22 December 2010

MacamMacam Ada..

Aku Sedih. 
~Cinta Kirana dah tamat. ahh tak pat tengok Galang (Randy Pangalila) lagi. huhu.
~Kaklong aku berpindah rumah lagi. Ish si pompuan ni tah kali ke berapa tah dia pindah. Kali ke 8 kot. Orang cakap 10x pindah, papa kedana. Aku sedih la sbb kena berjauhan dengan anak buah tersayang aku, si Apun tu. T_T
~Marzuki pergi training polis kat Sabah. ahh jauhnye. Dah tu tak jumpa aku lak tu before blah. Call pun tak. Benci arh!

Kosong.
Aku bosan dengan aktiviti harian aku la. Dulu boleh jugak pergi jogging harihari. Tiaptiap hari pergi pun takpe sbb harihari tgk muka orang yang lain. Tapi sekarang, takde transport dah nak pergi jogging. Harihari tengok muka Adik aku, Farid, Ayeet.. Hmm kadangkadang Amy. Lagi la aku bosan. Balik dari kerja je, tgk TV, mandi, lepak, balik, tido. Ahhh camtu je la harihari. (kecuali Ahad).

Imbas Kembali
Wah.. aku banyak kali pulak terimbas kembali kenangankenangan lepas. Lebihlebih lagi bila terdengar lagu. Contoh, mungkin nanti~peterpan, aku mesti terindu kat Marzuki. Kalau aku dengar lagu Bila rasaku ini rasamu-keris patih pulak automatik aku teringatkan SinChan a.k.a Yusrizal Samari! huhu.. Pagi tadi dalam kereta, aku dengar lagu ukiran jiwa. Rindu la kat Apak. Hmm... macammacam daaa..

Marah.
Aku tak suka la bila ada orang yang sibuksibuk nak menyibuk dalam hal aku. Amy tu sape eh nak halang aku jumpa sapesape? Memang la 'Budak Rembau' tu kurang ajar dengan aku hari tu. Dia datang sini nak berbaik dengan aku. Tapi aku tetap layan dia macam sampah. Tak ingin aku nak berbaikbaik dengan 'sampah sarap' macam dia tu.

Kekeliruan.
Dia tu kawan je. Tapi apa yang dia cakap, nape aku ikut tanpa bantah? Kenapa harus aku rasa tak lengkap kalau tak jumpa/borak dengan dia? In love? NO WAY man..!

Serba Salah
Macam mana aku nak mereject budak ni tanpa sakitkan hati dia? Kawan ok la. Kalau lebih? NO WAY la. Eee.. Aku puas la bagitahu aku tak ready, aku tak nak, aku tak mahu, belum masanya dll kat dia. Tapi dia macam tu jugak. Aku bukan apa, 'bunga api' cinta/sayang tu takde/belum ada la/tak mungkin ada antara kami..huhu

New Year!??
Ke mana kah hala tuju aku malam tahun baru nanti? Betty.. turun Seremban tak? Apend? Celeb dengan aku tak? Farid kau ke mana nanti? Ahh.. Penat je pikirpikir. Transport bukan ada pun nak ke sana sini! Fed up!


21 December 2010

Kerja di pagi hari...

masuk kerja online dulu.. online fb, check email, main KP, dengar lagu, carik lagu, tengok video lagu kat youtube.. ahh macam-macam la tapi yang pastinya takde kena mengena dengan jawatan aku ni haha.. so pagi ni aku terindu pulak kat Jericho Rosales & Kristine Hermosa.. Lagu ni lagu faveret aku..huhu...


Dalam kul 11am baru aku mula carik kerja untuk mulakan kerja..best an..

20 December 2010

aku tak suka ... harap maklum

ini ada someone yang mintak aku menglistkan perkara-perkara yang aku tak suka. kalau diikutkan, banyak lagi, tapi ni je la yang mampu aku fikirkan dan taipkan saat ini. harap someone tu sudi la baca sampai habis ye. nak sangat kan? hambek ni.

-durian!!!!
-penipu
-memey & norman
-keluar pg2/panas2 terik..
-dikongkong (tak payah nak bising aku lepak ngn kwn2 laki aku sbb 95% kwn2 aku jantinanya lelaki)
-aku tak suka dipaksa/didesak. (klu aku sekali cakap tak/tak nak/xpayah dan segala tak, tlg jgn desak2 lg klu tak mahu dibenci)
-org kutuk keluarga aku tanpa kebenaran aku ( bia aku je kutuk dorg sendiri)
-call aku masa aku tgh nyenyak tidur
-terlupa befday aku/tarikh2 penting
-org pggl aku syg jika tak dpt kebenaran aku
-org yg tak bleh rapat dengan family aku. (klu tak semua, at least rapat dgn salah sorang pun cukup la)
-org yg cakap besar, berlagak, fikir diri ensem/cute
-fon aku kena belek oleh boyfren/org y aku suka
-org y aku suka bcakap pasal keborosan aku/sikap aku y tak pandai simpan duit.
-g clubbing(jgn skali2 ajak aku pergi)
-bila org tak hantar aku balik/tangguh2 nk hantar atas alasan hujan(padahal ujan renyai je)
-org yg suke ambik kesempatan atas kebaikan aku
-perempuan gedik,prasan cun (that why aku kekurangan girlfrens)
-n0 aku tak kenal kol2 ckp nk kenal..
-pertikai baju aku/seluar/rambut bla3...
-keadaan sesak
-bukak radio kuat2 dlm kereta(tlg la jgn buat lbh2 lg klu aku tension)
-isi kandungan thumbdrive aku diselongkar
-NIKE (suami Erni)-da la tak ensem, blagak plak.cam bagus je
-warna kuning,hijau
-menunggu orang(bia dorg y tgu aku xpe)
-org arah aku pi sana pi sini..wat aku cam drebar diorang, mentang2 xde lesen, xtaw jalan, xtaw drive (bapak k0 bayar gaji aku ke)
-soalan2 bodoh (xleh nak bg cth soalan bodoh tu sbb bg org2 lain soalan2 tu bukan soalan bodoh, hanya aku je yg tau soalan bodoh tu camne)
-kwn2 carik aku saat bermasalah.. waktu suka hilang
-org citer/kol/sms aku dengan nada riang/berlagak setelah mbeli barang/sesuatu yang aku mahu tapi aku tak mampu/belum beli
-kedekut a.k.a hj bakhil
-berlari/joging dalam terang
-tegur pasal keceluparan mulut aku
-org bercakap pasal kisah2 buruk aku cth :lari umh seangkatan dgnnye
-cikgu yusof (cikgu LK kat teknik ampangan)
-lauk asam pedas, masak lemak y tak pedas, sayur hijau2 pekat, daging,mee goreng,ikan
-masuk dlm air y ade ikan (sbb aku takut hidupan laut...SPONGEBOB xpe huhu)
-org tak hargai pemberian aku, lbh2 lg klu aku bagi brg/baju, dorg bg kat org lain plak tnpa izin aku atau buat kain buruk
-org takut2kan aku dgn cerita hantu
-gune brg2 mekap tanpa izin.. ala yg penting sumer kena tny aku dulu la...
-jawapan ntah, tak tau, suke ati, mane2 je la; bile aku tny nk pergi mane/tgh buntu nk pilih sesuatu..(klu aku tau ne nak g/nk pilih, aku ta yah tny)
-mpersoalkan waktu tidur aku 
-peminjam wang
-laki yang aku suke takde lesen, pastu bl roadblock nk lari..
-roadblock
-mak ayah aku marah2 adik aku depan kawan2 dia
-mak ayah aku marah2/perli kawan adik aku yg aku syg
-pelan yg dah dirancang tak jadik last minit!mmg nk kena maki/diboikot la org tu
-alasan xde duit je manjang..kecuali betul2 xde duit.
-baju yg ala2 keperempuanan (renda2, bertali sana sini, ade reben2 ke..)
-bazir duit utk lelaki ~ ini statement elok bg mak aku baca ni..beliau suka tuduh aku bg duit kat lelaki
-tidur dlm wayang..plz la jgn kuar ngn aku lagi klu begini

03 December 2010

Seminggu sekilo|Bolehkah?|

Hari ketiga bulan December. Semalam ketemu Farid setelah lama dia menyepikan diri. Dan hari ini mungkin ketemu Betty pula. Mungkin. Tak pasti lagi. Pagi ini aku dapat inspirasi untuk meneruskan plan diet aku yang agak musnah kebabom selepas Hari Raya. Masa mula dulu 74kg, Bulan Puasa 66.5kg, after Hari Raya iaitu berat aku hari ni 69kg. TIDAKKKKKK!!!! Akan mencapai  70kg yang aku sangat tak suka itu. Harus, wajib fieza!! Dan pagi ni aku terinspirasikan oleh Encik Kevin Zahri, yang mana aku boleh tiba-tiba teringat pasal beliau. Haha. Tak berapa pasti kenapa. Sesampainya di tempat keje aku pun bukak la website dia. Tertarik nak beli ebook. RM20 je. Tak mahal pun. Dah order, tinggal bayar je.Setelah wang ditransferkan.

Me : Patut la aku semakin rasa aku semakinsemakinsemakin gemuk. Cis.. naik2.5kg pun rasa cam naik 25kg beb! Tak boleh dibiarkan..