09 June 2011

Semuanya wajib kira sekarang

Mula menghitung hari .
Mula menghitung kalori makanan .
Mula menghitung berapa banyak kalori yang terbakar .

Sengal .

30 hari je lagi Incik Marzuki nak tamat latihan polis. Nasib baik lah dia contact aku, kalau tak aku rasa aku tak sedar-sedar lagi kot tinggal sebulan je lagi. Boleh buat dono je kalau TAK buat janji dulu.

Sangat susah tau tak bila setiap makanan / minuman yang aku amik nak kena tahu berapa kalori dia. Contoh cam nak makan coklat, tengok dulu berapa kalori. Kalau banyak, aku terpaksa tolak. Nasi lemak ? Jangan harap lah, sebab 389.5 kalori.

Korang leh cek berapa kalori makanan / minuman korang kat sini.

Kalau workout tu aku tak lah kira sangat. Tapi amik tahu gak lah. Sebab aku pun bukannya ingat. Satu lagi memang leceh la. Contoh buat latihan treadmill selama 30 minit katanya kalori dibakar 300. Kalau kau buat slow-slow, lari-lari anak je, tak mungkin lah 300 kalori yang dibakar. Ye kan ?

Cek kalori yang dibakar semasa exercise kat sini.

FA : Bukit Broga jom !

No comments: