KL dekat lagi kot! 1 1/2 jam perjalanan.

Bosan! Aku tunggu acara kawad je. Orang-orang yang datang sungguh kurang ajar! Start je kawad diorang dok berdiri ramai-ramai kat dalam kawasan tu. Kitorang malas nak bangun sebab kerusi dah disediakan kot?! So, tak nampak hape pun lah! Aku siap leh terlena jap kat bahu Dieya. Tapi aku tak leh tunggu lagi bila sampai kawad tanpa perintah. Aku kena join diri sama kat kawasan tu. Aku tahu Marzuki terlibat, mana posisi dia pe semua, aku dah hafal. Tengok orang lah beb. SMILE.


Muka nak serius je : P
tgh tggu marzuki jmpa family dia dulu.Baikkan bakal menantu anda? Tak pentingkan diri sendiri. AHAKS!
So si tembam ni sangat happy yang amat dapat gak tengok beliau pakai baju putih tu. CAIR BEB.

"Kalau 4-5 tahun lagi, baju ni muat lagi, kahwin bleh pakai"

Adess.. aku SILAP KIRA. Aku bajet setahun awal lak. MENGONG. Macam lah Aky nak kahwin dengan kau !

07 July 2011

hape pun tak boleh

Kenapa aku nak kena mengalah ?
Kenapa aku kena carik orang lain?
Kenapa aku tak boleh tunggu dia?
Kenapa kau nak rasa bersalah kat aku pulak?

Haiya...

Manyak payah woo CINTA ni.. Macam &$*@# lah. 

Dia tanya :
Kenapa dia?Kenapa tak orang lain?
Sampai bila nak tunggu?

Hei ! Sukati wa lah wa nak tunggu lu sampai bila wa nak pun. Lu yang kata suh wa usaha tambat hati lu lagi kan? Wa tengah buat lah ni. Apa yg lu suh, wa buat. Lu suh wa kurus? On the way! Sabarlah sayang.. 67 pergi 63 lu ingat senang ke ? Ok la tu, dari takde turun lansung kan? Just wait & see lah. Yg lu sibuk2 suh wa carik pakwe lain ape hal? Kalau wa xsyg lu, wa da sambar org lain dah. Masalahnya, ade lu je dlm hati wa ni. Asyik tnya ape specialnya lu. Hape pun tak boleh. Wa da kenal lu lama. Wa da tau perangai lu cmne. Wa tau hati lu, lu baik cuma EGO tinggi melangit je. lagi satu, lu tak pernah eh dgr ayat camni : Orang yg mencintai kamu tidak pernah mampu berikan alasan kenapa dia mencintai kamu : Ala lu pernah dengar dari mulut wa, tapi lu tak caya kan wa tak tau nak bg sebab knp wa sayang lu.

Cikgu a.k.a pendengar setia masalah aku & Aky kata :
jangan mengharap sangat
lelaki memang camtu lah
dia takde hati kat Fieza kot
Lupakan dia
bla..bla..bla..

Adess.. yang cikgu aku ni pun nak kasi down aku kenapa? patutnya dia sokong aku. ade ke dia bagi nasihat camni. Takpelah cikgu, cikgu cakap lah ape je. Mana yang boleh saya guna pakai, saya pakai, mana yang tak saya letak jauh-jauh. Lom masa lah nak buat semua diatas. Awal lagi. Saya tahu Aky saya macammana orangnya. SMILE

06 July 2011

Wordless Wednesday #3 - i'm a mess inside & on diz page

04 July 2011

Rindu Terubat

1 Julai 2011.

TATU PDRM kat Stadium Paroi. Aku pergi. WAJIB ! Siap tengok raptai lagi sehari sebelum tu. Semua atas permintaan Marzuki.

Oleh kerana Marzuki terlibat sama dalam TATU tu, aku pun memaksakan diri datang. Kalau tak, malas lah hai. Marzuki buat persembahan kawad tanpa perintah. Diri depan sekali lak tu. Saje je nak suh aku tambah excited kan ?! 
gambar Marzuki setengah je. hasil carian Mr. Google !
Memang aku excited sgt-sgt. Sebelum dia keluar buat persembahan, tah nape aku yang nervous pulak . Dia plak tak text-text pun sampailah habis kawad. Lega. Ingat dia dah lupa aku. Aku pun berjalan dengan sepantas yang boleh pergi kat belakang Minangkabau tuh. Gila segan dow, lalu depan orang ramai gila babi punye. Sampai-sampai dia takde, dia kena masuk padang. Lagilah tambah nervous aku time tu. Tangan ni sejuk gila dah. Cam nak nangis pun ada nervous punye pasal. 

Tak lama lepas tu, aku nampak kelibat sang pujaan hati. Ehem2 ! Berlari dapatkan dia. TET! Terganggu di situ. Masa cemburukan kitorang lah. Dia nak cepat lah pulak. Tapi sempat amek gambar dengan dia ! I lap u lah ! Parkinson aku kejap. Dieya & Betty je tahu seParkinson mana aku masa tu.





Gambar atas ni cam kabur skit kan? Tapi bolehlah dari takde lansung. Memory cardlah ni. Problem time diperlukan !


Beribu-ribu lemon TERIMA KASIH untuk Miss Betty Latif ! sebab tolong amek gambar kami senyap-senyap. Eh, aku tak marah, aku saaaaaayanggggggggg kau ! Nasib baik masa tu aku tak huduh. Muah muah muah .

Sesambil tunggu Marzuki serah senjata bagai, aku, Betty & Dieya buat TATU kitorang sendiri kat situ. Orang pun dah lengang , eh memang tinggal peserta je kot. Kitorang je orang luar. 
9hb ni penutup latihan polis dia kat Jempol. Marzuki tak bagi datang, katanya bukan dapat jumpa pun & acara tu dari pagi sampai petang. Tunggu dia balik 11hb. Menghitung hari lagi lah aku.

FA : Janganlah Kau tarik kegembiraan aku ini . . .