Showing posts with label karotcarot. Show all posts
Showing posts with label karotcarot. Show all posts

20 December 2010

aku tak suka ... harap maklum

ini ada someone yang mintak aku menglistkan perkara-perkara yang aku tak suka. kalau diikutkan, banyak lagi, tapi ni je la yang mampu aku fikirkan dan taipkan saat ini. harap someone tu sudi la baca sampai habis ye. nak sangat kan? hambek ni.

-durian!!!!
-penipu
-memey & norman
-keluar pg2/panas2 terik..
-dikongkong (tak payah nak bising aku lepak ngn kwn2 laki aku sbb 95% kwn2 aku jantinanya lelaki)
-aku tak suka dipaksa/didesak. (klu aku sekali cakap tak/tak nak/xpayah dan segala tak, tlg jgn desak2 lg klu tak mahu dibenci)
-org kutuk keluarga aku tanpa kebenaran aku ( bia aku je kutuk dorg sendiri)
-call aku masa aku tgh nyenyak tidur
-terlupa befday aku/tarikh2 penting
-org pggl aku syg jika tak dpt kebenaran aku
-org yg tak bleh rapat dengan family aku. (klu tak semua, at least rapat dgn salah sorang pun cukup la)
-org yg cakap besar, berlagak, fikir diri ensem/cute
-fon aku kena belek oleh boyfren/org y aku suka
-org y aku suka bcakap pasal keborosan aku/sikap aku y tak pandai simpan duit.
-g clubbing(jgn skali2 ajak aku pergi)
-bila org tak hantar aku balik/tangguh2 nk hantar atas alasan hujan(padahal ujan renyai je)
-org yg suke ambik kesempatan atas kebaikan aku
-perempuan gedik,prasan cun (that why aku kekurangan girlfrens)
-n0 aku tak kenal kol2 ckp nk kenal..
-pertikai baju aku/seluar/rambut bla3...
-keadaan sesak
-bukak radio kuat2 dlm kereta(tlg la jgn buat lbh2 lg klu aku tension)
-isi kandungan thumbdrive aku diselongkar
-NIKE (suami Erni)-da la tak ensem, blagak plak.cam bagus je
-warna kuning,hijau
-menunggu orang(bia dorg y tgu aku xpe)
-org arah aku pi sana pi sini..wat aku cam drebar diorang, mentang2 xde lesen, xtaw jalan, xtaw drive (bapak k0 bayar gaji aku ke)
-soalan2 bodoh (xleh nak bg cth soalan bodoh tu sbb bg org2 lain soalan2 tu bukan soalan bodoh, hanya aku je yg tau soalan bodoh tu camne)
-kwn2 carik aku saat bermasalah.. waktu suka hilang
-org citer/kol/sms aku dengan nada riang/berlagak setelah mbeli barang/sesuatu yang aku mahu tapi aku tak mampu/belum beli
-kedekut a.k.a hj bakhil
-berlari/joging dalam terang
-tegur pasal keceluparan mulut aku
-org bercakap pasal kisah2 buruk aku cth :lari umh seangkatan dgnnye
-cikgu yusof (cikgu LK kat teknik ampangan)
-lauk asam pedas, masak lemak y tak pedas, sayur hijau2 pekat, daging,mee goreng,ikan
-masuk dlm air y ade ikan (sbb aku takut hidupan laut...SPONGEBOB xpe huhu)
-org tak hargai pemberian aku, lbh2 lg klu aku bagi brg/baju, dorg bg kat org lain plak tnpa izin aku atau buat kain buruk
-org takut2kan aku dgn cerita hantu
-gune brg2 mekap tanpa izin.. ala yg penting sumer kena tny aku dulu la...
-jawapan ntah, tak tau, suke ati, mane2 je la; bile aku tny nk pergi mane/tgh buntu nk pilih sesuatu..(klu aku tau ne nak g/nk pilih, aku ta yah tny)
-mpersoalkan waktu tidur aku 
-peminjam wang
-laki yang aku suke takde lesen, pastu bl roadblock nk lari..
-roadblock
-mak ayah aku marah2 adik aku depan kawan2 dia
-mak ayah aku marah2/perli kawan adik aku yg aku syg
-pelan yg dah dirancang tak jadik last minit!mmg nk kena maki/diboikot la org tu
-alasan xde duit je manjang..kecuali betul2 xde duit.
-baju yg ala2 keperempuanan (renda2, bertali sana sini, ade reben2 ke..)
-bazir duit utk lelaki ~ ini statement elok bg mak aku baca ni..beliau suka tuduh aku bg duit kat lelaki
-tidur dlm wayang..plz la jgn kuar ngn aku lagi klu begini

13 October 2010

entry aku yg mengarut


Kadang-kadang payah aku tunjukkan rasa sedih yg ada dalam hati kat org lain.. tak kira kat ida atau apun sekali pun. Susah sangat walaupun dorang org y rapat dgn aku. Saat hati dilanda duka, aku masih boleh berpura-pura ceria. Aku tak tahu cara nak meluahkan apa yg dirasa. Lebih2 lagi utk mengalirkan air mata depan org. kalau rasa nak nangis sgt tgu la masa aku tgh kesorangan atau lari masuk bilik!aku ketawa, gelak gile2 punye, tapi tu Cuma luaran. Dalam fikiran aku berkeceramuk. banyak yang difikir. Risau, rindu, sakit hati, tersinggung la dan macam2 lagi la.. 

Itu masa sedih… masa aku marah aku tak tahu nak pendam macammana. Terimalah padahnya kalau ada yang buat aku marah. Kalau dipendam, tak tahan beb… tang tu la ak nk release kan tension aku. Yela, bila ada org wat ak marah of coz la ak mbebel, menengking, menjerit, sepak terajang, maki hamun semua ada la… so bila suara yang paling kuat ni kuar, pehh lega gila beb… rasa cam 0 je jiwa.. ak tak pedulik ape org keliling nk kata bila ak mengamuk macam tu . Mak aku cakap nanti xde sape nak jadikan ak menantu. Ak pedulik ape. Ape aku hidup utk kahwin ke? Kalau aku kawen ngn org y ak xcinta xde gunenye jugak!Ahh lagipun sape yang nak kawen budak2 dusun nyior tu. Sumer tak ley pakai nye budak! So ak heran ape kalau2 org dusun nyior tak hingin jadikan ak menantu dia… Ade ak kisah? 
Ak xpenah letak matlamat dlm hidup utk kawen pun. Ak nk enjoy lg ar. lain la kalau die pun cintakan aku jugak.. barulah bukak citer psl kawen. Lagipun ak single lg... sebabnye ak da terjatuh hati kat someone yg x jatuh hati kat aku.. nk bukak hati utk org lain bukan senang beb. Sblm ni ak nk lupekan yang si arey tu pun amek masa bertahun2 bai… so shut up ur mouth.jgn nak mekak2 bile ak nk de couple ok..

03 September 2010

Tambah Kusut

Pagi-pagi lagi dah menaip-naip disini. Bosan. Takde mood la nak buat kerja. Kejap lagi baru buat. Tu pun sikit -sikit je kot. Semalam kusut pasal happyku terhenti. Bertambah pulak dengan masalah tart nenas yang tak siap di bikin lagi. Ada lagi 250biji patut siap semalam. Memang dah target siap semalam sebab lepas ni nak fokus pada SHOPPING dan RAYA. Tapi disebabkan Dieya lewat 10 minit kerana mencari sepitnya yang tak jumpa, plus aku pula nak pergi HSBC sebelum midnight terpaksa la aku hentikan operasi dengan cepat. Maybe ada lagi 100++ biji kot lagi kena buat. Tu baru orang yang order, untuk auntie kesayangan aku kat Kedah nun, yang memang tak pernah aku miss bagi dia tiap kali raya tak termasuk sekali. Dah tu, aku pulak kena buat untuk akak ipar aku. Aku tak rela la nak buat dia punya. Aku tak suka dia. Mak aku ni pun satu la.
Mak : kesian Kak Ferus anak dia kecik-kecik, bila la orang tu nak buat.
Aku : Kak Ferus tu bebal, tak reti jaga anak. Mak tak payah la nak back-up dia. Kalau pandai dia jaga anak, dia boleh je buat kuih tu. Siapa nak buat? Orang nak buat untuk auntie je, mak buat la untuk Kak Ferus. Orang tak nak.
Fieza : Adakah aku kejam sebab tergamak tak nak buatkan untuk akak ipar aku tu? Aku tak suka la akak ipar aku a.k.a menantu kesayangan dia. Aku pun tak faham la mak aku ni. Dia tak nampak ke yang Kak Ferus aku tu kadang-kadang plastik. Aku pun tak tahu apa yang baik sangat dengan menantu dia tu. Memang muka cantik tapi kalau dengan mak mertua pun agak kedekut, lepas tu kalau mak aku ada, mak aku yang kena jaga anak-anak dia. Dah la anak sulung dia tu nakal nak mampos. Kadang-kadang rasa nak lempang je anak dia tu.