26 April 2011

Hidup di KL Part II | Bolehkan mereka memahaminya?

Ya, aku tahu kerja kerajaan tu mmg bagus, tapi nak wat camne, belum ada rezeki aku nak kerja gomen. Kalau boleh, memang aku nak sangatlah kerja dengan kerajaan ni. Senang aku nak buat loan-2 , senang menambah hutang piutang kan?

Abah, Alang, Mak tak faham situasi aku. Bila diorang tanya kenapa carik kerja lain (sambil memekak-2), aku malas nak jawab lebih-2. Cukuplah aku kata aku stress duduk Seremban. FULLSTOP. Sebab kalau aku explainkan kat diorang pun diorang bukannya nak memahami apa yang aku nak cuba sampaikan atau at least mendengar masalah yang aku hadapi. TAK! Diorang tak macam tu. Jangan la nak kata aku yang salah sebab tak cerita perkara sebenar kat mak bapak aku. Aku tak salah. Sejak dari aku kecik sampailah aku dah hampir 22 tahun ni, mak abah aku tak pernah nak tahu apa masalah aku, tak pernah nak faham apa yang aku lalui, tak pernah tanya pun "Fiza, ada masalah ke? Meh citer kat abah/mak. Kot-2 abah/mak leh tolong/nasihat?" OR kata "Kalau ada masalah, cerita kat kami.". SEUMUR HIDUP, TAK PERNAH. So, aku tak reti nak bukak cerita kat mak abah aku. Korang boleh? Tak pernah-2 nk kongsi masalah, tiba-2 nak cerita, tak pernah dipeluk cium, tiba-2 nak bermanja-2. Eww pls lah. Nanti aku dikata BUANG TEBIAT.

So boleh ke diorang faham yang aku sedang mengalami kestressan ini? Aku nak pergi dari sini. Sini banyak masalah. Kat rumah, luar rumah. Mengeluh. Lagi-lagi pasal si Panjang Mix tu. Dialah yang jadikan masalah aku bertambah-2 dan merumitkan keadaan padahal aku sendiri tak mampu nak tangani masalah-2 aku yang aku ada sekarang. Aku tak boleh lagi nak hadap muka dia. Dia tak kenang budi. Hanya kerana seorang perempuan. Bila dia ada dekat, aku selalu fikir dia walau aku tak cakap apa-2 pasal dia. Bila aku jauh dari dia, contoh cam gi jalan-jalan KL or gi mah Kaklong fuhh.. leganya. Tenang gila kepala otak yang berserabut tu. Balik Seremban, mulalah sedih, sakit kepala, nak nangis, nak jerit, nak marah. Sebab tu aku rasa aku kena keluar dari sini. Mulakan hidup baru (aku tahu mula-2 mesti sakit gila nak start), cari kawan-kawan baru, cari lebih cabaran dalam hidup, jadi seorang yang lebih berdikari, lupakan semua masalah yang ada kat Seremban & aku nak dekat dengan someone yang ada kat sana. And for sure lah, aku boleh kurus sebab jauh dari masakan enak mak aku tu kan?!!! Tapi, mana nak carik gym yang murah macam kat Seremban?

Tolonglah mak, abah, alang, kak lynn (dan sewaktu dengannya lah), aku dah besar. Dah nak masuk 22 tahun dah pun. Boleh tak biarkan aku buat keputusan aku sendiri. Ini soal hidup aku. Aku nak tentukan sendiri hidup yang aku nak jalani macammana. Aku bukan lagi budak hingusan or budak tak matang yang baru habis sekolah. Kalau tak boleh nak faham, at least bagi peluang kat aku nak perbetulkan hidup.

No comments: