16 February 2011

Entri Kedua Hari Ini

Buang tebiat. Buat entri baru lagi hari ini.

Jangan lah begitu, takut aku. Dahlah hari ni aku buang tebiat~pakai baju kurung & tudung. Apa function aku pakai tu padahal tak masuk dalam court pun? ~i excited nak masuk court. G.I.L.E

Kang betul betul aku tinggal lagi 2 Jumaat menangis korang kang. Haha. Kot ada yang menangisi pemergian aku, tah tah ramai yang lega~FUHHH

Aku dah penat la. Kenapa tak nak cakap terus dengan aku? Aku bukan takde hati & perasaan. Ada! Bila aku dapat tahu something dari orang lain, hati aku terkilan tau. Aku lebih rela dengar dari mulut dia sendiri walaupun pedihnya lebih menusuk kalbu.

Tadi sedang dia nyenyak tidur, aku belek la fon. Salah ke? Fon aku maa.. sim kad je dia punye. Sent items. To Eyra, to Baiti/Betty. Tu la yang membakar hati aku. Maaf ye Betty, aku dah baca sms dia hantar tu berkenaan gambar diam diam. Aku tak marah kau. Salah aku

Aku rasa aku kena tamatkan semua ni. Dengan CEPAT!!! Sebab kalau aku lengahkan or biar hal ni terus macam ni aku dengan Farid akan parah. GEDEBUSHHH! Ok la. Lepas ni TAKKAN ade lagi gambar curik curik. 

Petang ni aku rasa aku dah settlekan tanggungjawab2 aku sbg kawan dari aku mula rapat dengan dia lagi. Dari sehari ke sehari dia nak amek IC dia, dah settle. Gaji? Pandai pandai lah. Handfon? Pakai lah aku punye tu ok. Biar dapat contact Eyra, Fafa, Babeygaga, Naqey or mana mana perempuan pun. Yg lain? Tu dia sendiri boleh handle kot.

Mungkin hidup dia akan tenang tanpa aku. Aku dah patah hati dah. Sebelum ni aku boleh lagi try to fikir yang positif bila hal macam ni datang. Tapi kali ni aku dah tersedar dari lamunan. Rupanya dia tak selesa pun dengan aku. Rimas. "Terima kasih la" Farid. "Sayang" kau.... Barang jgn letak merata rata ok. 

Hisap rokok byk2 sampai mati, aku ingat tu.

FA : Tisu mane???? 

11 February 2011

Semalam Sudah Berlalu

Berbaloi ke ketensionan aku yang melampau itu? Ha... Berbaloi beb! 

Kerja dah settle, so takde kena mengena dengan kerja ok!

Semalam aku tension gile pasal family aku la. Hmm yang aku ade sebutkan dlm entri aku yg lepas. Aku jeles! Ya mmng aku jeles & aku sangat-sangat sakit hati. Anas, Mak, Telek dapat bahagian masing-masing. Aku? Wah Telek lagi melampau. Dah la aku penat-penat balik kerja semalam, aku dengar plak dia mintak duit nak beli laptop. Waklu! Aku bising, mak aku diam aje? Apa lagi pressure la aku.

Mak, mak ingat anak mak ni tunggul kayu? Ouh bila org mintak, berpuluh-puluh alasan mak bagi. Kalau Telek, mcm The Flash la mak amek purse mak tu kan?

Malam tu jugak aku rasa nak keluar dari rumah, tapi tak jadik. So tindakan aku ialah sms bapak aku, mengatakan ketidakpuashatian aku terhadap apa yang terjadi. Siap perli lagi.  Tapi tak berreply. Kenapa aku tak cakap face to face je dengan En. Ithnin tu? Sebabnya... dia takde smlm, tah pergi mana. Kalau tunggu aku balik dari melepak la, alamatnya harammmm.. Aku dah la balik Subuh.

Berita baik! Aku dapat jugak apa yang aku nak dari beliau. Maaf le Abah, lain kali sila berlaku adil. 

Thanks Farid & Amy coz menasihatkan aku last nite. Aku terima nasihat korang dengan hati yang terbuka tapi aku tak leh buat la sekarang, maybe next time? Aku dah diajar oleh mak aku untuk mintak ape yang aku nak dari Abah bila Abah ada duit sampai la aku dapat. Mak kata "selagi tak dapat, mintak je sampai dapat". So puncanya bukan dari aku ok.

FA : Nak paw Abah lagi ni. Nak duit tambahan !!!!Apa alasan nak bagi ni?

24 January 2011

Aku tak bisa memilihmu

Maaf ku tak bisa memilih dirimu kerana ku terhanyut mencintai dia. Inilah SALAHKU yang memberi ruang di dalam hatiku untuk mencintainya

Dear Ewan,
Sorry eh.. Ku tak bisa. haha. Penat dah aku cakap kat kau. Aku tak boleh, aku tak nak, aku tak ready dll tapi kau tak nak dengar. Degil! kan dah ternyanyi utk kau. Padan muka kau. Aku tak rasa la bunga-bunga cinta dari kau. Huhu. Kau tak wat ku jatuh cinta pun. Salah kau, bukan aku. hehe. Kau tu mulut pakai lepas je cakap ape-ape, kedekut lak tu. Camne aku nak jatuh hati kat kau??? Aku dah list kan ape yang aku tak suka pun kau camtu gak. Lagipun kau tu dak Dusun Setia la. Dekat gila dowh ngan rumah aku. Aku tak suka ar carik couple dekat-dekat ni (t aku nak kuar ngn orang lain kantoi plak). Dah lah korang tau pasal aku, tokok tambah cerita-cerita buruk aku lak tu. Mulut macam berak babi je masing-masing! Najis~ Wah.. Konon nak usha aku. Blah la weyh. Status facebook, in a relationship with Syafinas Yaakob tu pe cer? Nasib baik lah~ 

Aku rasa 1 hari nanti ada gak aku copy 100% dari karangan di atas & cakap kat dia terus. Tak tahan ar aku asyik di desak-desak. macam la nak kejar aku sorang. Padahal ayat-ayat manis dia, ingat aku tak tahu ke? Berlambak gurls dia ayat... Pirahhh..!

FA :  Mereject cinta. Takkan aku nak gitau dia aku dah terhanyut mencintai kawan dia. Gila? Haha.

17 January 2011

Terencat di Port Dickson!

Suke, suke, suke... ingat sampai bila-bila...!
Bila lagi nak lepak macam ni..?
Selalu-selalu pun takpe...

Betty datang... huhu orang jauh datang takkan nak ajak lepak mamak corner je kot..
Pikir punye pikir, PD! (cam la aku yang pikirkan..haha)

Walaupun tak camping ke tak wat bbq ke tp still best...
Borak, gelak-gelak... Dengan aksi-aksi sengal dorang.. kih3..

Bayang-bayang kami berempat
ketam yang berjaya menyepit jari Farid..haha
Muka tak senonoh Farid!!!

:D
 FA : Tidur sampai petang! Huhu

10 January 2011

The Climb | Gunung Datuk


Hah 1st & last kot aku naik gunung. Bapak punye letih. Tak cukup nafas aku. Balik terus sakit dada & kepala & hampir demam. Telan panadol 2 bijik terus ok. Tapi cam sial jugak la, tertidur dalam posisi duduk masa tengok AJL 25 kat rumah Ipan semalam. Farid syok la, sebelum AJL start lagi dah tidur, tambah2 syok ada yg tlg usap2 kepala & carikkan uban (aku le tu), AJL dah nak habis baru dikejut gara-gara aku dah terlelap.

Kitorang nak start naik pukul 10.30am. Masuk-masuk je dah salah jalan. Tah mana punye jalan Farid bawak. Pusing punye pusing akhirnya jumpa jalan naik. Wah excited gile mula2. Mula-mula je la. Then dah penat, asyik merungut je keje nye..Dalam perjalanan, orang-orang yg tgh turun ada yg tegur cakap lg 15minit la, lg 5minit la, sikit je lg la.. waklu la lu orang.. penipu je masing-masing.

Akhirnya sampai la kitorang kat atas jam 1.10pm. Wah leganya dah sampai. Angin best. View pun ok. Puas hati dah sampai atas. Lepak-lepak jap, then turun. turun kejap je rasanya. Lagipun kitorang kjar masa, nak balik cepat.

masa naik, tiap kali jumpa pokok2 tumbang camni confirm aku duduk jap sebelum melangkah. haha fedup je Farid masa tu
Ada tangga nak naik atas sana.
Naik atas lagi. Time aku tambah cuak. Kalau aku jatuh...eee mau ke alam lain aku..
view kat atas
P/s : pic atas-atas ni sumer hasil carian mr.google. Aku tak bawak kamera. pic aku kat kamera ipan ada 1 je, masa kat puncak. nak tunggu dia upload. then baru update lagi.

FA : balik rumah, makan sikit (xlarat nak makan, mata dah kuyu).. br je nk terlelap, Farid call, kereta Ipan rosak. ah..xsempat nak bermimpi kot!tu yang terlelap smbl tgk AJL uh.