30 January 2012

tak sabarnye...

di hari kedua tahun baru cina...
aku tengah syok tido nih..syok sangat-sangat...tetibe adik aku, Telek masuk bilik kata "mok, untunglaa kau dapat akak ipar baru 30hb ni". dengan mamainya cuba mengamati apa yang disampaikan. tak jelaslah apa yang aku dengar. "oi!apa kau cakap?" takde jawapan, cuma gelak tawa je kedengaran. hampeh tul budak ni. memang carik nahas tul. aku dah lah pantang bila tengah tidur orang kacau tanpa motif.

....mengamuk. jerit-jerit cam biasa.....

"apa kau cakap tadi bodoh?"
"hahahahaha". dia gelak lagi!
"eh bangang. cepatla cakap. aku tanya kau ni. apa kau cakap tadi! kau nak kena pukul ke hape!!!"

pastu anak buah aku comel lote tu masuk, "betullah aunty, pakteh nak nikah 30hb ni." aku plak masih lagi "hah?" "hah?" tak abis-abis. seriously memang tak caya lah. gila apa. dengan sape? "dengan yang baru". ouh. dengan yang baru takpe. nak nikah? aku on je. sila-sila.


baru nak feeling-feeling glamor dihari nikah dia, nak dapat akak ipar baru, 30hb ditunda ke satu tarikh yang baru yang akan diberitahu kelak. : (

No comments: