16 February 2011

Entri Kedua Hari Ini

Buang tebiat. Buat entri baru lagi hari ini.

Jangan lah begitu, takut aku. Dahlah hari ni aku buang tebiat~pakai baju kurung & tudung. Apa function aku pakai tu padahal tak masuk dalam court pun? ~i excited nak masuk court. G.I.L.E

Kang betul betul aku tinggal lagi 2 Jumaat menangis korang kang. Haha. Kot ada yang menangisi pemergian aku, tah tah ramai yang lega~FUHHH

Aku dah penat la. Kenapa tak nak cakap terus dengan aku? Aku bukan takde hati & perasaan. Ada! Bila aku dapat tahu something dari orang lain, hati aku terkilan tau. Aku lebih rela dengar dari mulut dia sendiri walaupun pedihnya lebih menusuk kalbu.

Tadi sedang dia nyenyak tidur, aku belek la fon. Salah ke? Fon aku maa.. sim kad je dia punye. Sent items. To Eyra, to Baiti/Betty. Tu la yang membakar hati aku. Maaf ye Betty, aku dah baca sms dia hantar tu berkenaan gambar diam diam. Aku tak marah kau. Salah aku

Aku rasa aku kena tamatkan semua ni. Dengan CEPAT!!! Sebab kalau aku lengahkan or biar hal ni terus macam ni aku dengan Farid akan parah. GEDEBUSHHH! Ok la. Lepas ni TAKKAN ade lagi gambar curik curik. 

Petang ni aku rasa aku dah settlekan tanggungjawab2 aku sbg kawan dari aku mula rapat dengan dia lagi. Dari sehari ke sehari dia nak amek IC dia, dah settle. Gaji? Pandai pandai lah. Handfon? Pakai lah aku punye tu ok. Biar dapat contact Eyra, Fafa, Babeygaga, Naqey or mana mana perempuan pun. Yg lain? Tu dia sendiri boleh handle kot.

Mungkin hidup dia akan tenang tanpa aku. Aku dah patah hati dah. Sebelum ni aku boleh lagi try to fikir yang positif bila hal macam ni datang. Tapi kali ni aku dah tersedar dari lamunan. Rupanya dia tak selesa pun dengan aku. Rimas. "Terima kasih la" Farid. "Sayang" kau.... Barang jgn letak merata rata ok. 

Hisap rokok byk2 sampai mati, aku ingat tu.

FA : Tisu mane???? 

11 February 2011

Semalam Sudah Berlalu

Berbaloi ke ketensionan aku yang melampau itu? Ha... Berbaloi beb! 

Kerja dah settle, so takde kena mengena dengan kerja ok!

Semalam aku tension gile pasal family aku la. Hmm yang aku ade sebutkan dlm entri aku yg lepas. Aku jeles! Ya mmng aku jeles & aku sangat-sangat sakit hati. Anas, Mak, Telek dapat bahagian masing-masing. Aku? Wah Telek lagi melampau. Dah la aku penat-penat balik kerja semalam, aku dengar plak dia mintak duit nak beli laptop. Waklu! Aku bising, mak aku diam aje? Apa lagi pressure la aku.

Mak, mak ingat anak mak ni tunggul kayu? Ouh bila org mintak, berpuluh-puluh alasan mak bagi. Kalau Telek, mcm The Flash la mak amek purse mak tu kan?

Malam tu jugak aku rasa nak keluar dari rumah, tapi tak jadik. So tindakan aku ialah sms bapak aku, mengatakan ketidakpuashatian aku terhadap apa yang terjadi. Siap perli lagi.  Tapi tak berreply. Kenapa aku tak cakap face to face je dengan En. Ithnin tu? Sebabnya... dia takde smlm, tah pergi mana. Kalau tunggu aku balik dari melepak la, alamatnya harammmm.. Aku dah la balik Subuh.

Berita baik! Aku dapat jugak apa yang aku nak dari beliau. Maaf le Abah, lain kali sila berlaku adil. 

Thanks Farid & Amy coz menasihatkan aku last nite. Aku terima nasihat korang dengan hati yang terbuka tapi aku tak leh buat la sekarang, maybe next time? Aku dah diajar oleh mak aku untuk mintak ape yang aku nak dari Abah bila Abah ada duit sampai la aku dapat. Mak kata "selagi tak dapat, mintak je sampai dapat". So puncanya bukan dari aku ok.

FA : Nak paw Abah lagi ni. Nak duit tambahan !!!!Apa alasan nak bagi ni?