26 April 2011

Hidup di KL Part II | Bolehkan mereka memahaminya?

Ya, aku tahu kerja kerajaan tu mmg bagus, tapi nak wat camne, belum ada rezeki aku nak kerja gomen. Kalau boleh, memang aku nak sangatlah kerja dengan kerajaan ni. Senang aku nak buat loan-2 , senang menambah hutang piutang kan?

Abah, Alang, Mak tak faham situasi aku. Bila diorang tanya kenapa carik kerja lain (sambil memekak-2), aku malas nak jawab lebih-2. Cukuplah aku kata aku stress duduk Seremban. FULLSTOP. Sebab kalau aku explainkan kat diorang pun diorang bukannya nak memahami apa yang aku nak cuba sampaikan atau at least mendengar masalah yang aku hadapi. TAK! Diorang tak macam tu. Jangan la nak kata aku yang salah sebab tak cerita perkara sebenar kat mak bapak aku. Aku tak salah. Sejak dari aku kecik sampailah aku dah hampir 22 tahun ni, mak abah aku tak pernah nak tahu apa masalah aku, tak pernah nak faham apa yang aku lalui, tak pernah tanya pun "Fiza, ada masalah ke? Meh citer kat abah/mak. Kot-2 abah/mak leh tolong/nasihat?" OR kata "Kalau ada masalah, cerita kat kami.". SEUMUR HIDUP, TAK PERNAH. So, aku tak reti nak bukak cerita kat mak abah aku. Korang boleh? Tak pernah-2 nk kongsi masalah, tiba-2 nak cerita, tak pernah dipeluk cium, tiba-2 nak bermanja-2. Eww pls lah. Nanti aku dikata BUANG TEBIAT.

So boleh ke diorang faham yang aku sedang mengalami kestressan ini? Aku nak pergi dari sini. Sini banyak masalah. Kat rumah, luar rumah. Mengeluh. Lagi-lagi pasal si Panjang Mix tu. Dialah yang jadikan masalah aku bertambah-2 dan merumitkan keadaan padahal aku sendiri tak mampu nak tangani masalah-2 aku yang aku ada sekarang. Aku tak boleh lagi nak hadap muka dia. Dia tak kenang budi. Hanya kerana seorang perempuan. Bila dia ada dekat, aku selalu fikir dia walau aku tak cakap apa-2 pasal dia. Bila aku jauh dari dia, contoh cam gi jalan-jalan KL or gi mah Kaklong fuhh.. leganya. Tenang gila kepala otak yang berserabut tu. Balik Seremban, mulalah sedih, sakit kepala, nak nangis, nak jerit, nak marah. Sebab tu aku rasa aku kena keluar dari sini. Mulakan hidup baru (aku tahu mula-2 mesti sakit gila nak start), cari kawan-kawan baru, cari lebih cabaran dalam hidup, jadi seorang yang lebih berdikari, lupakan semua masalah yang ada kat Seremban & aku nak dekat dengan someone yang ada kat sana. And for sure lah, aku boleh kurus sebab jauh dari masakan enak mak aku tu kan?!!! Tapi, mana nak carik gym yang murah macam kat Seremban?

Tolonglah mak, abah, alang, kak lynn (dan sewaktu dengannya lah), aku dah besar. Dah nak masuk 22 tahun dah pun. Boleh tak biarkan aku buat keputusan aku sendiri. Ini soal hidup aku. Aku nak tentukan sendiri hidup yang aku nak jalani macammana. Aku bukan lagi budak hingusan or budak tak matang yang baru habis sekolah. Kalau tak boleh nak faham, at least bagi peluang kat aku nak perbetulkan hidup.

Hidup di KL Part I | Apa Beza Gomen & Swasta

Aku tak faham kenapa bila ada yang bising-2 bila aku nak kerja luar dari Seremban. Yang sakit tu, ayat mesti  "Kerja kat KL tu kerajaan ke swasta?" or "Kalau kerajaan kau pergi". Aku sangattttt tak faham. Kenapa kena ada kerja kerajaan baru boleh duduk KL? Give me one good reason. Bagi yg paling terbaik sampai alasan kau aku tak boleh nak sangkal-2 lagi.

Apa bezanya kalau aku dapat keje gomen atau swasta sekalipun. Aku rasa sama je. Kalau lain, tolong bagitahu. Tolonglah jangan kata gaji gomen ni tinggi basicnya. Gaji gomen bukannya banyak pun, Paling koman pun 1k lebih sikit. Tu pun basic yang ciput + elaun itu ini kan? Dah lah tak pandang pengalaman kerja yang aku ada. Tuih. Ludah sikit. Swasta pulak, bagi orang yang berSPM sahaja macam aku ni 1k lebih sikit tu je la. Tu pun payah nak dapat. Kan? So kat bahagian gaji dah lebih kurang je. 

Kalau nak kata "kerja sana nak carik rumah lagi bla bla bla....", kalau kerja kerajaan tak perlukan aku untuk mencari tempat tinggalkah? Jawab..Jawab...Adakah dengan kerja swasta, tahap sosial aku akan bertambah teruk? Apa kau ingat orang kerja gomen tu semua baik-baik belaka?

Oklah. Aku dah tak kuasa dah nak menaip alasan-2 yang aku rasa tak logik untuk di pertikaikan ni. Buat sakit hati aku sendiri je. #serius mmg parah. 

18 April 2011

tiada lagi sayang untuk orang macam kau

Kau ingat kau siapa?
Aku selalu sakitkan hati kau?
Huh!
Tak tahu plak
Aku ingat selama ni kau je yang
banyak toreh-2 hati aku
Umpama orang takde hati dan perasaan
Ouh ada hati dan perasaan rupenya.
Maaflah aku baru tahu

Serius lah~ dari dulu kau adalah pelakon terbagus!
tak sangka tul.
Orang aku kenal rupanya perangainya macam ni
depan baik
belakang kutuk-2
& apa-2 je la lagi yang ada di sebalik topeng kau tu
Tak tahu la ko kutuk ape lagi kan selain apa yang aku dah tahu

Aku sedih, sakit hati, rasa cam nak bunuh je kau tu
Tapi tak boleh la. ada undang-2.. & aku ada hati perut.
Kang mati ko kang, mak ayah ko sedey... Kang buah hati ko kempunan tak sempat dating :D
Eh nnt aku masuk penjara plak ? Ish tak nak la!
Tapi aku lega 
sekarang aku dah tak sayang kau lagi
Kau dah hilang layanan special itu. Harap maklum.

Aku tak mahu doakan kebahagiaan kau lagi
Cukup la doa-2 aku yg aritu. Kot doa aku tu Allah nak makbulkan la ..
Hanya aku boleh kata, bila aku takde nanti kau fikirlah baik-2.  
Sebab kalau aku ada, otak kau tak jalan
Cubalah jadi matang.


Aku bakal mengucapkan selamat tinggal kepada Seremban. Insyaallah, kalau ada rezeki disana :D

Adam Ouh Adam

Lalalala~ Aku dah tahu siapa dia 'Adam' yang aku carik-2 selama hari ni.


Nama dia Azwan Kombos (AK) rupenya. dah jadik frens fb dia.. Apun, sila jeles. Susah gak nak carik info pasal dia ni. Dari mula kerja sampai la pukul 10.30 pagi tadi aku dok tengok balik cerita Gadis Semasa Sunsilk.

AK ada berlakon dalam Lu Pikirlah Sendiri the Movie & Belukar. Opps dua-dua citer ni aku tak tengok lagi. Baru-baru ni dia berlakon dalam Gadis Semasa Sunsilk yang ditayangkan setiap hari Selasa pukul 6 petang kat TV3. Dia pegang watak Adam. Ha... Comel la dia dengan slang Sabah dia. Apa-2 pun dia mmg cute gile.


16 hb hari tu aku pergi Konsert Gadis Semasa Sunsilk kat Orange Dragonfly Club dengan Dieya, Apun & Wana. Best la jugak. Tak rugi kitorang pergi. Kitorang tak diri kat dance floor. Kitorang dok kat tingkat atas.


Huuu.. dapat tengok live idola aku, Mimifly ONE. Hah ONE memang gempak la. Caya la beb! Dapat tengok 'Adam' jugak :D

snap dr tingkat atas... xsempat snap masa dia pandang atas : (

Apun : i dah cakap, i yang akan buat dulu entri pasal ni :P

15 April 2011

Happy Birthday Betty !

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Betty
Happy birthday to you...
sedap woo kek ini
birthday girl
 Heboh la dari hari tu aku dok dengar Betty sebut-2 pasal kek Secret Recipe.. 
So aku beli la kek SR ni..
tapi aku tak beli 1kg punye.. nak bankrupt cepat bleh la try..
Aku beli 2 slice je..
Jadi la ek Betty kan kan?

Penat la aku memujuk Betty kuar karok malam tu.. Dia takut dia diapa-2kan..Takut sangat. Kan aku dah cakap takde..

Betul serius takde.. Mula-2 la.. Pastu aku jumpa Amy, dia kata ada tepung. Pastu cancel lik sbb ko kata nntt makcu ko bising kan? Hmm bila dah ko kata ko tidur mah ko, ape lagi tepung kasi ada balik la.. huhu

Malam itu pergi karok with Ida, Betty, Farid, Zahir (penonton je).. disponsor oleh : Fieza Areyza

tengok i pakai baju biasa je g karok..sbb ada agenda lain. hehe
meh i suap u plak..

Balik singgah rumah Amy untuk menjalankan misi seterusnya. Baling tepung. Betty tak nak turun dari kereta dan sebab itu, habis kereta akuuuu !!!! Seat, dashboard, pintu semua ada tepung... huhu

Sayangnya gambar muka kami yang putih comot-2 tu takde.. tapi tetap comel ok.

FA : Birthday aku tahun ni aku tak nak plan sendiri lagi macam tahun-2 lepas.. Pls la.