Showing posts with label workout. Show all posts
Showing posts with label workout. Show all posts

25 October 2011

Punah Diet Aku

tahu tak sekarang aku tengah mengalami tekanan? huhu.

berat aku naik balik. memang betul kan?kan?kan? berat sekarang 65kg. WTF! before raya 61kg je. happy je tengok penimbang berat tu. tapi sekarang tiap kali naik atas benda alah tu mesti nak menyumpah. FYI, aku ada beli fat burner utk bantu aku membakar lemak dengan lebih cepat bila berdiet. actually makan fat burner ni KENA jaga makan & bersenam jugak.

Kevin Zahri kata dalam blog dia :
Yes, fat tentunya akan menolong and bagi boost untuk fat/weight loss tetapi hanya sekiranya dengan gabungan pemakanan dan semanan yang seimbang.
Tapi, tapi.. haa aku ni nama je guna fat burner. MAKAN tak jugak jaga! WORKOUT tak jugak buat! memang lah tak turun berat tu walau ada fat burner sekalipun. adoi. mungkin sebab dah makan sakan masa raya hari tu, so aku tak leh nak control lagi makan. *sedih

kat situ aku/korang silap. sebenarnya, setelah diteliti sebab musababnya dalam-dalam, aku sure penyebabnya ada dua je. satu, aku sebenarnya boleh je jaga makan macam hari tu. cuma aku ni dah takde sebab untuk kejar penurunan berat badan lagi dah. yelah, seperti mana ada yang tahu, aku ni nak kurus sebab Marzuki je. sebab dia suruh. sebab dia nak aku kurus balik. sebab aku nak dia. sebab aku nak turuti permintaan dia. sebab aku nak tunjukkan kat dia aku boleh buat. dan seperti mana yang dah tahu jugak, Marzuki sekarang BUSY. dah tak sms/missed call aku hari-hari macam dulu. senang cerita, tak contact lansung lah. msg pun dua tiga sms je pastu senyap. kuih raya aidilfitri pun tak ambik-ambik lagi. ni nak raya aidiladha dah. so aku rasa cam "watpe aku nak kurus kalau dia takde?". ce dia contact aku lik cam dulu mesti aku ye ye nak kurus lik. dia je yang boleh paksa aku buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

dua, sebab gim tu dah SANGAT-SANGAT MEMBOSANKAN! dah campur laki & perempuan. perempuan yang datang pulak, alamak ai sorang dua je ???? alatan pun lelaki je yang banyak pakai. aku dah try pergi jugak macam selalu tapi dah tak boleh buat aku 'ghairah' berworkout macam hari tu lah. belum sampai setengah jam aku kat dalam, dah buat aku rasa nak balik, nak balik, nak balik.

Tapi takpe, aku nak kurus, cuma dah tak terdesak macam hari tu kot. SLOW-SLOW FIEZA.

bukan takde lelaki lain yang challenge aku kurus, ada, cuma diorang tak berapa nak sangat lah utk jadi seorang penyebab/motivasi utk aku kurus kerana mereka. boleh tak kata macam ni ? : )

------> hari ni (1 Nov) baru aku perasan entri ni tak post pun dari hari tu lagi. huhu. tahu tak Marzuki tengah bercuti sekarang? cam tahu-tahu je sumber motivasi aku sudah kembali. dah 4 hari aku ikat perut ni. tak tahu lak ada perubahan ke tak. 

 
untuk makluman, penimbang berat aku dah jahanam. ye, sebab aku lompat diatasnya masa timbang berat tapi berat tu tak gerak2. lansung jahanam. kena beli baru :D

20 June 2011

Edisi II Bukit Broga 2011

19 Jun 2011, buat kali keduanya aku pergi Bukit Broga. Kali memang hangat la sama macam yang dulu punya. Mungkin sebab pergi ramai-ramai dan yang pergi semua kepala best-best punye.

Ekspedisi disertai oleh aku, Baiti, Telek, Eyra, Imai, Iwan, Pali, Nishar, Pejai, Nani & Amy. Kitorang gerak pukul 6.30am. Kali ni tak dapat nak tengok matahari terbit jugak. Tah apa nasib tak baik lagi kali ni. Macam biasa, aku buat sandwich sebagai bekalan. Boleh tahan sedaplah. Kalau tak tergesa-gesa pagi Subuh tu, mungkin lebih sedap kot.
mulakan !

Tak sure sampai sana pukul berapa sebab tak tengok jam. Yang aku tahu, masa kat Puncak 1 dah pukul 8.20am. Lepas amik angin, hilangkan letih sekejap, kitorang gerak gi Puncak 2. Ok. Sampai puncak kedua je, tak larat gi puncak 3. Maybe Edisi Ketiga boleh pergi puncak ketiga ?

Gelak dan gelak. Memang best sangat. 
sweet memory


Beza kali ini dengan yang dulu, aku tak lah selembap yang dulu. Kalau dulu, nak naik setengah bukit je banyak complain. Kali ni rasa cam sekejap pulak dah sampai atas. Tak lah penat cam dulu. Turun pun laju. Kaki tak lah terketar-ketar cam dulu, dan dan dan... ! aku tak jatuh sekali pun masa turun ok! Hebat kan ? Bangga ni. Diorang tak leh dah bahan aku pasal jatuh-2 ni.
macam berpasangan plak kitorang ~

Sampai rumah pukul 11am. Letih & mengantuk. Layan Melodi. Tup tup tertidur pulak sampai pukul 5pm. Nak bangun gi gym, sangat-sangat tak larat. Bila mengeliat, peh badan yang tak sakit jadi sakit.

Cuma sayang, kali ni anak buah tersayang aku tak dapat ikut serta. Sape nak gi amek dia kat Subang, then hantar balik Subang balik? Aku ? Ouh tak larat de. Next time ye Apun? Edisi Ketiga.

pemandangan yang aku sempat amik dari Puncak 2

10 June 2011

Aku Sah Jadi Ahli Gimnasium 1 Malaysia Paroi

Salam .

8 Jun 2011, secara rasminya aku jadi ahli Gim 1 Malaysia tu . Ish tu pun nak kasitahu ke ? eh, haruslah ~ takde la aku kasi RM 2 je tiap-tiap kali aku datang. Kalau aku datang 6 kali seminggu, dah RM 12 aku dermakan. ish rugi rugi . .

Sila tatap isi dalam gim .
treadmill boleh guna 15 minit je
nampak serabut kan ? lantak lah.
Aku nak try kickboxing pulak. Niat dah lama ada. Juz takde tempat je. Aku gugel dah, paling dekat aku leh jumpa kat Kolumpo tu. Bukan main jauh lagi. Abg Syahwal (abg gym) tu kata ada kat Seremban 2. Siap no tepon lagi dia bagi. Petang sikit nak try call lah. Dah-2, jangan nak bahan aku ye. Aku nak  kasi cepat kurus je disamping boleh kick orang sana sini. ^.^ 

Baru lepas gugel-2 tadi. Seremban kickboxing karate ? Macha je lebey aku tengok. Tak jadik lah ~ ~
FA : Tiap-2 hari datang kerja, online, gugel tips kurus, cardio workout bla bla bla  . . . Kerja takde ke ?

09 June 2011

Semuanya wajib kira sekarang

Mula menghitung hari .
Mula menghitung kalori makanan .
Mula menghitung berapa banyak kalori yang terbakar .

Sengal .

30 hari je lagi Incik Marzuki nak tamat latihan polis. Nasib baik lah dia contact aku, kalau tak aku rasa aku tak sedar-sedar lagi kot tinggal sebulan je lagi. Boleh buat dono je kalau TAK buat janji dulu.

Sangat susah tau tak bila setiap makanan / minuman yang aku amik nak kena tahu berapa kalori dia. Contoh cam nak makan coklat, tengok dulu berapa kalori. Kalau banyak, aku terpaksa tolak. Nasi lemak ? Jangan harap lah, sebab 389.5 kalori.

Korang leh cek berapa kalori makanan / minuman korang kat sini.

Kalau workout tu aku tak lah kira sangat. Tapi amik tahu gak lah. Sebab aku pun bukannya ingat. Satu lagi memang leceh la. Contoh buat latihan treadmill selama 30 minit katanya kalori dibakar 300. Kalau kau buat slow-slow, lari-lari anak je, tak mungkin lah 300 kalori yang dibakar. Ye kan ?

Cek kalori yang dibakar semasa exercise kat sini.

FA : Bukit Broga jom !