14 July 2012

Aku Dianaktirikan ;p

memang. aku ngah merajuk. ;p

tak kira la aku balik seremban ke tak, asalkan aku tgh merajuk.

alkisahnya, baru-baru ni aku marah dengan adik aku sampai aku kemekkan no plat motor & terpecahkan lappy dia. tk tahu la ape yg pecah. aku pun tak tengok lagi. semua salah dia kot! pakai keta aku lama sangat. pdahal aku dah text dia berkali2 suh balik, pastu dia off fon. kunci motor pun dia tak tinggalkan. mana aku tak naik angin. kan? #wajarlah

keesokkannya, mak aku call, tanya nape aku buat motor adik aku camtu. pastu mak tanya nape buat motor kawan dia jugak. wtf! eh bila masa tah aku usik motor pali tu. *ni mak aku tanya bebaik je lah..

SEMINIT LEPAS TU..abah aku plak call. bapak aku tu mana reti cakap baik-baik. aku ni baran ikut dia lah. dia tinggi sore, aku mana bleh dengar je, aku menjawab la. dia marah sebab aku pecahkan laptop telek. nak marah, marah je la. tak payah la cakap "kau ni ape ni? kalau marah tu kalau tak usik barang, pecahkan barang tak leh ke? ape jenis kau ni la" fine! aku ni jenis. bukan manusia.


gurantee la aku merajuk dengan diorang. dari dulu, aku dianaktirikan. mana taknye, anas dengan telek kalau mintak ape-ape gurantee dapat.

masa anas form 4 lagi anas dah dapat motor. walaupun yamaha ss je. pastu upgrade 125z. bulan-bulan mak aku bayar sampai habis.

masa aku form 4, aku minta motor jugak, tak dapat pun. yang aku dpt, tu ha motor kriss tu lah. tu pun mak aku beli untuk alang aku masa aku darjah 5 kot. masa aku form 4 tukar geran pi nama aku. tu je! bukan motor baru. aku nak mintak tukar cover set pun susah tau. pdhal baru RM150-200 je. minta tukar rim? lagi tak pat! masa aku mekak-mekak nak motor baru jugak, anas kata pakai motor 125z dia sebab dia dah beli keta kancil. tengok, motor second lagi. aku nak baru lah ngok! last-last mana aku pakai. aku pakai pun bila ade motor tu kat umah je.

anas beli keta kancil tu pun bukan atas keinginan dia sgt pun. yang aku tahu citer dia, dia memang nak beli keta. tapi bukan kancil. bapak aku tu la sibuk-sibuk lak gi carik. pastu keta kancil ni beli cash pakai duit angah aku. bapak aku ke mak aku yang mintak tolong tak tahu la. tapi bulan-bulan bayar kat angah.

aku nak beli keta, takde plak gi carikkan! aku carik sendiri. bapak aku siap cakap "beli lah keta senang gi keje". siap suh aku beli keta viva baru, full loan lagi. bulanan amek kau dekat 400++. dia senang la cakap, "nnt abah tambah la 100 ke." butuh dia. dia ingat aku tak tahu ke perangai dia. dia ckp lebih, macam keling. tahu? macam keling! esok lusa aku gak kena bayar sendiri. last-last aku carik sendiri, beli sendiri keta kelisa 2ndhand tu. ape rosak ke pe aku pun tak tahu, main beli je. sikit duit pun mak bapak aku tak hulur taw!

sekarang motor kriss aku "punya" tu adik aku pakai. sejak dia form 4 lagi. tu pun dah bertukar rupa. dari takde klac, ade klac. dari pakai sport rim, pakai rim. cover set kaler hitam, sekarang merah. dah bape kali rosak motor tu adik aku bawak merempit! bape kali jahanam dia repair sendiri. last last anta kedai jugak. yang anta kedai tu la mak aku dok bayar sampai ribu-ribu tu. ni bukan aku pakai cakap je. ni semua kuar dari mulut mak aku sendiri ek. dia kalau bising kat adik aku pasal motor rosak, dia mesti cakap "ape lagi rosak tu apiz..kan hari tu repair dah.dekat 2 ribu duit mak bayar repair.rosak ape lg." bila rosak lagi kan, mak aku ckp "rosak lagi.rosak lagi.hari tu mintak mak 200 repair motor, tak cukup lagi ke apiz..." time tu hati aku mmg ckp "WTF lah!"

time keta aku rosak mula-mula dulu, repair RM100 je kot.mintak mak aku "duit gaji kau mana pizah.." pastu keta aku rosak lagi. RM160 kot. dia bagi aku RM80 je, yang lain aku guna duit sendiri. baru tak baru sgt la kan, timing belt keta aku putus. kena towing. RM180. repair, RM350. aku masa tu ada RM100 je. dia bagi, tapi dengan muka ketat + bagi macam tak ikhlas lansung. pastu nampak je muka aku, ungkit pasal duit dia tu. baru-baru ni aku repair keta lagi, tup tup kena RM790. pakcik tu kata boleh byr skit2. masa tu aku ada RM350. baki aku bayar habis dah. tu pun guna duit sendiri. aku bagi duit baki tu kat alang aku. sebab alang aku kawan ngan pakcik mekanik tu. nak tahu tak, alang aku balik makan tengahari kat mah mak aku, dia citer kat mak aku yg pakcik tu kata takpayah bayar abis pun takpe kalau aku takde duit.byr sikit je. aku plak masa tu dlm bilik air terdengar perbualan tersebut. mak aku boleh cakap ape korang tau? "ouh banyak plak duit kau pizah.bak sini duit mak.duit mak bila nak bayar" ish aku angin lah, aku jerit dari dalam bilik air tu, aku cakap aku  tak nak utang org. bla bla..nasib baik alang aku ckp "dahla,dah bayar dah pun."

dah lah masa tu aku baru start keje kat Damansara. rileks la. bagi la aku ruang nak bernafas sikit. nak nak time tu aku pun tengah kusut giler pasal duit. lagi satu yang aku tak puas hati sangat tu la kan. masa aku stll lagi ditempatkan kat Damansara Perdana, aku tinggal kat umah akak aku kat Subang masa tu. adik aku kata dia dpt keje kat Subang jugak. so nak tinggal kat umah akak aku la. masa hari dia nak "pindah masuk" tu, mak abah aku pergi rumah akak aku jugak, singgah Mydin beli beras, milo, susu pekat dan lain-lain barang lagi taw. dekat 100++ la abis. masa aku nak dok umah akak tu, takde pun nak beli beli barang tu semua. masa aku dah pindah bilik sewa, takde pun tolong beli beras ke ape ke. deposit je aku minta mak aku, sebab aku takde duit lansung. tu pun, hmm paham-paham sendiri lah mulut dia camne.


aku bukan ape. aku rasa tak adil kot aku dilayan macam ni. bila aku je ade je tak kena. aku ni sape? anak diorang kan? anak kandung kan? bukan anak angkat pun diorang nak berlaku tak adil macam tu. lagipun silap silap aku yang dulu pun punca asalnya dari diorang jugak. aku tengah membesar boleh gaduh-gaduh bagai, aku tension, aku buat hal lah. ape lagi kan. tu je cara aku protes, release tension & carik hiburan lain.

aku dok jeles kot tengok/dgr orang lain dengan mak bapak diorang best je. siap boleh gurau-gurau lagi.

4 comments:

Anonymous said...

salam fieza,

saya simpati dengan awak.
saya pernah rasa macam ni dulu.
tapi Allah Maha Adil, sesuatu berlaku dan hikmahnya baik sebaik-baiknya.

apa saya buat adalah saya nekad lari dari mereka.
biar mereka sedar kehilangan kita.
dan waktu itu, barulah selalu mereka datang menjenguk.
saya happy tanpa mereka.

tapi mereka sahaja yang saya ada.
saya jauhkan diri dari mereka sampai mereka rasa rindu.

saya beri duit pada mereka walaupun saya tiada duit.
saya masakkan mereka walaupun saya sendiri berlapar.

yang paling penting, saya gembirakan mereka walaupun saya tak gembira.
dan sekarang mereka jadi kawan terbaik saya walaupun mereka masih orang yang sama.
mereka berubah kerana saya berubah.

biar kita menangis di belakang mereka asalkan mereka tak pernah menangis kerana kita kerana ganjaran yang Allah akan bagi memang tak terjangka.

awak dah bekerjakan? awak tinggal jauh dari family awak tak?
biarkan mereka layan yang lain baik2 dan layan kita dengan buruk, tapi kita jangan jadi seperti mereka sebab kalau tak kita sama macam mereka.

pasal kereta meh saya nak bagi tips, awak rajin2 search internet dan dapatkan contact dari mekanik perodua yang boleh dipercayai kalau boleh jgn seorang, biar ramai dan banyak pendapat. dapatkan details pasal cara penjagaan, spare part, alat2 kereta, supaya bila rosak, awak tahu apa yang rosak dan takkan kena tipu. saya buat macam tu. kalau saya takde duit, saya gunakan kereta selembut2nya dan jimatkan penggunaan minyak kereta. untuk servis, saya akan kumpul duit sampai cukup baru servis ataupun buat mana yang penting je kurang dari rm150 je untuk 10k perjalanan. untuk kereta 2nd hand, awak kne check semua alat kereta berfungsi dengan baik atau tak. tak susah, tukar satu2 jgn sekaligus. yang penting kena sayang kereta tu dan sayang diri awak sendiri.

panjang pulak saya bebel, hihi. hope dapat tenangkan awak walau sedikit.

Fieza Areyza said...

hai awak, thanks sudi bc blog kite yg xseberapa ni..hehe

jauh xjauh sgt la sgn diorg. skang keje & menyewa kat cheras. umah family kat seremban. baru mgu ni rasa xnk balik umh. tp barang nk kena amek jugak.

lari,lari tu dah biasa dah. dulu time skola slalu buat. x berkesan pun.

Budakperlop said...

Rilex dowh....ramadhan dah dekat,mungkin ade hikmah kot tuk ko nnti,dan sekurang2nya ko dah boleh berdiri sendiri skrng atas usaha ko jgk....

lepak cheras roger2 la aku,nnti gua blanja chicken Gril BAik punya kat cheras batu 9......rasa sekali nak makan hari2...

Fieza Areyza said...

Petai..

jom ah. belanja aku & bayar taw. BUKAN kau belanje,aku bayar.