Showing posts with label watever. Show all posts
Showing posts with label watever. Show all posts

26 April 2011

Hidup di KL Part II | Bolehkan mereka memahaminya?

Ya, aku tahu kerja kerajaan tu mmg bagus, tapi nak wat camne, belum ada rezeki aku nak kerja gomen. Kalau boleh, memang aku nak sangatlah kerja dengan kerajaan ni. Senang aku nak buat loan-2 , senang menambah hutang piutang kan?

Abah, Alang, Mak tak faham situasi aku. Bila diorang tanya kenapa carik kerja lain (sambil memekak-2), aku malas nak jawab lebih-2. Cukuplah aku kata aku stress duduk Seremban. FULLSTOP. Sebab kalau aku explainkan kat diorang pun diorang bukannya nak memahami apa yang aku nak cuba sampaikan atau at least mendengar masalah yang aku hadapi. TAK! Diorang tak macam tu. Jangan la nak kata aku yang salah sebab tak cerita perkara sebenar kat mak bapak aku. Aku tak salah. Sejak dari aku kecik sampailah aku dah hampir 22 tahun ni, mak abah aku tak pernah nak tahu apa masalah aku, tak pernah nak faham apa yang aku lalui, tak pernah tanya pun "Fiza, ada masalah ke? Meh citer kat abah/mak. Kot-2 abah/mak leh tolong/nasihat?" OR kata "Kalau ada masalah, cerita kat kami.". SEUMUR HIDUP, TAK PERNAH. So, aku tak reti nak bukak cerita kat mak abah aku. Korang boleh? Tak pernah-2 nk kongsi masalah, tiba-2 nak cerita, tak pernah dipeluk cium, tiba-2 nak bermanja-2. Eww pls lah. Nanti aku dikata BUANG TEBIAT.

So boleh ke diorang faham yang aku sedang mengalami kestressan ini? Aku nak pergi dari sini. Sini banyak masalah. Kat rumah, luar rumah. Mengeluh. Lagi-lagi pasal si Panjang Mix tu. Dialah yang jadikan masalah aku bertambah-2 dan merumitkan keadaan padahal aku sendiri tak mampu nak tangani masalah-2 aku yang aku ada sekarang. Aku tak boleh lagi nak hadap muka dia. Dia tak kenang budi. Hanya kerana seorang perempuan. Bila dia ada dekat, aku selalu fikir dia walau aku tak cakap apa-2 pasal dia. Bila aku jauh dari dia, contoh cam gi jalan-jalan KL or gi mah Kaklong fuhh.. leganya. Tenang gila kepala otak yang berserabut tu. Balik Seremban, mulalah sedih, sakit kepala, nak nangis, nak jerit, nak marah. Sebab tu aku rasa aku kena keluar dari sini. Mulakan hidup baru (aku tahu mula-2 mesti sakit gila nak start), cari kawan-kawan baru, cari lebih cabaran dalam hidup, jadi seorang yang lebih berdikari, lupakan semua masalah yang ada kat Seremban & aku nak dekat dengan someone yang ada kat sana. And for sure lah, aku boleh kurus sebab jauh dari masakan enak mak aku tu kan?!!! Tapi, mana nak carik gym yang murah macam kat Seremban?

Tolonglah mak, abah, alang, kak lynn (dan sewaktu dengannya lah), aku dah besar. Dah nak masuk 22 tahun dah pun. Boleh tak biarkan aku buat keputusan aku sendiri. Ini soal hidup aku. Aku nak tentukan sendiri hidup yang aku nak jalani macammana. Aku bukan lagi budak hingusan or budak tak matang yang baru habis sekolah. Kalau tak boleh nak faham, at least bagi peluang kat aku nak perbetulkan hidup.

Hidup di KL Part I | Apa Beza Gomen & Swasta

Aku tak faham kenapa bila ada yang bising-2 bila aku nak kerja luar dari Seremban. Yang sakit tu, ayat mesti  "Kerja kat KL tu kerajaan ke swasta?" or "Kalau kerajaan kau pergi". Aku sangattttt tak faham. Kenapa kena ada kerja kerajaan baru boleh duduk KL? Give me one good reason. Bagi yg paling terbaik sampai alasan kau aku tak boleh nak sangkal-2 lagi.

Apa bezanya kalau aku dapat keje gomen atau swasta sekalipun. Aku rasa sama je. Kalau lain, tolong bagitahu. Tolonglah jangan kata gaji gomen ni tinggi basicnya. Gaji gomen bukannya banyak pun, Paling koman pun 1k lebih sikit. Tu pun basic yang ciput + elaun itu ini kan? Dah lah tak pandang pengalaman kerja yang aku ada. Tuih. Ludah sikit. Swasta pulak, bagi orang yang berSPM sahaja macam aku ni 1k lebih sikit tu je la. Tu pun payah nak dapat. Kan? So kat bahagian gaji dah lebih kurang je. 

Kalau nak kata "kerja sana nak carik rumah lagi bla bla bla....", kalau kerja kerajaan tak perlukan aku untuk mencari tempat tinggalkah? Jawab..Jawab...Adakah dengan kerja swasta, tahap sosial aku akan bertambah teruk? Apa kau ingat orang kerja gomen tu semua baik-baik belaka?

Oklah. Aku dah tak kuasa dah nak menaip alasan-2 yang aku rasa tak logik untuk di pertikaikan ni. Buat sakit hati aku sendiri je. #serius mmg parah. 

22 November 2010

Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..

awk.. nape awk pergi masa saya sayang awak sangatsangat?saya baru nak usha awk balik..(ish xmalu tul) saya nak sangat awk couple ngn saya lagi..saya sendiri je harihari..ada pun kawankawan yang harihari saya jumpa..saya nak awak..
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu..

05 October 2010

Trauma :'(

Masih lagi terbayang-bayang macam mana accident tu jadik. Aduhh..sampai hari ni bila aku tutup je mata mesti aku nampak lagi. Macam mana nak lupakan???
Malam tu aku jalan-jalan dengan Marzuki. Dari rumah aku-town-S2-Senawang-Town lagi. Hati takde la rasa tak sedap ke pe ke malam tu.. cuma mulut ni la tak habis2 pesan jgn bawak laju2. Sebenarnya malam tu Aky pun salah sikit gak. Dia bawak laju masa tu, sebab ada 1 keta tu bikin dia panasss je. Aku dah risau dah coz Aky tu dah la rabun malam. 
Ada 3 lorong, kita kat tengah2. Kelisa tu kat lorong tepi sekali belah kiri kita. Argghh.. keta kelisa tu tiba-tiba belok ke kanan! Gila!Masa tu, aku dah tutup mata, aku dah terbayang kematian aku kat situ tau tak... Dengan darah.. DAMMM! aku bukak je mata, aku blur..apa dah jadik?mana kelisa tu?aku pandang keliling, kelisa tu kat belakang, langgar pulak trafik light. hmm pandang sebelah, Aky Okay. Aku? ah sakitnya kepala...Terhantuk kat tingkap maybe. Aku dah gigil2 dah ni. Aku gi kat kelisa tu, penumpang belakang dah tak sedar. Aku dah cuak gile. Buatnya dia mati kat situ apa jadik nanti? Peh, nasib baik la dia pengsan je. Aku call Diya mintak datang jemput aku. Aky pun tak nak abg dia tahu yang masa accident tu ada orang lain dengan dia. Aky bagitahu dia okay. Buat report, driver Kelisa tu mengaku dia salah.

me : Aku tak okey! Marzuki dah 2 hari tak angkat fon! Ahh ni yang tension ni!

14 September 2010

Jangan Dekati Aku!

Aku tak suka lelaki:
  • miang
  • Kedekut(susah la hidup aku camni)
  • Suka memaksa (taknak is taknak, tak suka is tak suka, kenpa nak kena paksa2)
  • Terlalu jiwang
  • Kuat cemburu (Kalau nak bercakap dengan bestfren sendiri pun tak boleh, baik aku dok hutan je!)
  • sombong (nak reti nak bergaul dgn family aku payah la)
  • selekeh & tshirt tah apa2 (aku gak kena pilihkan???)
  •  playboy (sape yg suke ye x)
Kalau ada semua ni dalam perangai korang, jauhkan diri dari aku!