29 March 2011

aku tahu aku tak baik

rasa macam nak mengamuk. nak campak lappy bodoh ni. nak campak hp2 yang ada ni. nak bg satu taman ni dengar sore aku!!! i'm not in a good mood. tah knp. aku pun tak tahu. aku cepat touching. aku cepat baran 2 3 hari ni. 

aku tahu aku bukan anak yang baik,
selalu menyusahkan mak bapak aku, pernah wat mak ayah aku sedih.
aku tahu aku bukan adik yang baik,
cakap kasar dengan akak & abang aku.
aku tahu aku bukan kakak yang baik,
selalu maki adik aku, panggil dia yang bukan2.
aku tahu aku bukan makcik yang baik,
aku pilih kasih, aku marah takde kesian punye kat fatin tadi, aku jarang belikan diorang mainan
aku tahu aku juga bukan seorang kawan yang baik.
selalu membebankan kawan2 dgn masalah yang tak henti2 singgah dalam hidup aku
aku tahu dan aku sedar aku mmg tak baik. tapi percayalah, aku sangat2 sayangkan korang semua.

FA : tinggalkan aku sendiri.

28 March 2011

sigh

Penat dah dengan semuanya
Hidup ni pun
Ah. Tak payah cakap banyak
by Fieza Areyza

24 March 2011

hope ko okay

aku tahu apa kau rasa sekarang ni
relationship status dia dah tak single kan?
mesti kau frust gile
aku tengok wall kau je aku dah tau
bila aku nampak relationship status dia camtu
aku dah agak kau mst jd camni
aku tahu kawan aku ni macam mane
aku bukan baru kenal kau sehari dua
sabarlah eh
mungkin dia bukan jodoh kau
mana tahu dia tak dengan kau sekarang, tapi nanti-2 kita tak tahu kan?
kalau ada jodoh tak kemana la... :)
aku harap kau nampak gunanya aku sebagai kawan
untuk kongsi masalah sama-2 ??
tabahkan hati
aku tahu kau cukup kuat utk hadapi semua ni
  ps : kata-2 aku ni bukanlah kata-2 untuk menambahkan sakit di hati. Jangan kau ingat dia dah berpunya aku jadi happy gile kerana kau dah tak payah tunggu dia macam yang kau cakapkan. TAK! Aku tak happy lansung k, malah aku tak senang hati sebab takut kau buat benda bodoh/merana. (baikkan aku?) So tolonglah jangan salah faham lg atas niat-2 baik aku :)

FA : Apa gunanya kawan kalau tak boleh kongsi suka duka kan?

21 March 2011

Nak jadi baby lagi ....

Sabtu lepas, before gerak gi Subang mintak mak aku keluarkan gambar-gambar lama. Aku tak pernah tengok pic aku masa aku baby. Wah comelnya aku... Perasan!
abah aku dukung. tak sangka~
ha ni abang aku. Anas. yang baby tu aku.
Yang aku perasan sangat-sangat, muka aku masa kecik sebijik sejiban diikut oleh anak alang aku yang sulung. Memang sebijik ah. Pastu ada gambar aku tu ada la rupe anak alang aku yang kedua. Ada lagi satu gambar tu ada rupe anak kaklong aku yang bongsu. Ececeh semua ikut muka aku. Nampak tu? heee~~~ Mak aku kata lagi, yang anak buah aku yang muka sebijik cam aku ikut rupa aku sebab masa dia dalam perut akak ipar aku, akak ipar aku ni tak suka tengok aku. Menyampah katanya. Haa.. rasakan anak ikut kecomelan muka aku pulak.

mak aku dukung. masa ni atas feri kat penang. pic ni la yang ada rupe anak alang aku no 2 tu.
Mak aku cakap dolu-dolu kaklong aku pas balik sekolah jaga aku. Mulanya aku tak caya pun. Then dah ada bukti, terpaksa lah aku percaya.
ni la buktinya
Aku bawak gambar-gambar ni semua pergi rumah kaklong aku malam tu. Wah bukan main beliau puji diri sendiri comel. Tapi... aku lagi comel kan? Memang la dia yang jaga aku pas balik sekolah. Terima kasih la kaklong. Tapi ... ada tapi tu.. Dia kata masa aku kecik aku suka melalak. Dari pagi sampai ke petang. Ada masa dia geram, dia cubit-cubitnya aku. Huh! Ini satu penderaan ni! 

Aku suka melalak? What the ..? Nape sekarang aku tak camtu? Sekarang kuat menjerit ada la.
jahatnya aku. Telek masa kecik comel gile. dah besar hampeh.
Aku ingat lagi masa aku skolah darjah 2 kot, aku nak gi skola ni, adik aku masa tu kecik camni la lebih kurang. Ada ke menangis nak ikut aku gi skola. Pang kang baru tahu. eh tak lah. Masa ni aku sayang gile ngan adik aku ni. Aku pun tak sampai hati nak tinggalkan, masa tu mak aku keje shif pagi. Tapi terpaksa jugak la tinggalkan, nak pergi skola timba ilmu. Ececeh. Sebelum loceng bunyi, lepak dlu tepi kelas dengan kawan-kawan, boleh plak tibe-tibe ingatkan si Telek ni kat rumah. Sebak. Dan nangis. WTF! Ee.. bila pikir balik lawak tul aku time tu. Ade ke nangis? Pe barang beb.

Ee geram lah aku. Nak jadi baby balik rasanya. Comel & tak yah pikir masalah. Ada je orang bagi kasih sayang & perhatian ~~~

FA : Dia pun comel. Dah tengok dah pic dia masa baby~

15 March 2011

nak dia! Boleh?

Hari pertama tayangan Hikayat Merong Mahawangsa, aku dapat seat depan sekali. Sakit tengkuk aku tengok skrin. Tak beli tiket awal-awal. Padan muka.

Ni yang aku nak marah ni. Ada ke patut kawan adik aku, Si Muiz the giant & Si Kebab the bebal kata aku penipu. Sebab diorang kata kat Seremban HMM tak tayang lagi. Sial Jahanam punye budak boleh gelak bila aku kata aku ada simpan tiket. Dengan kegeraman yang melampau, aku pergilah lari amek tiket yang aku simpan dalam bilik (sambil sumpah seranah). Aku tonyohkan kepala si Muiz the giant tu kat tiket tu. Hamek ko! Panggil aku penipu lagi sial jahanam.
 
Citer ni best gak la bagi aku. Kalau dari 5 bintang, aku bagi 4 bintang la. Sebab aku ni tak suka la ending hero mati & aku tak suka Ummi Nazeera. Sorry... Yang aku nak tengok nar citer ni sebab trailer cam best je & sebab adanya pelakon & musician mat salleh ni... GAVIN STENHOUSE. Romantik tul dia ngan puteri China tu. Ish! Memang frust la bila part Prince Marcus jatuh dalam laut. T_T. Aku minat sangat dia ni. Nak dia, nak dia... Boleh lah.. Ah dia ada 6pack lagi.  Ish ne leh, dia kan Sharifah Amani punya...
Nak tengok lagi la. Tapi tak tahu bila. Malam ni tengok Rango. Tengok trailer cam kelakar sangat-sangat je.

FA : Sakit tekak =(

14 March 2011

Mengular di Shah Alam

Ouh penat sungguh menjadi seorang pemandu. Lebih-lebih lagi kalau penumpang yang lain tak reti drive atau reti drive tapi takde lesen. Seremban-Subang-Shah Alam-Subang-Shah Alam-Subang-KL-Subang-Seremban. Tu tak kira lagi pergi kedai beli topup dan lain-lain. 

Konon nak jalan-jalan pergi pameran Dinosour kat Pusat Sains Negara, poyo je la Kaklong aku ni. Buat letih aku je rushing balik rumah, basuh kereta ala kadar, siap laju-laju. Last-last cancel. Malam tu pergi i-City. Sumpah! Bosan gile! Aku fikir syok la sangat. Tak payah la pergi weyh korang-korang. Dah la, masuk je RM10, parking kot senang dapat takpe, aku dapat hari tu parking lot tingkat atas-atas la jugak. Jenuh la aku memusing stereng.
apa motif berposing disini? ~tah la
me n apun
Esoknya, pergi lah teman Yusri Samari a.k.a Sincan bertunang. Aik! Betul ke ayat aku ni? ah lantak la. asal aku paham dah la. Siap ikut gi amek gmbr outdoor lg kat  ______ (pls fill in d blank). Ala lupa kat mana. Aku memang suka amek-amek gambar ni, hobi tu .. tapi kalau dah photoshoot yang penting camni aku risau mencacatkan gambar orang je. aku dah la tak fotogenik, gemuk la tu. haha. Jangan marah ye Can kalau gambar ko tak cantik. =)

CONGRATS SINCAN & EPA...selamat bertunang



Balik je dari teman Sincan tu, tukar baju gi KL. Baru semalam aku terasa betapa jauhnya Subang dengan KL. Selama ni aku fikir dekat je. Hamek ko Piza. Baru ko tahu, padan muka! Menggatal lagi pergi KL tu. Penat weyh. Dah la tak tahu jalan. Bergantung harap pada signboard yang ada, tu pun tak tahu nak ikut jalan mana sebenarnya, main redah je.

FA : Usaha itu tangga kejayaan. Belum try belum tahu. apa daa..

06 March 2011

Ahad yang bosan

Awal bangun hari ni? haha pukul 11am tu awal ke? Cett! Awal la tu. Kalau tak petang baru aku bangun tau.

Tapi apa jadahnya aku bangun seawal ini? Nak kemas rumah? Malas la. Kemas bilik? Ah tu petang nanti ley buat. Tengok tv? Citer pe yang ada? Jalan-jalan? Mana daa nak pergi Seremban ni? Ah! Tekanannnn!

=P

Mak...! Nape mak tak masak sebelum kuar? Mak tahu tak orang lapar ni.... ! *nangis* Adoi. Mak aku ni keluar jalan tak masak dulu. Perut dah bunyik-bunyik ni. Alang pun satu, datang terus ajak kuar, pikir la mak nak masak ke pe ke? Masalah tul la.

Ok la. Sekian saja. Aku pun tak tahu nak taip ape. 

FA : Tidur dengan sangat lena. *Senyum sorang-sorang*