11 February 2011

Semalam Sudah Berlalu

Berbaloi ke ketensionan aku yang melampau itu? Ha... Berbaloi beb! 

Kerja dah settle, so takde kena mengena dengan kerja ok!

Semalam aku tension gile pasal family aku la. Hmm yang aku ade sebutkan dlm entri aku yg lepas. Aku jeles! Ya mmng aku jeles & aku sangat-sangat sakit hati. Anas, Mak, Telek dapat bahagian masing-masing. Aku? Wah Telek lagi melampau. Dah la aku penat-penat balik kerja semalam, aku dengar plak dia mintak duit nak beli laptop. Waklu! Aku bising, mak aku diam aje? Apa lagi pressure la aku.

Mak, mak ingat anak mak ni tunggul kayu? Ouh bila org mintak, berpuluh-puluh alasan mak bagi. Kalau Telek, mcm The Flash la mak amek purse mak tu kan?

Malam tu jugak aku rasa nak keluar dari rumah, tapi tak jadik. So tindakan aku ialah sms bapak aku, mengatakan ketidakpuashatian aku terhadap apa yang terjadi. Siap perli lagi.  Tapi tak berreply. Kenapa aku tak cakap face to face je dengan En. Ithnin tu? Sebabnya... dia takde smlm, tah pergi mana. Kalau tunggu aku balik dari melepak la, alamatnya harammmm.. Aku dah la balik Subuh.

Berita baik! Aku dapat jugak apa yang aku nak dari beliau. Maaf le Abah, lain kali sila berlaku adil. 

Thanks Farid & Amy coz menasihatkan aku last nite. Aku terima nasihat korang dengan hati yang terbuka tapi aku tak leh buat la sekarang, maybe next time? Aku dah diajar oleh mak aku untuk mintak ape yang aku nak dari Abah bila Abah ada duit sampai la aku dapat. Mak kata "selagi tak dapat, mintak je sampai dapat". So puncanya bukan dari aku ok.

FA : Nak paw Abah lagi ni. Nak duit tambahan !!!!Apa alasan nak bagi ni?

No comments: