31 May 2011

Pencarian Dunhill Nanocut yang comel gile

Pagi Senin semalam, atas almari aku ada sebatang rokok dunhill nanocut secomel yang boleh! Kecik, halus je. aku ni pantang ada benda kecik comel2 nih. Tertanya-tanya gak aku sape yang bagi. Takkan abg aku Anas tu kot kan? Aik, takkan adik aku si Telek pulak ? Abis takkan rokok tu muncul tah dari mana pulak kan? Ok. Telek kata Anas yang bagi.  Pelik? Cam menggalakkan aku merokok je ? Takpe2. aku try la sebatang tu semalam. Tak la sepuas hisap rokok saiz biasa, tapi disebabkan saiz dia yang sangat comel tu, aku jadi geram sangat-sangat! 



kotak dia pun sangat comel !

Sape tahu kat mana ada jual rokok dunhill nanocut ni. Tolonglah aku kot2 korang tahu mana ada kedai yang jual rokok import ke ? Sebab aku carik kat kedai biasa, memang confirm lah takde kan ? 7-Eleven aku tak carik lagi.

Takkan aku nak dok tanya Abg aku mana dia dapat kot. Tak pasal-pasal je aku kena pok pek pok pek kang. Adik aku lagi tak leh harap. Dia dapat sekotak Dunhill Nanocut tu, ada ke patut dia bagi aku sebatang je! Kureng tul.

P/s : gambar diatas hasil carian Mr Google. Kotak yang ada kat aku dah kemek. X cun nak upload kat sini.

FA : Site office aku ada harimau. Biar betul !!!!!!

27 May 2011

Ha.. kat situ kau silap, Fieza

Kalau aku tak gi gim lebih dari 3 hari, aku akan rasa aku sangat sangat gemuk. Padahal, berat tak naik pun. Tapi bila dah pergi gim lagi, takde pulak rasa macam dah kurus sikit pun. Mainan perasaan je semua tu.

Hari tu aku add satu  minah ni kat FB. Dia kata dia dah turun 17 kg dengan main gim hari-hari selama 2 jam (sebab dia addict dgn gim) tapi setiap hari makan nasi lemak dan tak kawal lansung pemakanan. Aku pelik yang teramat. So aku pun tanya lah kat abg Syahwal tu pasal ni. Logik ke kalau dia tak kawal makan lansung, makan main balun je, tapi dengan main gim macam tu, kalori-kalori yang dia ambik terbakar or jadikan dia kurus ? Jawapan yang aku dapat dari Abg Syahwal, LOGIK ! What the  ? Aku tak puas hati, aku pun balas blk jawapan tu. Aku kata aku yang kawal makan ni pun (kadang-kadang la) & layan gim 1 jam lebih sikit tak turun pun berat aku.
Abg Syahwal : Fiza salah buat.
Aku               : (hentak kaki) Salah macam mana pulak ? Apsal abg tak cakap yg selama ni saya  salah ? Habis, selama ni saya datang sini buang masa je la ?
Abg Syahwal : Kalau nak betul-betul kurus, nampak tak balapan tu ? Sebelum masuk gim, warm up dulu, pastu lari 5 round. Lepas tu, main gim 2 jam, dah habis tu gi lari lagi 5 round.
Aku               : Hah? Biar betul 5 round ? Non-stop ke? Mati ar saya. Kalau saya penat, saya jalan je pastu lari lagi boleh ?
Abg Syahwal : Boleh. Asal Fiza jgn berhenti utk duduk / rehat.
Hah nampak tu. Tak ke keje gila nak kena lari 5 X 400m track balapan tu ? Teringat dulu-dulu jadi atlit rumah sukan. Nak tak nak aku kena try jugak. Cuti sekolah yang akan datang ni ada Apun untuk teman aku & support aku dari segi mental & fizikal untuk buat semua ni. Chaiyok2!

FA : Semput lah aku nanti : (

26 May 2011

aku tak boleh terima ketidakadilan ni

Aku stress sangat sangat ! Dah 5 tahun aku mulakan hidup baru. Hidup yang aku ada sekarang. Tapi kenapa perkara yang dah jadi sejarah tu datang lagi menghantui hidup aku ni. Dunia ni tak adil! Aku ingat aku dah jumpa satu sinar baru untuk aku teruskan hidup. Ternyata aku salah. 

Aku takut, takut kalau-kalau hidup aku berakhir disini. Ya Allah, kenapa Kau tak biarkan aku teruskan hidup baru ni dengan tenang ? Kenapa Kau harus kembalikan semua ni ?

Susah payah aku tebalkan muka dengan semua orang, aku balik kpd keluarga, aku tepis tohmahan orang, aku bina balik hidup aku dengan sendiri, dan macam-macam lagi, ini yang aku dapat sekarang ? ! ! !
aku tak tahu apa aku nak buat sekarang. Penipuan aku yang jadikan pengakuan dulu boleh ke diubah jadi kebenaran ? Kalau tak boleh macam mana ? 

Ya Allah tolonglah, jangan musnahkan hidup aku sekali lagi. Biarlah je lah aku dengan kehidupan aku yg sekarang ni. Aku tak nak bina hidup baru lagi. Ingat senang ke aku nak harungi semua tu sendirian? Aku tahu aku dah buat salah, tapi kan aku dah menyesalinya ?

25 May 2011

Meh kita menyihatkan diri = )

Aku nak kurus sebab aku nak cantik & sihat. Actually sihat & cantik la. Cantik tak guna gak lau sakit. Aku dah tak lepak lagi dah dengan mereka-mereka tak tentu pasal cam sebelum ni. Buang tebiat kah aku? Oh tidak, bukan. Sebenarnya, disebabkan aku tak melepak dengan mereka lah aku dapat banyak kebaikan utk diri aku sendiri. Yang pertamanya, dapat jimatkan duit aku. Takdelah hari-hari aku bagi untung kat mamak tu RM 1 . 20 utk teh o ais. Tu untuk aku je, kalau yg lain mintak aku bayar sekali lagi aku gak rugi. Kedua, rokok pun dapat save. Ketiga, tidur aku pun nyenyak. So, terima kasih banyak-banyak kat masalah yang menimpa aku & Farid : D

Lepas balik kerja, lepak jap tgk citer indon & Nora Elena, aku gi gim 1 Malaysia kat Kompleks Belia & Sukan Paroi. Bayaran utk ahli gim RM10 sebulan, cuma masa daftar dikenakan RM30 (tak sure bayar apa), tapi kalau bukan ahli macam aku ni, walk-in bayar RM2 sejam. Gim ni kecik je. Bila nak dibesarkan pun tak tahu lah. Tapi ok lah, perempuan yang datang takde la ramai bebenar. Kalau lelaki tak yah kata apalah, memang padat gile. Lagi satu, perempuan dengan lelaki tak leh campur. Kalau pagi perempuan, petang lelaki pulak then malam perempuan balik. Esoknya, pagi lelaki, petang perempuan, malam lelaki. Camtu la jadual dia.

Mula-mula aku pergi gim dengan Betty, tapi sejak menjak dia wat part-time malam ni aku gi je la sorang. Penyelia gim tu, Abang Syahwal Yurnalis (bukan main lagi nama dia kan? cam nama Yuna pulak), dialah yang bagi tunjuk ajar kat kitorang camne nak guna alat-alat dalam tu. 

Yang aku tak boleh blah, tiap kali aku nak gi gim mesti aku kena bahan dulu dengan adik aku. Paling menyampah kalau aku marah ke tengking dia, mesti dia kata cenggini "Pe kau ingat kau gi gim, nak buat muscle aku takut ngan kau lah?" Peh, memang panas je dengar ayat dia. Grrr! Kat situ kau silap tu Telek. Kevin Zahri kata :
Salah satu sebab kenapa kurangnya pengunjung perempuan di gimnasium, kaum wanita sangat risau jika tubuh badan mereka akan berotot seperti lelaki bina badan. Jangan risau, kebanyakan lelaki juga mempunyai kerisauan yang sama kerana tidak mahu kelihatan ‘besar’ macam ‘weightbuilder’.
Sebenarnya, bukan senang untuk seseorang kelihatan seperti ahli bina badan. Ianya adalah proses yang mengambil masa yang agak panjang dan diet mereka sangat berbeza berbanding mereka yang hanya pergi gym untuk menjadi sihat dan meningkatkan kesihatan diri. Jadi anda tak perlu risau!
Perempuan dan lelaki juga mempunyai fisiologi yang berbeza. Kepada kaum wanita, bentuk badan anda akan menjadi lebih menarik kerana latihan di gym membantu membakar lemak badan.
FA : Teringin nak ada six pack. Boleh ?

14 May 2011

Review teachers day


Ini Teacher aku, Puan Yadzilah Yazid. Beliau merupakan guru kelas aku masa form 4 & 5 masa aku sekolah kat Teknik Ampangan dan juga guru Bahasa Inggeris kitorang. Aku sayang beliau sebab beliau sangat baik dan sabar dengan kerenah pelajar-pelajar lebih-lebih lagi dengan aku yang suka monteng ni. Macam mana aku banyak ponteng sekalipun, tak pernah aku dapat warning letter. huhu. best-best ; )

First and foremost - ayat yang selalu teacher guna masa mengajar. Trademark la ni.

Dalam banyak mata pelajaran yang ada time tu, aku paling suka English la. Confirm aku tak tidur punye. Tak macam subjek lain-lain, mengantuk/tidur mesti wajib.

Ada 1 hari tu kitorang blaja pasal is, are, am dan lain-lain. Aku ingat lagi sampai sekarang, memang tak leh lupa sampai bila-bilalah. Tah kenapa Teacher pilih aku untuk bina ayat bagi perkataan is. Aku paling tak suka kena jawab-jawab soalan ni. Aku pun berdiri la sambil pikir ape nak cakap. Sekali aku terpandang kawan rapat aku, Zahid sedang syok punya tidur. Secara spontan, "Zahid is sleeping in the class." Aku dah nak gelak dah ni tp aku rasa time tu takde sape perasan kot aku buat ayat berdasarkan perkara benar-benar berlaku. So, aku ulang, "Zahid is sleeping in the class, teacher" sambil jari aku tunjuk Zahid. (Depan aku je kot). Satu kelas gelak beb. Lepas kena kejut dengan Teacher, Zahid tengok satu kelas tengah gelakkan dia. Terpinga-pinga dia. Sori lah Zahid, aku blur nak wat ayat ape time tu.

Sampai sekarang aku dan Teacher masih contact. Ni dah dekat hari guru dah ni. Kenalah wish kat dia. Sekarang beliau makin kurus dan kurus sebab sakit. Semoga Allah panjangkan umur Teacher.

FA : Aku masih mencari cikgu kelas ganti masa aku darjah 5. Cikgu Robawi. Tapi tak jumpa lagi. Aku sayang cikgu tu jugak.

10 May 2011

Tak seharusnya hari-hari itu ada ending hodoh dan jelek


Sepatutnya dua tiga hari yang lepas jadi yang baik buat aku, tapi di penghujung hari-hari tu tiba-tiba bertukar jadi hari yang paling teruk!

Sabtu yang busy~
Lepas tukar tayar, betulkan ekzos yang bocor & tukar brek pad, patutnyalah kan aku lega sebab semua dah settle & tak over the budget tapi TAK ! Oil seal kat master pump pulak pecah! Pecah ke rosak?Lantak lah. Terpaksa la pergi beli oil seal tu esoknya yang mana Abg Khalil a.k.a Abg Tekan kata benda tu tak sampai pun RM10.
Tibanya Ahad yang panas~
Hampeh! Pergi kedai spare part sana sini, nak kena order la, takde jual la, last-2 jumpa gak tapi takde maknanya lah RM10 kan? Ambik kau, RM48! Dah lari budget lagi. Nak tak nak aku kena beli gak sebab tanpa kereta aku tak bergerak la jawabnya. Nasib baik lah aku ada foreman-foreman handalan yang baik hati iaitu Abg Khalil & Amy. Thank you, thank you. OK, lega! Sebab aku nak pergi KL jumpa abang sepupu aku. Wah 'abang' ye tak? Sengal.
KeHAPPYan yang sepatutnya boleh buat aku tido lena sambil tersenyum mati saat sms masuk masa aku sampai kat tol Sg. Besi. Cikala tol. (sila baca cilaka). Ah GERAM tahap gaban! ANAS, ANAS, ANAS, tak habis-2 dengan ANAS. FYI, Anas ni abang aku. Sebelum buat tak nak pulak pikir ANAS, dah buat penuh rasa bersalah kat ANAS. What the hell lah! Susah jugak jadi adik Anas ni.
Esoknya... ISNIN~
Interview lagi. Penat sudah. Kalau tak dapat gak, aku harus GIVE UP je! Stay kat Seremban sampai mati. Singgah sebentar kat Bangsar jumpa 'abang' aku tu lagi. Haruslah aku kata aku bodoh. Kenapalah aku cakap aku bawak sijil-sijil dia? Dah takde alasan nak jumpa dia lepas ni! Dia tu dah confirm-confirm nak elak dari jumpa aku lagi, nanti bersalah lagi kat Anas. Poyo je. Dengan kepenatan yang teramat, aku kena pergi print resume, cover letter, potostat sijil, beli envelope. Penat weyh. Terasa sakit tulang temulang aku ni. Pukul 11 pm, aku ZzZzZz... hehe.
Sekian . . . Nikmati hari anda dengan senyuman agar hari anda bermakna.

FA : Alangkah bahagianya kalau dia bukan abang sepupu aku :'(

04 May 2011

Hukum karma

Baru lepas jenguk profile ex aku. stalker ouh stalker
Dia post kat wall dia :
"Ade yg baru yg lame dilupakan.. Untung laa"
Aku kesian sebab aku rasa dia tengah sedih kot. Status relationship dia pun dah tukar single. Tapi PADAN MUKA ! ! !

Aku sempat la comment kat situ : Hukum karma :)
Aku harap dia sedar la aku perli dia. Sebenarnya nak je aku taip pepanjang camni :
Tu la awk, padan muka. Dulu awk putus ngan saya xde kesian punya kan? Pastu ada ke takde yang baru pun, awk bukan ingat kat saya pun kan? saya je 24/7 ingat awk, meratap perpisahan yg awk mintak, bertahun-tahun sayang lagi kat awk. Tapi awk camtu jugak. Takde mendenye ingat kat saya. Skang awk rasa x bila org kite masih syg (yg mana dah jadi ex masa tu), lupekan kite bila ada org baru? Sakit kan? Perit, pedih, rasa cam kena tusuk-tusuk ngan pisau je hati tu kan? Hukum karma. Apa yang awk buat saya dulu, awk dapat blk. Thumbs up!
Ha camtu la aku nak taip sebenarnya. Tapi disebabkan aku comment dia pun guna klon aku, kang pelik lak dia. * GELAK KECIK *

Tapi takpe, aku dah lama maafkan dia. Cuma tadi aku emo sikit je sebab teringat balik waktu dulu-dulu.

FA : Andai dia ingat aku & nak sambung balik takde gunanya pun kalau ada tentangan dari keluarga :P