26 April 2011

Hidup di KL Part I | Apa Beza Gomen & Swasta

Aku tak faham kenapa bila ada yang bising-2 bila aku nak kerja luar dari Seremban. Yang sakit tu, ayat mesti  "Kerja kat KL tu kerajaan ke swasta?" or "Kalau kerajaan kau pergi". Aku sangattttt tak faham. Kenapa kena ada kerja kerajaan baru boleh duduk KL? Give me one good reason. Bagi yg paling terbaik sampai alasan kau aku tak boleh nak sangkal-2 lagi.

Apa bezanya kalau aku dapat keje gomen atau swasta sekalipun. Aku rasa sama je. Kalau lain, tolong bagitahu. Tolonglah jangan kata gaji gomen ni tinggi basicnya. Gaji gomen bukannya banyak pun, Paling koman pun 1k lebih sikit. Tu pun basic yang ciput + elaun itu ini kan? Dah lah tak pandang pengalaman kerja yang aku ada. Tuih. Ludah sikit. Swasta pulak, bagi orang yang berSPM sahaja macam aku ni 1k lebih sikit tu je la. Tu pun payah nak dapat. Kan? So kat bahagian gaji dah lebih kurang je. 

Kalau nak kata "kerja sana nak carik rumah lagi bla bla bla....", kalau kerja kerajaan tak perlukan aku untuk mencari tempat tinggalkah? Jawab..Jawab...Adakah dengan kerja swasta, tahap sosial aku akan bertambah teruk? Apa kau ingat orang kerja gomen tu semua baik-baik belaka?

Oklah. Aku dah tak kuasa dah nak menaip alasan-2 yang aku rasa tak logik untuk di pertikaikan ni. Buat sakit hati aku sendiri je. #serius mmg parah. 

No comments: