25 May 2011

Meh kita menyihatkan diri = )

Aku nak kurus sebab aku nak cantik & sihat. Actually sihat & cantik la. Cantik tak guna gak lau sakit. Aku dah tak lepak lagi dah dengan mereka-mereka tak tentu pasal cam sebelum ni. Buang tebiat kah aku? Oh tidak, bukan. Sebenarnya, disebabkan aku tak melepak dengan mereka lah aku dapat banyak kebaikan utk diri aku sendiri. Yang pertamanya, dapat jimatkan duit aku. Takdelah hari-hari aku bagi untung kat mamak tu RM 1 . 20 utk teh o ais. Tu untuk aku je, kalau yg lain mintak aku bayar sekali lagi aku gak rugi. Kedua, rokok pun dapat save. Ketiga, tidur aku pun nyenyak. So, terima kasih banyak-banyak kat masalah yang menimpa aku & Farid : D

Lepas balik kerja, lepak jap tgk citer indon & Nora Elena, aku gi gim 1 Malaysia kat Kompleks Belia & Sukan Paroi. Bayaran utk ahli gim RM10 sebulan, cuma masa daftar dikenakan RM30 (tak sure bayar apa), tapi kalau bukan ahli macam aku ni, walk-in bayar RM2 sejam. Gim ni kecik je. Bila nak dibesarkan pun tak tahu lah. Tapi ok lah, perempuan yang datang takde la ramai bebenar. Kalau lelaki tak yah kata apalah, memang padat gile. Lagi satu, perempuan dengan lelaki tak leh campur. Kalau pagi perempuan, petang lelaki pulak then malam perempuan balik. Esoknya, pagi lelaki, petang perempuan, malam lelaki. Camtu la jadual dia.

Mula-mula aku pergi gim dengan Betty, tapi sejak menjak dia wat part-time malam ni aku gi je la sorang. Penyelia gim tu, Abang Syahwal Yurnalis (bukan main lagi nama dia kan? cam nama Yuna pulak), dialah yang bagi tunjuk ajar kat kitorang camne nak guna alat-alat dalam tu. 

Yang aku tak boleh blah, tiap kali aku nak gi gim mesti aku kena bahan dulu dengan adik aku. Paling menyampah kalau aku marah ke tengking dia, mesti dia kata cenggini "Pe kau ingat kau gi gim, nak buat muscle aku takut ngan kau lah?" Peh, memang panas je dengar ayat dia. Grrr! Kat situ kau silap tu Telek. Kevin Zahri kata :
Salah satu sebab kenapa kurangnya pengunjung perempuan di gimnasium, kaum wanita sangat risau jika tubuh badan mereka akan berotot seperti lelaki bina badan. Jangan risau, kebanyakan lelaki juga mempunyai kerisauan yang sama kerana tidak mahu kelihatan ‘besar’ macam ‘weightbuilder’.
Sebenarnya, bukan senang untuk seseorang kelihatan seperti ahli bina badan. Ianya adalah proses yang mengambil masa yang agak panjang dan diet mereka sangat berbeza berbanding mereka yang hanya pergi gym untuk menjadi sihat dan meningkatkan kesihatan diri. Jadi anda tak perlu risau!
Perempuan dan lelaki juga mempunyai fisiologi yang berbeza. Kepada kaum wanita, bentuk badan anda akan menjadi lebih menarik kerana latihan di gym membantu membakar lemak badan.
FA : Teringin nak ada six pack. Boleh ?

No comments: