24 August 2010

Rindu itu indah???

Siapa kata rindu itu indah, best?
Gila?! sakit dowh..
Bagi aku la.. Bagi korang best kot..
Aku pernah la rasa rindu tu best 1 ketika dulu..
Best giler la.. Tapi masa tu dia rindu aku, aku rindu dia.
so dua-dua saling rindu..
Dibuat nya sorang je yang rindu? dalam kata lain, bertepuk sebelah tangan @ suka senyap-senyap..
Lebih-lebih lagi orang yg kita rindu tu jauh...
Nasib baik ada gambar nak ditatap hari-hari..
Bila la kerinduan ni nak berbalas.. Asyik aku je yang rindukan orang..
Orang lain takde pun rindu aku..
Even bestfriend sendiri pun tak cakap dia rindukan aku.
tu bestfriend, yang friends aku ramai-ramai tu? harammm..

~Akhirnya.. Apend call gak..lepas rindu!

07 August 2010

Al-Fatihah utk arwah Rasheedy Rosli- 6 Ogos 2010

Pagi semalam aku dapat berita tentang perginya seorang senior aku masa aku sekolah rendah yang juga jiran satu taman.
Itu pun aku dapat tahu lepas Abg Fifi & Aqmal Fatin post kan kat wall FB masing2...tak sangka betul.  Rasanya baru 2-3 hari yang lepas aku ada ternampak dia.
Aku dah siap nak ke kubur, tapi hujan lebat & aku dapat tahu yang arwah dah selamat dikebumikan pun.

ANGGOTA polis mengangkat mayat Mohamad Rasheedy Rosli, 23 (gambar kecil), yang maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Wira dipandunya merempuh penghadang jalan di KM262.3 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan berdekatan Tol Labu, Seremban, hari ini. - Foto Owee Ah Chun

" KEADAAN kereta Mohamad Rasheedy Rosli, 23, yang maut selepas terbabas sebelum merempuh besi pembahagi jalan di Kilometer 262.3 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Seremban, Negeri Sembilan. 6 Ogos 2010. - Utusan/ABD. RAZAK AID


Fieza : sebak sangat tgk pic2 ni.. byk citer aku dgr pasal kemalangan ni.. aku tak tau nak tny sape..nk tahu citer yg sahih...