11 May 2012
Stress
7 may aritu aku start keje kat damansara, opis sementara sebelum pergi site office kat bandar tun hussein onn. hari pertama sampai hari ketiga aku kerja aku stress sgt sgt. sebab :
i. ramai sangat kerani
kerani macam aku ni ha lah. gedik, kaki mengutuk, mengata semualah. dah lah aku tak reti nak campur sgt ngan perempuan. stress aku tengok perangai diorang wei. mmg tak leh masuk ar kepala aku ngan dorang.
ii. takde keje
dah lah takde keje, sebab package aku baru ade 3 org staff, projek kat site pun tak start lagi dan aku lum dapat komputer, so memang takde keje lah aku pastu dok lak ngadap pompuan pompuan tu kan... bayangkan eh aku duduk main sms/tweet tweet sepanjang hari. diorang dok gelak, borak pun tak leh hilangkan bosan aku.
iii. pakaian formal
eh mmg tak ah. tapi terpaksa gak le. dari dulu aku keje tak penah penahnye aku keje pakai baju kurung/kemeja. semua tshirt ngan jeans je. tetibe ek aku kena. hope kat site office yg aku pindah t aku leh pakai tshirt/jeans balik. lalalala~
iv. jalan jammed
bukan main teruk lagi siot. tension i, tension!!!
v. jauh dari yg tercinta.
sorry jangan muntah lak korang. haha. rindu dow.
masuk hari keempat, aku dapat komputer. tapi sementara je sampai selasa, pastu nnt ade omputih nak dok meja ni. dan pastu aku dok lah balik 1 bilik ngn pompuan pompuan tu. nak tau tak, sepanjang aku dok meja luar ni aku tak stress lansung. happy je walau aku kena dok ngadap bos omputih ni. confirm aku stress balik.
10 April 2012
my family (kiri sahaja)
![]() |
| klik kat gambar |
oklah. mula mula... sebelum mak kahwin dengan abah, mak janda anak 3 iaitu kaklong, angah, alang. abah pulak masa kahwin dengan mak, ada bini & anak 4 orang, kira mak aku ni bini no. 2. lepas tu lahirlah abang aku, aku dengan adik aku. bini pertama bapak aku (aku panggil dia mak tua), dia meninggal dunia masa umur aku darjah 4 ke 5 tah. aku pun lupa. jadah lak aku nak ingat kan?
fyi, bapak aku ni terror, sebelum mak tua aku mati, dia mintak kebenaran kawen lagi. kat sini aku tak letak, sebab aku malas. rasa aku takde ber adik-beradik dengan mana-mana anak pompuan tu kot. yelah, perempuan dah kerepot cam keropok dia kawen, nak zuriat macam mana lagi. hahahaha.
aku tak rapat dengan abah + anak-anak dia dengan bini pertama dia. jadah lak kan nak baik-baik. kalau ikutkan orang kata, diorang lah adik beradik kandung aku sebab berbin/binti sama iaitu ITHNIN. tapi nak wat macam mana kalau hati dah benci. aku sayang adik beradik tiri aku, yang mana kaklong, angah*tak sayang sgt, alang sebab aku membesar dengan diorang kot. mak kata dulu aku kecik-kecik kaklong aku jaga pas dia balik sekolah. kalau tengok mmg tak macam adik beradik tiri lah.
kalau korang perasan, kat kotak nama anak bapak aku dengan mak tiri aku tu, aku letak andartu la, kaki kikis lah. aku bukan ape, aku geram. tu je. bapak aku bangga sangat dengan anak-anak dia tu. anak pertama dia Ita ex-andartu tu kerja bank. gaji besar. keta pun besar. dah kawen. dengar kawen dgn kontraktor, tak tahu la kontraktor besar ke cikai macam bapak aku tp diorang kata laki dia pisau cukur. padan mukalah. anak no dua dah meninggal, 2 tahun lepas kot. sakit jantung. mati kat tempat kerja. kerja bank gak. anak no 3 dia kerja kilang je, laki tak keje dok umah je mengangkang. tp anak dia ngan laki dia ni nak lah jugak datang umah aku time raya, tegur-tegur lah jugak dengan mak aku walaupun tak mesra. anak dia yang last tu nama je aboy, tapi bapok. lembut tu bapok lah tu. kerja bank. kadang-kadang wat andaman, pelamin, segala kerja bapok lah. aboy lah sangat kan? haha. aku suka anak no dua. tah nape tah. pdhal aku penah jumpa arwah angah ayie dua tiga kali je kot. tapi bagi aku lah, arwah angah ayie lah paling baik antara anak-anak dia ni. tapi sayang, dia dah arwah dulu sebelum yang lain.
bapak aku tu bukan boleh dibanggakan sgt pun. bini je banyak, duit tak banyak! sape-sape nak kahwin banyak tapi takde cara, korang leh contact en senin mintak petua/tips.
so boleh faham tak? haha. tak leh paham gak tak tahu lah.
ulangtahun ke 39 kakakku
kaklong aku dah tua. dah 39 tahun dah. selamat hari tua, kaklong. haha
| lagu lum abis nyanyi dia dah tiup. budak kecik lagi pandai. haha |
| pandai photoG kite amek pic, nmpk lazat kek ni...yum3 |
| muka gedik saya |
29 March 2012
Honey Jaja
Woopps. ni bukan aku punya. nama dia Jaja. 'awek' fiddy. kira madu aku lah ni. huhu. dapat pun lepas rindu kat Jaja semalam. dah berapa hari dah tak berkasihsayang dengan Jaja. hampir-hampir nak merajuk dengan Fiddy sebab tak bawak Jaja tengok wayang semalam. hampir je eh. last-last aku yang decide nak drive. #gedik
baru semalam dapat merasa ride Jaja. terasa cam nak beli je satu Ninja. tapi apa kan daya, memang tak mampu sebab den dah ade kereta & gaji kecik. kalau takde kereta lagi sekarang ni, memang dah angkat sebijik dah.
awak, awak, kite sayang awak, kite sayang Jaja jugak. walaupun bukan saya yang beli, walaupun saya tak share bayar sekalipun, or tolong tuang minyak masa jejalan, boleh ek kite sayang Jaja sesama? dah tersayang, nak buat macam mana. huhu
27 March 2012
You're the only one that I want
betul jugak cakap betty. ni semua DUGAAN. takyah layan marzuki tu.
untuk sehari dua yang lepas, ya aku mengaku keraguan ada singgah kat kepala aku. BETUL KE AKU DAH MOVE ON? APA MARZUKI NAK? KENAPA SEKARANG? BETUL KE AKU BETUL-BETUL CINTA FIDDY? BOLEH KE AKU DENGAN FIDDY LAMA? NANTI MACAM MANA DENGAN MARZUKI? tu semua soalan yang banyak main kat kepala ni hari tu.
tapi sekarang, takde ragu-ragu lagi. ya, semua ni dugaan je. apa yang aku nampak, aku nampak aku BODOH lah sebab boleh pulak was was tentang perasaan aku kat fiddy, perasaan fiddy kat aku, pasal hubungan kitorang.
semalam aku dah dapat jawapan. perasaan aku kat fiddy bukan main-main, bukan untuk sementara.
bila aku renung dia semalam aku nampak cinta kat mata dia. serius ni. aku tak rasa fiddy main-main. fiddy tu baik, caring sgt sgt, tinggi (heboh nak sgt bf tinggi kan?), comel, sweet, romantik, apa lagi yang aku nak? semua cukup. dari hari pertama aku chat dengan dia kat facebook sampai lah hari ni, dia tak pernah buat aku sakit hati, dia buat aku happy je. dia buat aku senyum. ketawa. dia buat aku rasa aku tak nak jauh dari dia. satu lagi, dia buat aku kuat beranganlah. dia buat aku rasa nak kahwin je<----HAHAHA. senang citer, dia sempurnakan hidup aku.
kalau boleh, aku harap dialah jodoh aku. aku nak kahwin dengan dia, hidup bahagia sama-sama dengan dia sampai akhir hayat aku. *dah start dah berangan...
Subscribe to:
Posts (Atom)




