23 June 2011

Aku pun mahu jadi polis lah kalau camni

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Eh? betul tak peribahasa aku ni ?

Sakit jiwa aku wei. Pasal ex-ex aku la. Cam banyak sangat je ex-nye?

Mula-mula, Asip jadi polis. Pastu Incik Marzuki. Sekarang aku dapat tahu dari Incik Marzuki, Jep pun dah jadik polis. Dei, takde kerjaya lain ke korang nak pilih? Kenapa masa dengan aku dulu korang tak nak mintak polis ? Kalau tak, takde lah aku tinggalkan korang. Menyesal ke? Agak-agak kalau aku tak tinggalkan korang, mesti aku dah boleh kawen ngan korang kan? Piraaahh Fieza. Berangan la kau.

Incik Marzuki kasi tahu kelmarin pasal Jep. Dia ni kenal Jep ni masa main tinju zaman sekolah dulu. Dia suruh aku mintakkan nombor Zaidi (adik Jep) kat bff aku, Apend. Zaidi ni pun polis gak. Kawan sekolah & kawan tinju si Marzuki. Masa dia suh aku tolong dapatkan nombor Zaidi tu la dia cakap abang si Zaidi ni ada datang PULAPOL Jempol. Marzuki tak tahu nama abg Zaidi ni hape. Aku pun puaslah ingat balik Zaidi ada abang lain ke selain Jep? Setahu aku, Jep lah anak sulung. Selidik punya selidik sememangnya Jep lah yg Marzuki sebut-sebut tu. Adess sorang lagi. Kalaulah aku tak mintak clash dengan diorang-diorang ni dulu . . .

Lepas ni ex aku yang mane plak nak jadi pak polisi jugak ? Wan? Ameer ?

FA : Aku nak jawab hape kalau2 nanti dia tahu Jep ni ex aku ? Jeng jeng jeng *Semua ada sangkut paut*

22 June 2011

Wordless Wednesday #2

20 June 2011

Edisi II Bukit Broga 2011

19 Jun 2011, buat kali keduanya aku pergi Bukit Broga. Kali memang hangat la sama macam yang dulu punya. Mungkin sebab pergi ramai-ramai dan yang pergi semua kepala best-best punye.

Ekspedisi disertai oleh aku, Baiti, Telek, Eyra, Imai, Iwan, Pali, Nishar, Pejai, Nani & Amy. Kitorang gerak pukul 6.30am. Kali ni tak dapat nak tengok matahari terbit jugak. Tah apa nasib tak baik lagi kali ni. Macam biasa, aku buat sandwich sebagai bekalan. Boleh tahan sedaplah. Kalau tak tergesa-gesa pagi Subuh tu, mungkin lebih sedap kot.
mulakan !

Tak sure sampai sana pukul berapa sebab tak tengok jam. Yang aku tahu, masa kat Puncak 1 dah pukul 8.20am. Lepas amik angin, hilangkan letih sekejap, kitorang gerak gi Puncak 2. Ok. Sampai puncak kedua je, tak larat gi puncak 3. Maybe Edisi Ketiga boleh pergi puncak ketiga ?

Gelak dan gelak. Memang best sangat. 
sweet memory


Beza kali ini dengan yang dulu, aku tak lah selembap yang dulu. Kalau dulu, nak naik setengah bukit je banyak complain. Kali ni rasa cam sekejap pulak dah sampai atas. Tak lah penat cam dulu. Turun pun laju. Kaki tak lah terketar-ketar cam dulu, dan dan dan... ! aku tak jatuh sekali pun masa turun ok! Hebat kan ? Bangga ni. Diorang tak leh dah bahan aku pasal jatuh-2 ni.
macam berpasangan plak kitorang ~

Sampai rumah pukul 11am. Letih & mengantuk. Layan Melodi. Tup tup tertidur pulak sampai pukul 5pm. Nak bangun gi gym, sangat-sangat tak larat. Bila mengeliat, peh badan yang tak sakit jadi sakit.

Cuma sayang, kali ni anak buah tersayang aku tak dapat ikut serta. Sape nak gi amek dia kat Subang, then hantar balik Subang balik? Aku ? Ouh tak larat de. Next time ye Apun? Edisi Ketiga.

pemandangan yang aku sempat amik dari Puncak 2

14 June 2011

Tolong hentikan cerita ASSHOLE korang

Aku bengang.

Aku tak faham sikap segelintir kawan-kawan aku yang suka takut-takutkan kitorang yang perempuan ni dengan cerita hantu karut.

Satu cerita, jadi meleret-leret, ditokok tambah sampai bff aku takut nak tidur sorang. dan-dan time tu dah pukul 1 pagi. Korang tak rasa sebab korang bukan perempuan. Korang dilahirkan sebagai lelaki. Ala, tapi tak semua lelaki berani dengan hantu kan ? Tah-tah depan kitorang je korang leh la berani. Kalau sorang-sorang korang pun takut gak kan ? Jatuh lah maruah seorang lelaki kalau takut hantu kan ?

Tak payah la cakap ada benda tu kat tempat duduk belakang la, sebelah lah, atas kereta lah. ASSHOLE betul ! kalau dah nak nampak syaitan-syaitan tu nampak gak kan? 
 Aku ni dah bertahun-tahun balik rumah 1 - 2 pagi, kadang-kadang subuh, pernah drive sorang dari KL nak balik rumah, ( ingat dekat ke? ) alhamdulillah hantu setan tu tak kacau aku, atau menampakkan rupanya atau tiba-tiba terpacul kat mana-mana simpang. 

Cerita apa yang aku tak dengar kat Dusun Nyior tu ? Pocong la, puntianak la. Dari mulut mak aku sendiri pun ada. Abang aku, Anas tu mata dia memang boleh nampak benda-benda halus ni. Ada nampak 'perempuan' kat simpang rumah aku tu, kat bawah pokok, macam-macam la. Aku tak tahu lah kot-kot mak aku nak takutkan aku je.

Aku pun selalu gak dok rumah sorang-sorang. Kadang-kadang ada rasa cam benda tu ada dalam rumah tengah perhatikan aku. Tengok tv, volume kasi kuat, biar jiran sakit telinga. Bongoklah aku kalau aku tengok tv cerita hantu.

Aku tak kata aku berani. AKU memang TAKUT GAK DOWH. Kalau suatu hari aku nampak, aku pun tak tahu apa yang aku akan buat ? Jerit ? Tah-tah pengsan. Tak sempat lari.

FA : Kalau Casper the friendly ghost tak pe gak ! Leh jadi kawan aku.


10 June 2011

Aku Sah Jadi Ahli Gimnasium 1 Malaysia Paroi

Salam .

8 Jun 2011, secara rasminya aku jadi ahli Gim 1 Malaysia tu . Ish tu pun nak kasitahu ke ? eh, haruslah ~ takde la aku kasi RM 2 je tiap-tiap kali aku datang. Kalau aku datang 6 kali seminggu, dah RM 12 aku dermakan. ish rugi rugi . .

Sila tatap isi dalam gim .
treadmill boleh guna 15 minit je
nampak serabut kan ? lantak lah.
Aku nak try kickboxing pulak. Niat dah lama ada. Juz takde tempat je. Aku gugel dah, paling dekat aku leh jumpa kat Kolumpo tu. Bukan main jauh lagi. Abg Syahwal (abg gym) tu kata ada kat Seremban 2. Siap no tepon lagi dia bagi. Petang sikit nak try call lah. Dah-2, jangan nak bahan aku ye. Aku nak  kasi cepat kurus je disamping boleh kick orang sana sini. ^.^ 

Baru lepas gugel-2 tadi. Seremban kickboxing karate ? Macha je lebey aku tengok. Tak jadik lah ~ ~
FA : Tiap-2 hari datang kerja, online, gugel tips kurus, cardio workout bla bla bla  . . . Kerja takde ke ?

09 June 2011

Semuanya wajib kira sekarang

Mula menghitung hari .
Mula menghitung kalori makanan .
Mula menghitung berapa banyak kalori yang terbakar .

Sengal .

30 hari je lagi Incik Marzuki nak tamat latihan polis. Nasib baik lah dia contact aku, kalau tak aku rasa aku tak sedar-sedar lagi kot tinggal sebulan je lagi. Boleh buat dono je kalau TAK buat janji dulu.

Sangat susah tau tak bila setiap makanan / minuman yang aku amik nak kena tahu berapa kalori dia. Contoh cam nak makan coklat, tengok dulu berapa kalori. Kalau banyak, aku terpaksa tolak. Nasi lemak ? Jangan harap lah, sebab 389.5 kalori.

Korang leh cek berapa kalori makanan / minuman korang kat sini.

Kalau workout tu aku tak lah kira sangat. Tapi amik tahu gak lah. Sebab aku pun bukannya ingat. Satu lagi memang leceh la. Contoh buat latihan treadmill selama 30 minit katanya kalori dibakar 300. Kalau kau buat slow-slow, lari-lari anak je, tak mungkin lah 300 kalori yang dibakar. Ye kan ?

Cek kalori yang dibakar semasa exercise kat sini.

FA : Bukit Broga jom !