30 September 2010

Untuk selamanya ;-)

cemburu dan marah buat aku pernah buang kau dari hidup aku
Aku tak kisah! aku ada sahabat baru
yang mana dulu aku pernah yakin dia akan menjadi sahabatku untuk selamanya

Masa berlalu, sahabat aku itu tidak lagi seperti dulu,
Hidup aku kosong.

Kita ketemu lagi, kata hati suruh mencuba;
beri peluang untuk aku perbaiki kesilapan diri
aku tak salah bila aku mengundang kau ke sini
kerana bila kau hadir hidup aku kembali terisi

Aku yakin dan pasti kaulah teman sejati
Persahabatan kita takkan terputus lagi. Aku janji.

21 September 2010

Aku Masih Single

Wei korang.Aku single & available la syg.
Percayalah...~sila nyanyi macam Siti

14 September 2010

Jangan Dekati Aku!

Aku tak suka lelaki:
  • miang
  • Kedekut(susah la hidup aku camni)
  • Suka memaksa (taknak is taknak, tak suka is tak suka, kenpa nak kena paksa2)
  • Terlalu jiwang
  • Kuat cemburu (Kalau nak bercakap dengan bestfren sendiri pun tak boleh, baik aku dok hutan je!)
  • sombong (nak reti nak bergaul dgn family aku payah la)
  • selekeh & tshirt tah apa2 (aku gak kena pilihkan???)
  •  playboy (sape yg suke ye x)
Kalau ada semua ni dalam perangai korang, jauhkan diri dari aku!


13 September 2010

Hari Raya Ku

Mlm raya pergi Bazaar carik kasut mak. Tu la yang aku belikan untuk mak tiap kali raya. Mesti kasut, takde la benda lain nak beli. Sebabnya aku tak tahu nak beli ape. Nak belikan tudung tak pandai nak pilih. Baju pulak Anas & Kak Lynn dah beli. Takkan nak beli jam kot kat bazaar tu, confirm pagi raya bateri dah mampos.

Pagi raya bangun awal siot. 8 pagi. Eh, awal ke? Bagi aku awal dah tu. Sapu-sapu sikit. Mandi. Isi kuih dalam balang. Then make-up! Siapnya tau pukul berapa? 11.15am! Berjam-jam la kaklong tunggu nak salam-salam. Sampai aku sendiri tak sempat nak salam mak sebab tergesa-gesa nak pergi rumah maklang. Tapi aku takut mak terkilan ke kecik hati ke sebab sampai hari ni(raya dah masuk raya ke 4), aku tak salam mintak ampun dengan mak & abah. Aku nak mintak ampun, tapi segan dowh.. Dari kecik sampai la aku besar ni mane pernah raya mintak ampun maaf. Setakat salam selamat hari raya je. Pastu tiba-tiba nak kena cakap mintak maaf bagai. Kekok tau x... Tunda tahun depan la.. Aku janji aku akan bangun subuh untuk mekap. So takde la mereka-mereka menunggu je. :-)

Raya Kedua berkumpul rumah arwah nenek. Macam biasa la. Aku la yang paling lewat sekali sampai padahal rumah aku dengan rumah tu bukannya jauh pun. Alasannya,mekap la. Bulu mata palsu aku buat ragam tak nak melekat betul-betul! Terasa la kemeriahannya ada sanak saudara ramai camni. 9 tahun gak la aku tak merasa kemeriahan raya macam ni. Semalam seolah-olah arwah nenek ada sekali. Sebab raya aku meriah masa arwah nenek hidup je. Lepas arwah takde, masing-masing balik rumah mertua.
ramaikan saudara aku. ni baru yang datang, yg x dtg ada lagi..















generasi ke2 ~perempuan
















generasi ke2 ~lelaki

08 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Baju raya korang warna pe? Aku punye hijau.. 1 lagi hitam. 1st time dalam hidup aku beli baju kurung hijau. Padahal tak suka pun warna tu sebelum ni. Sebabnya? Marzuki punya baju melayu hijau? Tah la.. Cat rumah pun aku pilih hijau..  Tgk, kad raya ni pun hijau jugak.. Ape sumer hijau je ni?

Aku dah ready dah nak raya. Tinggal risau je meriah yang aku harapkan tak terasa. Sebab raya ni Angah & Alang tak raya kat umah mak, masing-masing raya kat rumah mertua. Yang Alang tu maybe datang kot raya pertama tu sebab rumah mertua dia kat Rantau je.

Kawan-kawan,
selamat hari raya. maaf zahir & batin. Kalau ade salah silap, harap dimaafkan. yang tau rumah aku, jemput le dtg rumah.

Fieza : Mharapkan sedara mara & kawan2 utk meriahkan raya aku~

03 September 2010

Tambah Kusut

Pagi-pagi lagi dah menaip-naip disini. Bosan. Takde mood la nak buat kerja. Kejap lagi baru buat. Tu pun sikit -sikit je kot. Semalam kusut pasal happyku terhenti. Bertambah pulak dengan masalah tart nenas yang tak siap di bikin lagi. Ada lagi 250biji patut siap semalam. Memang dah target siap semalam sebab lepas ni nak fokus pada SHOPPING dan RAYA. Tapi disebabkan Dieya lewat 10 minit kerana mencari sepitnya yang tak jumpa, plus aku pula nak pergi HSBC sebelum midnight terpaksa la aku hentikan operasi dengan cepat. Maybe ada lagi 100++ biji kot lagi kena buat. Tu baru orang yang order, untuk auntie kesayangan aku kat Kedah nun, yang memang tak pernah aku miss bagi dia tiap kali raya tak termasuk sekali. Dah tu, aku pulak kena buat untuk akak ipar aku. Aku tak rela la nak buat dia punya. Aku tak suka dia. Mak aku ni pun satu la.
Mak : kesian Kak Ferus anak dia kecik-kecik, bila la orang tu nak buat.
Aku : Kak Ferus tu bebal, tak reti jaga anak. Mak tak payah la nak back-up dia. Kalau pandai dia jaga anak, dia boleh je buat kuih tu. Siapa nak buat? Orang nak buat untuk auntie je, mak buat la untuk Kak Ferus. Orang tak nak.
Fieza : Adakah aku kejam sebab tergamak tak nak buatkan untuk akak ipar aku tu? Aku tak suka la akak ipar aku a.k.a menantu kesayangan dia. Aku pun tak faham la mak aku ni. Dia tak nampak ke yang Kak Ferus aku tu kadang-kadang plastik. Aku pun tak tahu apa yang baik sangat dengan menantu dia tu. Memang muka cantik tapi kalau dengan mak mertua pun agak kedekut, lepas tu kalau mak aku ada, mak aku yang kena jaga anak-anak dia. Dah la anak sulung dia tu nakal nak mampos. Kadang-kadang rasa nak lempang je anak dia tu.