22 December 2010

MacamMacam Ada..

Aku Sedih. 
~Cinta Kirana dah tamat. ahh tak pat tengok Galang (Randy Pangalila) lagi. huhu.
~Kaklong aku berpindah rumah lagi. Ish si pompuan ni tah kali ke berapa tah dia pindah. Kali ke 8 kot. Orang cakap 10x pindah, papa kedana. Aku sedih la sbb kena berjauhan dengan anak buah tersayang aku, si Apun tu. T_T
~Marzuki pergi training polis kat Sabah. ahh jauhnye. Dah tu tak jumpa aku lak tu before blah. Call pun tak. Benci arh!

Kosong.
Aku bosan dengan aktiviti harian aku la. Dulu boleh jugak pergi jogging harihari. Tiaptiap hari pergi pun takpe sbb harihari tgk muka orang yang lain. Tapi sekarang, takde transport dah nak pergi jogging. Harihari tengok muka Adik aku, Farid, Ayeet.. Hmm kadangkadang Amy. Lagi la aku bosan. Balik dari kerja je, tgk TV, mandi, lepak, balik, tido. Ahhh camtu je la harihari. (kecuali Ahad).

Imbas Kembali
Wah.. aku banyak kali pulak terimbas kembali kenangankenangan lepas. Lebihlebih lagi bila terdengar lagu. Contoh, mungkin nanti~peterpan, aku mesti terindu kat Marzuki. Kalau aku dengar lagu Bila rasaku ini rasamu-keris patih pulak automatik aku teringatkan SinChan a.k.a Yusrizal Samari! huhu.. Pagi tadi dalam kereta, aku dengar lagu ukiran jiwa. Rindu la kat Apak. Hmm... macammacam daaa..

Marah.
Aku tak suka la bila ada orang yang sibuksibuk nak menyibuk dalam hal aku. Amy tu sape eh nak halang aku jumpa sapesape? Memang la 'Budak Rembau' tu kurang ajar dengan aku hari tu. Dia datang sini nak berbaik dengan aku. Tapi aku tetap layan dia macam sampah. Tak ingin aku nak berbaikbaik dengan 'sampah sarap' macam dia tu.

Kekeliruan.
Dia tu kawan je. Tapi apa yang dia cakap, nape aku ikut tanpa bantah? Kenapa harus aku rasa tak lengkap kalau tak jumpa/borak dengan dia? In love? NO WAY man..!

Serba Salah
Macam mana aku nak mereject budak ni tanpa sakitkan hati dia? Kawan ok la. Kalau lebih? NO WAY la. Eee.. Aku puas la bagitahu aku tak ready, aku tak nak, aku tak mahu, belum masanya dll kat dia. Tapi dia macam tu jugak. Aku bukan apa, 'bunga api' cinta/sayang tu takde/belum ada la/tak mungkin ada antara kami..huhu

New Year!??
Ke mana kah hala tuju aku malam tahun baru nanti? Betty.. turun Seremban tak? Apend? Celeb dengan aku tak? Farid kau ke mana nanti? Ahh.. Penat je pikirpikir. Transport bukan ada pun nak ke sana sini! Fed up!


21 December 2010

Kerja di pagi hari...

masuk kerja online dulu.. online fb, check email, main KP, dengar lagu, carik lagu, tengok video lagu kat youtube.. ahh macam-macam la tapi yang pastinya takde kena mengena dengan jawatan aku ni haha.. so pagi ni aku terindu pulak kat Jericho Rosales & Kristine Hermosa.. Lagu ni lagu faveret aku..huhu...


Dalam kul 11am baru aku mula carik kerja untuk mulakan kerja..best an..

20 December 2010

aku tak suka ... harap maklum

ini ada someone yang mintak aku menglistkan perkara-perkara yang aku tak suka. kalau diikutkan, banyak lagi, tapi ni je la yang mampu aku fikirkan dan taipkan saat ini. harap someone tu sudi la baca sampai habis ye. nak sangat kan? hambek ni.

-durian!!!!
-penipu
-memey & norman
-keluar pg2/panas2 terik..
-dikongkong (tak payah nak bising aku lepak ngn kwn2 laki aku sbb 95% kwn2 aku jantinanya lelaki)
-aku tak suka dipaksa/didesak. (klu aku sekali cakap tak/tak nak/xpayah dan segala tak, tlg jgn desak2 lg klu tak mahu dibenci)
-org kutuk keluarga aku tanpa kebenaran aku ( bia aku je kutuk dorg sendiri)
-call aku masa aku tgh nyenyak tidur
-terlupa befday aku/tarikh2 penting
-org pggl aku syg jika tak dpt kebenaran aku
-org yg tak bleh rapat dengan family aku. (klu tak semua, at least rapat dgn salah sorang pun cukup la)
-org yg cakap besar, berlagak, fikir diri ensem/cute
-fon aku kena belek oleh boyfren/org y aku suka
-org y aku suka bcakap pasal keborosan aku/sikap aku y tak pandai simpan duit.
-g clubbing(jgn skali2 ajak aku pergi)
-bila org tak hantar aku balik/tangguh2 nk hantar atas alasan hujan(padahal ujan renyai je)
-org yg suke ambik kesempatan atas kebaikan aku
-perempuan gedik,prasan cun (that why aku kekurangan girlfrens)
-n0 aku tak kenal kol2 ckp nk kenal..
-pertikai baju aku/seluar/rambut bla3...
-keadaan sesak
-bukak radio kuat2 dlm kereta(tlg la jgn buat lbh2 lg klu aku tension)
-isi kandungan thumbdrive aku diselongkar
-NIKE (suami Erni)-da la tak ensem, blagak plak.cam bagus je
-warna kuning,hijau
-menunggu orang(bia dorg y tgu aku xpe)
-org arah aku pi sana pi sini..wat aku cam drebar diorang, mentang2 xde lesen, xtaw jalan, xtaw drive (bapak k0 bayar gaji aku ke)
-soalan2 bodoh (xleh nak bg cth soalan bodoh tu sbb bg org2 lain soalan2 tu bukan soalan bodoh, hanya aku je yg tau soalan bodoh tu camne)
-kwn2 carik aku saat bermasalah.. waktu suka hilang
-org citer/kol/sms aku dengan nada riang/berlagak setelah mbeli barang/sesuatu yang aku mahu tapi aku tak mampu/belum beli
-kedekut a.k.a hj bakhil
-berlari/joging dalam terang
-tegur pasal keceluparan mulut aku
-org bercakap pasal kisah2 buruk aku cth :lari umh seangkatan dgnnye
-cikgu yusof (cikgu LK kat teknik ampangan)
-lauk asam pedas, masak lemak y tak pedas, sayur hijau2 pekat, daging,mee goreng,ikan
-masuk dlm air y ade ikan (sbb aku takut hidupan laut...SPONGEBOB xpe huhu)
-org tak hargai pemberian aku, lbh2 lg klu aku bagi brg/baju, dorg bg kat org lain plak tnpa izin aku atau buat kain buruk
-org takut2kan aku dgn cerita hantu
-gune brg2 mekap tanpa izin.. ala yg penting sumer kena tny aku dulu la...
-jawapan ntah, tak tau, suke ati, mane2 je la; bile aku tny nk pergi mane/tgh buntu nk pilih sesuatu..(klu aku tau ne nak g/nk pilih, aku ta yah tny)
-mpersoalkan waktu tidur aku 
-peminjam wang
-laki yang aku suke takde lesen, pastu bl roadblock nk lari..
-roadblock
-mak ayah aku marah2 adik aku depan kawan2 dia
-mak ayah aku marah2/perli kawan adik aku yg aku syg
-pelan yg dah dirancang tak jadik last minit!mmg nk kena maki/diboikot la org tu
-alasan xde duit je manjang..kecuali betul2 xde duit.
-baju yg ala2 keperempuanan (renda2, bertali sana sini, ade reben2 ke..)
-bazir duit utk lelaki ~ ini statement elok bg mak aku baca ni..beliau suka tuduh aku bg duit kat lelaki
-tidur dlm wayang..plz la jgn kuar ngn aku lagi klu begini

03 December 2010

Seminggu sekilo|Bolehkah?|

Hari ketiga bulan December. Semalam ketemu Farid setelah lama dia menyepikan diri. Dan hari ini mungkin ketemu Betty pula. Mungkin. Tak pasti lagi. Pagi ini aku dapat inspirasi untuk meneruskan plan diet aku yang agak musnah kebabom selepas Hari Raya. Masa mula dulu 74kg, Bulan Puasa 66.5kg, after Hari Raya iaitu berat aku hari ni 69kg. TIDAKKKKKK!!!! Akan mencapai  70kg yang aku sangat tak suka itu. Harus, wajib fieza!! Dan pagi ni aku terinspirasikan oleh Encik Kevin Zahri, yang mana aku boleh tiba-tiba teringat pasal beliau. Haha. Tak berapa pasti kenapa. Sesampainya di tempat keje aku pun bukak la website dia. Tertarik nak beli ebook. RM20 je. Tak mahal pun. Dah order, tinggal bayar je.Setelah wang ditransferkan.

Me : Patut la aku semakin rasa aku semakinsemakinsemakin gemuk. Cis.. naik2.5kg pun rasa cam naik 25kg beb! Tak boleh dibiarkan..

22 November 2010

Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..

awk.. nape awk pergi masa saya sayang awak sangatsangat?saya baru nak usha awk balik..(ish xmalu tul) saya nak sangat awk couple ngn saya lagi..saya sendiri je harihari..ada pun kawankawan yang harihari saya jumpa..saya nak awak..
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu..

19 November 2010

Stress | Tolong Aku Please...|

 Tolong la aku ni.. 
Tolong bagi tau cara macam mana nak block website-website tertentu..
Ada staff cina tua da nak mampos tak sedar diri hari-hari guna komputer ni utk download blue-blue...
Aku jadi stress bila aku tak tahu nak buat apa sambil tunggu dia downloads..
Setiap 30minit datang pakai komputer sampai kerja aku bertangguh-tangguh...

Aku dah jumpa satu website protection kat google pagi td..  K9 Web Protection. 
Bagus weyh,..aku try bukak website gitu-gitu tu, tapi keluar notis/warning mengatakan webiste tu dah diblock oleh user computer ni...adoi.
kalau boleh aku tak nak ada notis/warning tu..Nanti nak menjawab dengan cina tua tu satu hal pulak.
Harap-harap ada yang sudi bantu..

10 November 2010

Aku Benci Abah, Aku Sayang Kau Adik


Tengah syok tengok Cinta Kirana aku dengar Abah marah-marah Apiz kat luar. Dalam hati aku kalau Abah tak diam, mesti gaduh ni kang. hmm betul pun. Dah bertumbuk dorang berdua kat luar. Aku dah dengar tong sampah kena baling tu yang aku berlari ke luar sambil jerit-jerit suh stop(sape yang kenal aku tau suara aku macammane,,haha). Nasib baik kawan-kawan Apiz ada, pegang Apiz & Abah. Mulut si sial Senin tu tak boleh lak diam. Di maki-maki nye Apiz & kawan-kawan. Kepala otak dia! Aku lepak dengan Apiz, kesian dia, tunduk & diam. Aku sebenarnya sedih tengok adik aku camtu. Aku sayang adik aku woi. Nak nangis je. Nak peluk & pujuk, aku tak reti. Apiz tu bukan boleh dekat dengan bapak aku tu. Yang bapak aku pulak tak habis-habis nak tuduh yang bukan-bukan kat adik aku tu. Mak pun join sama. Dulu mungkin la aku sama macam mak, tak suka Apiz kawan dengan budak-budak ni. Tapi lepas aku selalu lepak dengan diorang, dorang ok je. Just mulut je bising. Haru. Ada la dalam minggu ni  2 3 kali aku dengar mak bising pasal Apiz & kawan-kawan dia. Aku nak pertahankan adik aku tu, tapi tak tau nape mulut ni tak bersuara. Yang bersuara cuma hati.
Aku masuk rumah Abah bising-bising lagi. Tak nak ngaku anak la, tak nak bagi satu sen pun kat Apiz la, dll. 
Kepala butuh Abah la. Selama ni macam la duit yang kau bagi mak, belanja Apiz, belanja dapur tu duit kau. Tolong jangan perasan ok gila! Kalau bukan aku, Anas, mak yang bagi kau dah mengemis tau tak sial!Kau tu zero. Haram jadah pun takde! Semua duit kau, kau bagi kat bini sialan kau kat Sri Pulai tu kan! Kalau kau tak kisah hilang anak, aku tak kisah hilang kau la! Kalau kau tak nak bela adik aku lagi, aku boleh jaga adik aku. Kau je yang tak nak kenal anak sendiri. Selama ni pernah kau tanya apa masalah aku adik beradik? Pernah kau kata kau sayang kitorang? Pernah ke kau suap kami makan? Pernah ke kau bagi kami pelukan kasih sayang? Pernah ke kau bagi aku memori terindah bila bersama dengan kau? Jawapan utk semua : TAK PERNAH kan? Aku dah besar, aku tak peduli lagi dengan kasih sayang kau, aku boleh dapat dari orang lain la! Kakak aku, abang aku, adik aku, kawan-kawan aku. Tapi aku kesiankan adik aku tu bodoh! Seingat aku dia lagi kurang kasih sayang. Sebab tu dia tak suka kau.

09 November 2010

Birthday & Broga Hill

7 Nov 2010. Surprise birthday utk Ewana & Diya tgh malam tu. Penat la cover biar tak kantoi. Masing-masing kena tepung. Cantik punye muke kami malam tu. Ramai join. Sape lagi kalau bukan budak-budak Telek.
kek sedap giler

meh cuap sikit!
meriah kan lake garden
p/s : Diya .. sori. Birthday kau masuk yang kali ni dah 2x kitorang sambut awal sekali dengan Ewana. Kau lahir lambat sangat la sayang..

Jadi jugak akhirnya pergi Bukit Broga.. Malam tu hujan sampai kul 5am.. Ingatkan tak jadik. Tapi Telek & Geng suruh gerak jugak. Gerak dari rumah pukul 5.30am. 1 kereta, 4 bijik motor. Takde sorang pun single rider ok. So semua nyer 13orang yang pergi. Ikut jalan Lenggeng. Memang gelap nak mampos. Risau aku. Sampai situ memang tak hujan. Tak pat tengok matahari terbit. Cuaca mendung. Baru lepas hujan pulak tu. Hmm best! Ingat sampai mati!
baru nak naik..
sori kalau tak cantik.. kitorang tak naik puncak lain lagi. cukupla 1 puncak je. sgt penat.matahari pun takde.
celah-celah lalang

03 November 2010

MEMANG macam budak kecik!

Huh dua tiga hari ni badan kejap sihat, kejap rasa cam demam teruk sangat. Contohnya bila bangun pagi rasa sihat, kat tempat kerja rasa cam nak pengsan(nak tid0 time tu jugak!), dah sampai rumah sihat balik & tiba la waktu tidur nanti pasti demam tu datang lagi dan mula lah aku tidur sambil merengek-rengek. Sakit badan la. Sejuk la. Nak air la. Memang demam macam ni ke? Atau aku sorang je yang macam ni? Begini la aku tiap kali demam melanda. Rasa cam umur aku 10 tahun la. cam budak kecik.  

eh same la cam bear sebelah ni..hee~
Kononnya malam tadi dah decide dah nak MC. Nak jugak MC ke bila bangun tidur rasa sihat je? Apa yang nak aku kelentongkan kat doctor tu nanti? So mula lah menyiapkan diri pergi ofis.

OK! Sekarang kat ofis ni. Demam ku bermula semula. Batuk. Selsema. Sejuk. Ahh nape aircond ni sejuk sangat?! Damn.. 

me : suara serak-serak ala-ala Ella ni.. tapi kureng tol hidung plak tersumbat. kalau tak, nak gi test karok lagu ella... kang jadik rock sengau plak?! taknak la!

19 October 2010

Sekian Lame..

dagu mereka berdua terbelah~dagu aku?berlemak,lapis2..arghhh!
mereka yg ku kasihi~
Ah setelah sekian lama aku tidak melepak begini... Lantak la bagi aku lama dah tu.. Aku dah tak kuar malam minggu.. atas sebab; tiada kenderaan... huhu sian aku kan... Nak beli keta xlepas lagi..+ kewangan tak bape nak kukuh lagi.. Biasalah, budak boros..! Kami lepak sempena harijadi Eyra Fadilla.. beliau ialah bekas bakal adik ipar aku.. Oppss
weeee~ ;-)
my new BF.. haha my bro la..

15 October 2010

mega sale

13 October 2010

entry aku yg mengarut


Kadang-kadang payah aku tunjukkan rasa sedih yg ada dalam hati kat org lain.. tak kira kat ida atau apun sekali pun. Susah sangat walaupun dorang org y rapat dgn aku. Saat hati dilanda duka, aku masih boleh berpura-pura ceria. Aku tak tahu cara nak meluahkan apa yg dirasa. Lebih2 lagi utk mengalirkan air mata depan org. kalau rasa nak nangis sgt tgu la masa aku tgh kesorangan atau lari masuk bilik!aku ketawa, gelak gile2 punye, tapi tu Cuma luaran. Dalam fikiran aku berkeceramuk. banyak yang difikir. Risau, rindu, sakit hati, tersinggung la dan macam2 lagi la.. 

Itu masa sedih… masa aku marah aku tak tahu nak pendam macammana. Terimalah padahnya kalau ada yang buat aku marah. Kalau dipendam, tak tahan beb… tang tu la ak nk release kan tension aku. Yela, bila ada org wat ak marah of coz la ak mbebel, menengking, menjerit, sepak terajang, maki hamun semua ada la… so bila suara yang paling kuat ni kuar, pehh lega gila beb… rasa cam 0 je jiwa.. ak tak pedulik ape org keliling nk kata bila ak mengamuk macam tu . Mak aku cakap nanti xde sape nak jadikan ak menantu. Ak pedulik ape. Ape aku hidup utk kahwin ke? Kalau aku kawen ngn org y ak xcinta xde gunenye jugak!Ahh lagipun sape yang nak kawen budak2 dusun nyior tu. Sumer tak ley pakai nye budak! So ak heran ape kalau2 org dusun nyior tak hingin jadikan ak menantu dia… Ade ak kisah? 
Ak xpenah letak matlamat dlm hidup utk kawen pun. Ak nk enjoy lg ar. lain la kalau die pun cintakan aku jugak.. barulah bukak citer psl kawen. Lagipun ak single lg... sebabnye ak da terjatuh hati kat someone yg x jatuh hati kat aku.. nk bukak hati utk org lain bukan senang beb. Sblm ni ak nk lupekan yang si arey tu pun amek masa bertahun2 bai… so shut up ur mouth.jgn nak mekak2 bile ak nk de couple ok..

05 October 2010

Trauma :'(

Masih lagi terbayang-bayang macam mana accident tu jadik. Aduhh..sampai hari ni bila aku tutup je mata mesti aku nampak lagi. Macam mana nak lupakan???
Malam tu aku jalan-jalan dengan Marzuki. Dari rumah aku-town-S2-Senawang-Town lagi. Hati takde la rasa tak sedap ke pe ke malam tu.. cuma mulut ni la tak habis2 pesan jgn bawak laju2. Sebenarnya malam tu Aky pun salah sikit gak. Dia bawak laju masa tu, sebab ada 1 keta tu bikin dia panasss je. Aku dah risau dah coz Aky tu dah la rabun malam. 
Ada 3 lorong, kita kat tengah2. Kelisa tu kat lorong tepi sekali belah kiri kita. Argghh.. keta kelisa tu tiba-tiba belok ke kanan! Gila!Masa tu, aku dah tutup mata, aku dah terbayang kematian aku kat situ tau tak... Dengan darah.. DAMMM! aku bukak je mata, aku blur..apa dah jadik?mana kelisa tu?aku pandang keliling, kelisa tu kat belakang, langgar pulak trafik light. hmm pandang sebelah, Aky Okay. Aku? ah sakitnya kepala...Terhantuk kat tingkap maybe. Aku dah gigil2 dah ni. Aku gi kat kelisa tu, penumpang belakang dah tak sedar. Aku dah cuak gile. Buatnya dia mati kat situ apa jadik nanti? Peh, nasib baik la dia pengsan je. Aku call Diya mintak datang jemput aku. Aky pun tak nak abg dia tahu yang masa accident tu ada orang lain dengan dia. Aky bagitahu dia okay. Buat report, driver Kelisa tu mengaku dia salah.

me : Aku tak okey! Marzuki dah 2 hari tak angkat fon! Ahh ni yang tension ni!

30 September 2010

Untuk selamanya ;-)

cemburu dan marah buat aku pernah buang kau dari hidup aku
Aku tak kisah! aku ada sahabat baru
yang mana dulu aku pernah yakin dia akan menjadi sahabatku untuk selamanya

Masa berlalu, sahabat aku itu tidak lagi seperti dulu,
Hidup aku kosong.

Kita ketemu lagi, kata hati suruh mencuba;
beri peluang untuk aku perbaiki kesilapan diri
aku tak salah bila aku mengundang kau ke sini
kerana bila kau hadir hidup aku kembali terisi

Aku yakin dan pasti kaulah teman sejati
Persahabatan kita takkan terputus lagi. Aku janji.

21 September 2010

Aku Masih Single

Wei korang.Aku single & available la syg.
Percayalah...~sila nyanyi macam Siti

14 September 2010

Jangan Dekati Aku!

Aku tak suka lelaki:
  • miang
  • Kedekut(susah la hidup aku camni)
  • Suka memaksa (taknak is taknak, tak suka is tak suka, kenpa nak kena paksa2)
  • Terlalu jiwang
  • Kuat cemburu (Kalau nak bercakap dengan bestfren sendiri pun tak boleh, baik aku dok hutan je!)
  • sombong (nak reti nak bergaul dgn family aku payah la)
  • selekeh & tshirt tah apa2 (aku gak kena pilihkan???)
  •  playboy (sape yg suke ye x)
Kalau ada semua ni dalam perangai korang, jauhkan diri dari aku!


13 September 2010

Hari Raya Ku

Mlm raya pergi Bazaar carik kasut mak. Tu la yang aku belikan untuk mak tiap kali raya. Mesti kasut, takde la benda lain nak beli. Sebabnya aku tak tahu nak beli ape. Nak belikan tudung tak pandai nak pilih. Baju pulak Anas & Kak Lynn dah beli. Takkan nak beli jam kot kat bazaar tu, confirm pagi raya bateri dah mampos.

Pagi raya bangun awal siot. 8 pagi. Eh, awal ke? Bagi aku awal dah tu. Sapu-sapu sikit. Mandi. Isi kuih dalam balang. Then make-up! Siapnya tau pukul berapa? 11.15am! Berjam-jam la kaklong tunggu nak salam-salam. Sampai aku sendiri tak sempat nak salam mak sebab tergesa-gesa nak pergi rumah maklang. Tapi aku takut mak terkilan ke kecik hati ke sebab sampai hari ni(raya dah masuk raya ke 4), aku tak salam mintak ampun dengan mak & abah. Aku nak mintak ampun, tapi segan dowh.. Dari kecik sampai la aku besar ni mane pernah raya mintak ampun maaf. Setakat salam selamat hari raya je. Pastu tiba-tiba nak kena cakap mintak maaf bagai. Kekok tau x... Tunda tahun depan la.. Aku janji aku akan bangun subuh untuk mekap. So takde la mereka-mereka menunggu je. :-)

Raya Kedua berkumpul rumah arwah nenek. Macam biasa la. Aku la yang paling lewat sekali sampai padahal rumah aku dengan rumah tu bukannya jauh pun. Alasannya,mekap la. Bulu mata palsu aku buat ragam tak nak melekat betul-betul! Terasa la kemeriahannya ada sanak saudara ramai camni. 9 tahun gak la aku tak merasa kemeriahan raya macam ni. Semalam seolah-olah arwah nenek ada sekali. Sebab raya aku meriah masa arwah nenek hidup je. Lepas arwah takde, masing-masing balik rumah mertua.
ramaikan saudara aku. ni baru yang datang, yg x dtg ada lagi..















generasi ke2 ~perempuan
















generasi ke2 ~lelaki

08 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Baju raya korang warna pe? Aku punye hijau.. 1 lagi hitam. 1st time dalam hidup aku beli baju kurung hijau. Padahal tak suka pun warna tu sebelum ni. Sebabnya? Marzuki punya baju melayu hijau? Tah la.. Cat rumah pun aku pilih hijau..  Tgk, kad raya ni pun hijau jugak.. Ape sumer hijau je ni?

Aku dah ready dah nak raya. Tinggal risau je meriah yang aku harapkan tak terasa. Sebab raya ni Angah & Alang tak raya kat umah mak, masing-masing raya kat rumah mertua. Yang Alang tu maybe datang kot raya pertama tu sebab rumah mertua dia kat Rantau je.

Kawan-kawan,
selamat hari raya. maaf zahir & batin. Kalau ade salah silap, harap dimaafkan. yang tau rumah aku, jemput le dtg rumah.

Fieza : Mharapkan sedara mara & kawan2 utk meriahkan raya aku~

03 September 2010

Tambah Kusut

Pagi-pagi lagi dah menaip-naip disini. Bosan. Takde mood la nak buat kerja. Kejap lagi baru buat. Tu pun sikit -sikit je kot. Semalam kusut pasal happyku terhenti. Bertambah pulak dengan masalah tart nenas yang tak siap di bikin lagi. Ada lagi 250biji patut siap semalam. Memang dah target siap semalam sebab lepas ni nak fokus pada SHOPPING dan RAYA. Tapi disebabkan Dieya lewat 10 minit kerana mencari sepitnya yang tak jumpa, plus aku pula nak pergi HSBC sebelum midnight terpaksa la aku hentikan operasi dengan cepat. Maybe ada lagi 100++ biji kot lagi kena buat. Tu baru orang yang order, untuk auntie kesayangan aku kat Kedah nun, yang memang tak pernah aku miss bagi dia tiap kali raya tak termasuk sekali. Dah tu, aku pulak kena buat untuk akak ipar aku. Aku tak rela la nak buat dia punya. Aku tak suka dia. Mak aku ni pun satu la.
Mak : kesian Kak Ferus anak dia kecik-kecik, bila la orang tu nak buat.
Aku : Kak Ferus tu bebal, tak reti jaga anak. Mak tak payah la nak back-up dia. Kalau pandai dia jaga anak, dia boleh je buat kuih tu. Siapa nak buat? Orang nak buat untuk auntie je, mak buat la untuk Kak Ferus. Orang tak nak.
Fieza : Adakah aku kejam sebab tergamak tak nak buatkan untuk akak ipar aku tu? Aku tak suka la akak ipar aku a.k.a menantu kesayangan dia. Aku pun tak faham la mak aku ni. Dia tak nampak ke yang Kak Ferus aku tu kadang-kadang plastik. Aku pun tak tahu apa yang baik sangat dengan menantu dia tu. Memang muka cantik tapi kalau dengan mak mertua pun agak kedekut, lepas tu kalau mak aku ada, mak aku yang kena jaga anak-anak dia. Dah la anak sulung dia tu nakal nak mampos. Kadang-kadang rasa nak lempang je anak dia tu.

24 August 2010

Rindu itu indah???

Siapa kata rindu itu indah, best?
Gila?! sakit dowh..
Bagi aku la.. Bagi korang best kot..
Aku pernah la rasa rindu tu best 1 ketika dulu..
Best giler la.. Tapi masa tu dia rindu aku, aku rindu dia.
so dua-dua saling rindu..
Dibuat nya sorang je yang rindu? dalam kata lain, bertepuk sebelah tangan @ suka senyap-senyap..
Lebih-lebih lagi orang yg kita rindu tu jauh...
Nasib baik ada gambar nak ditatap hari-hari..
Bila la kerinduan ni nak berbalas.. Asyik aku je yang rindukan orang..
Orang lain takde pun rindu aku..
Even bestfriend sendiri pun tak cakap dia rindukan aku.
tu bestfriend, yang friends aku ramai-ramai tu? harammm..

~Akhirnya.. Apend call gak..lepas rindu!

07 August 2010

Al-Fatihah utk arwah Rasheedy Rosli- 6 Ogos 2010

Pagi semalam aku dapat berita tentang perginya seorang senior aku masa aku sekolah rendah yang juga jiran satu taman.
Itu pun aku dapat tahu lepas Abg Fifi & Aqmal Fatin post kan kat wall FB masing2...tak sangka betul.  Rasanya baru 2-3 hari yang lepas aku ada ternampak dia.
Aku dah siap nak ke kubur, tapi hujan lebat & aku dapat tahu yang arwah dah selamat dikebumikan pun.

ANGGOTA polis mengangkat mayat Mohamad Rasheedy Rosli, 23 (gambar kecil), yang maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Wira dipandunya merempuh penghadang jalan di KM262.3 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan berdekatan Tol Labu, Seremban, hari ini. - Foto Owee Ah Chun

" KEADAAN kereta Mohamad Rasheedy Rosli, 23, yang maut selepas terbabas sebelum merempuh besi pembahagi jalan di Kilometer 262.3 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Seremban, Negeri Sembilan. 6 Ogos 2010. - Utusan/ABD. RAZAK AID


Fieza : sebak sangat tgk pic2 ni.. byk citer aku dgr pasal kemalangan ni.. aku tak tau nak tny sape..nk tahu citer yg sahih...

31 July 2010

GOALLLLL!!!!!

Buat pertama kalinya aku menjaringkan gol buat group Outlet..haha
bangga siut...
hampeh gak aku main semalam..kih3
pastu berlaga-laga ngan diorang, eee..!peluh..
Ada sesape bleh ajar aku camne sepak bola dengan betul tak?
Aku sepak semalam senget, pastu bola tu bukan pergi jauh pon..setakat guling2 depan aku jew!
pastu kena rampas dek pihak lawan pe cer.. malu2.. :-(

~ Masa ni aku lum men gi...

fieza : itu hadiah buat aku di hari lahirku..huhu

30 July 2010

Hari ini Birthday Saya!~21 tahun


 happy birthday to me
happy birthday to me
happy birthday to Hafizah
happy birthday to me
  • Semoga hidup aku menjadi lebih baik, lebih indah & lebih bermakna dari sebelum ni..
  • Tak perlukan hadiah/sambut2.. cukuplah kawan-kawan wish sama ada mmg ingat atau teringat atau baru tahu. Ramai sangat yang wish kat FB, trimas!
  • Dan, orang-orang yang aku sayang ada disisi di hari lahir aku..
Lepas kerja jap gi, balik rumah ada anak sedara~confirm cam org gila masa nak wish t,haha
mak~lom wish lagi.. mak ingat ke x??
Malam pulak main futsal dengan geng Ultra.. nak main gak kali ni.xnk tlepas lagi.~kita ada geng baru, Betty.
Dan besok, hmm ntah la...
Menunggu someone lagi wish.. NH tak nak kol aku lg dah kot..
& aku tak lagi mengharap&menunggu si Arey tu wish.. Xkan dapat de...~xpenah wish pon!

Fieza : Kalau nak bagi hadiah, apa salahnya..hehe

26 July 2010

Disebalik senyumanku~

Aku senyum bukan bererti aku suka, aku ketawa tak bermakna aku gembira
Itu cuma lakonan semata-mata
Aku menyembunyikan sedihku, kekecewaan ku tatkala kau mengatakan yang sebenarnya tentang statusmu
Jangan kau minta aku supaya tidak kecewa!
Hati siapa yang tak terluka bila orang kita sayang sebenarnya sudah berpunya?
Siapa yang suka dengar cerita tentang someone special dari mulut orang yang kita sayang?
Siapa yang sanggup dengar betapa sayangnya dia pada insan lain?
Pastilah hati ini kecewa, terluka, terhiris, tersiat-siat.
Namun, aku akur.

Fieza: Baru ku tahu dia sudah berpunya~WTF

19 July 2010

Dave Nuku~Fuku Nara..haha

Hari Sabtu lepas aku gi launch Lose Big Programme kat KL.
Aku gi sebab nak tau benda alah tu masuknye free ke berbayar..
Peh! Rm2k++ siut! Baik aku diet sendiri2..

Korang kenal tak Dave Nuku.. trainer Biggest loser Asia utk team biru tu?
Kenapa tajuk ni aku letak fuku Nara?
~Hari tu (tp bukan hari launch la) aku lupa nama Dave Nuku ni..so, aku TERsebut Fuku Nara..
Fuku Nara ni pulak geng Kesatria Poyos aku..wakakaka..
yang sepupu aku Ida tu pun ye kan aje bile aku sebut nama Fuku Nara ni..hehe
sebab die pun lupe..

Aku tak ikut de program yg makan riban2 ni..nak mampos?!

13 July 2010

Tips dptkan ex semula..

Yup, skang aku tgh carik info psl nk dptkan ex aku semula.. sbb die kate aku xde 'aura'? Aura pe yg die nak...adoiyai..someone plz help me..Info ni yg aku jumpa..

10 Perkara JANGAN anda buat!
Memujuk dan mendapatkan kembali teman lelaki adalah dua perkara yang amat berbeza. Kebanyakan wanita (hampir semua sebenarnya) membuat langkah awal yang salah!

Okay, baca dan fahamkan:

1) JANGAN bergaduh dengan dia.Selalunya dengan ex-bf ni, bila anda bercerita dengannya, asyik bergaduh saja. Bergaduh hanya mencipta ketegangan dan membunuh keinginan. Bergaduh dengan ex-bf anda amatlah tak berguna. Walau pun anda menang bila bergaduh mulut, kena tinggal tetap jugak kena tinggal!

2) JANGAN cuba menggunakan logik untuk meyakinkan dia untuk teruskan perhubungan atau kembali kepada anda. Ingat ya, cinta itu berlandaskan perasaan, bukan logik! Macam mana betul, teguh, meyakinkan, bijak dan segala yang sewaktu dengannya pun logik anda itu..anda tetap jugak kena tinggal! Jadi, logik, jangan guna.

3) JANGAN yakinkan/cuba meyakinkan ex-bf anda itu bahawa anda telah “berubah” atau “mulai sekarang keadaan pasti berubah”. Benda macam ini seolah-olah macam timba air keluar dari perahu bocor. Tak berjaya punya…perahu tetap jugak bocor.

4) JANGAN asyik cakap yang anda cintakan dia. Dia TAK peduli pun! Apa yang dia peduli, berapa banyak yang dia cinta pada anda..bukan berapa banyak anda cinta pada dia!

5) JANGAN merayu! Ya…jangan merayu. Saya tekankan ini sebab 98% perempuan akan merayu supaya ex-bf kembali padanya ( lelaki pun ramai jugak merayu supaya ex-gf dia kembali kat dia sebenarnya) .Lagi banyak, lagi kerap anda merayu…lagi jauh la dia tinggalkan anda!

6) JANGAN cuba buat dia rasa bersalah bila tinggalkan anda. Sebagai contoh la ya..“Saya tak boleh hidup tanpa awak…”, “Jangan la tinggalkan saya/break dengan saya sekarang,exam dah dekat ni..”Cubaan dan ayat-ayat yang macam ini takkan berjaya, lagi cepat dia tinggalkan tu adalah…atau pun, dia buat tak tahu je..

7) JANGAN berlakon sedih supaya dia rasa bersalah. Simpati dan kasihan tu TAKKAN sama dengan “tertarik” dan “keinginan” untuk kembali kepada anda.

8 ) JANGAN bercakap dengan kawan-kawannya dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan kawan-kawannya. Walau pun kawan-kawannya sokong anda, cuba nasihatkan dia dan buat “plan” supaya dia kembali kepada anda dan berjaya. Selalunya tak lama! Sebabnya dia mesti kembali bersama anda atas keinginan hatinya yang ikhlas dengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran yang seperti ini contohnya.

9 )JANGAN menangis di hadapannya! (Ramai sungguh buat macam ni!) Okay…menangis la macamana pun…mungkin dia akan merangkul anda dengan mesra dan memujuk anda…tapi kemudian anda tetap juga kena tinggal dan dia akan pergi berpasangan dengan orang lain. Menangis terlalu banyak depan dia ke…dalam telefon bila bercakap dengan dia ke…itu semua hanya akan menunjukkan kepada dia bahawa dia berkuasa ke atas anda jadi…jangan buat!

10) JANGAN desak dia supaya kembali kepada anda! Lagi anda desak, lagi anda cuba tarik dia…lagi jauh dia daripada anda.

Semua perkara di atas adalah kesilapan biasa yang kerap dan ramai wanita buat semasa “break-up”. Buat perkara di atas ni walaupun satu sahaja…cerah peluang ditinggalkan terus oleh bf! Mungkin ramai yang dah alami perkara ini.

tanda2 dia bukan lah syg/mahukan kite sgt..

Tadi saje la carik2 tanda2 lelaki sukakan kite..tp aku terbaca yg ni..hmm bleh gak jdk info utk khidupan aku..

Girls, if boyfriend u takde effort nak jumpa u or nak berbual dengan u, maknanya dia bukanla nakkan u sangat.

Girls, if boyfriend u tak konsisten dengan percakapan dia, if kata nak call. tak jugak call, kata nak jumpa, tak jugak muncul muncul. maknanya, u bukanla penting sangat dalam hidup dia. Tak konsisten disini bermaksud, selalu sangat. bukan sekali dua kali.

Girls, let them pay. Memang conventional and adat. Ini kalau dari date pertama u bayar sampai la date yang keberapa ntah u pon bayar, maknanya dia tu kaki kikis ok?

Girls, dont be too pushy because guys hate to be pushed. Kalau tengah gadoh, beri sedikit ruang barulah berbaik baik semula. Jangan terus confront okay? Be gentle.

Girls, if u want to exchange your favourite things macam handphones ke, jam ke. Kalau you je willing nak exchange tapi dia tak nak maknanya dia lebih sayangkan barang itu dari sayangkan you. Kalau dia sayang you lebih dari segalanya, jangankan jam berbelas ribu, kereta pon dia bagi you guna.

Girls, jangan tunjuk you lemah depan dia. Bila bergaduh, jangan merayu rayu dan minta dia pulang ke pangkuan kamu. (Sebab lelaki akan naik sheikh bila nampak kamu nangis dan rendahkan maruah kamu). Beri diri kamu dan dia masa.

Girls, lelaki kalau cari kamu time dia sunyi dan tinggalkan kamu bila dia bersama kawan kawan nya adalah lelaki yang tidak berguna. Yes, u heard me. Tinggalkan saja dia. Dia adalah manusia selfish, logik, bukan?

Girls, Jangan terlalu cemburu. Beri mereka ruang untuk berfoya foya bersama kawan kawan lelaki mereka. Sebab kita pon suka berfoya foya dengan kawak kawan perempuan kita. Make sense kan? Perlulah adil.

Girls, jangan terlalu bergantung dengan boyfriend kamu dalam segala hal. Sebaliknya, carilah ramai kawan lelaki dan perempuan supaya kalau dia tinggalkan kamu (gua bilang kalau, KALAU) ada orang yang sudi dengar rintihan kamu.

Girls, jangan pasang skandal. Berlaku jujurla dengan siapa kamu berkawan sebab dia akan nampak dan lebih menghargai kamu. (sumpah beb, try la!)

Girls, dalam hubungan tak boleh monotone kerana lelaki cepat bosan, sentiasa la keluar dengan idea idea fun untuk dibuat bersama sama hujung minggu. Janganla asyik tengok wayang je, hish...

Girls, be attractive and fun. Lelaki kan suka tengok perempuan bergaya and cheeky ni.

12 July 2010

kehappyan aku... ^_^ masih xcukup..

aku hepy..
bila cinta kembali~hati ni terbuka lg..huhu tp..ade tp meh?
ade dugaan lain..
~die nk g jauh.. masuk PDRM..
training..pastu mst dpt yg jauh2..
i'm gonna miz him..
~die tau aku suke die tp hati die da ttutup..maybe tbuka blk sape tau kan..
waklu tul.. syg la aku camne ko syg aku masa form 4 dlu plzzzzz...
~ramai plak ex2 die carik die tmasuk la aku ni ha.. peh byk gile persaingan disitu..

Hepy tu hepy tapi macam ade yg tak kena lg la...
pe ek?
die kate die xrasa 'aura' aku.. peh ayat..
aura camne die nak.. pe yg aku nak wat utk wat die suke aku lik..
bile tny xtaw lak nk jawab camne.. mengong tol..
waa!! aku x mau org lain..nk dia jgk..hehe..penantian 1 penyeksaan..rite?

Aku nmpk kebodohan aku skang ni.. yela..sape suh aku tinggalkan die dulu..
Peh aku terasa gile babi ni.. nape?nape?nape baru skang aku nmpk yg die terbaik utk aku??
Aku rasa Allah nak bg aku rasa balik la pe yg die rasa dulu..
dulu die sayang aku,aku xsayang die..
skang ni dah terbalik plak..
aku menyesal dah..jgn duga aku camni lg,,,

05 July 2010

kANToi~

aky : awak suke saya ke?
(Opps.. alamak! nape die tanye ni..)
me : nape lak awk tny?
aky : saya dpt rase..
(gile ke pe dpt rase?!? lalala..mmg btol pon..kih3..lg mau sorok2..)
me : klu sy suke awk pun, ape sy bley buat..
aky :  nape awk suke sy?
me : ne de sy ckp sy suke awk...!perasan!

kesudahan perbualan, aku disuruh x terlalu mharap..mengapa?kerana die takut aku terluka..
bg aku, aku tak takut aku terluka,aku takut die yg terluka buat kali yg ke-2...
So, aku tak perlu cover lagi perasaan aku. Cume aku kena control perasaan aku supaya x terlalu sayang die.
B.O.L.E.H.?

Selesai sudah~

hmm dah selamat diijabkabulkan dah member aku tu..
"Moga bahagia" je la aku bley ucapkan..

~selepas nikah

 ~nyibok jew laily+pejal tu..aku nk amek pic ngn erni+nike jew!

28 June 2010

Aku tak ok

Luaran aku kau lihat macam biasa, tersenyum ketawa kutuk sana kutuk sini
Dalam hati? Kau tak tahu..
Aku perlukan sokongan kau..
Aku nangis bukan suka2..Boleh jadi gila tau tak!
Aku nangis kejap2, bukan sbb aku da ok tp dah takde air mata lagi..
Tapi sikit kata-kata peransang pun takde..
Aku tak ok..
kau tak bg aku dgr lagu2 syahdu jiwang karat yang kau kata wat aku lebih meratap,
kau salah..
jiwa aku lebih tenteram..
lagu tu takde sbb pun utk aku lebih meratap..
puncanya aku sendiri, 24hours pikirkan masalah ni..
bukan salah lagu..

Aku harap ada hikmah disebalik semua ini..

26 June 2010

yg ku rasakan saat ini..

boo..i miss u so much.. plz call me!
heart broken~
 
 sad~
 
crying~
 
miss u so much~
 
love u~
 
waiting for u~

23 June 2010

Problem

aku tipu dia..
gambar
tempat keje
apa yg aku tgh buat
latar belakang

semuanya palsu
aku makin kusut
"sampai bile?"

dia tak boleh tahu
aku takut

Tapi satu je,aku tak bohong tentang
Perasaan aku pada dia



17 June 2010

'dia' bukan aku..

Adakah dengan menjadi orang lain, aku dapat kenali Dia?
Mungkinkah dengan mjadi orang lain, aku dapat merasa apa yg aku sendiri x dapat rasa?
Ya, dengan menjadi 'dia' aku bahagia.
Aku tahu aku takkan dapat mengenal Dia serapat ini, takkan mendengar ucapan2 manis Dia jika aku menjadi aku..
Tapi sampai bila aku akan memegang title 'dia'?
Aku sendiri tak pasti, tapi tak mungkin selamanya.
Aku mahu Dia mengenali dan menyayangi aku sebagai aku
kerana 'dia' bukanlah aku..