17 March 2012

cinta muka buku

marzuki tu masa lalu aku. aku dah move on. kali ni secara seriusnya. serius. tak main-main punye. sebab aku dah cinta dia ni. kali ni aku akan pastikan rekod aku baik & cemerlang. haha. dia ni sweet sangat. baik. comel. tapi bila diatas ninja, dia sangat bergaya. wah. haha.








<----- saya ingin bersama dia di masa depan
















Tuan Ahmad Firdaus, 
You are my world and I love you always. You are the only thing I see in my future.

03 March 2012

Lepas aku abang aku pulak

Hari tu keta aku rosak. timing belt putus. tengah highway lak tu. kat highway LEKAS. tau tau je la kat LEKAS tu memalam camne. gelap. nasib baik ada keta peronda tu teman kitorang sampai bapak aku sampai.

pagi tadi sebelum aku gi keje, mak aku cakap anas eksiden. hmm.. tak tahu la eksiden langgar orang ke ape kan? ingatkan nak sms dia nanti. bukak je fb, dia dah upload pic keta dia. jalan tu penuh dengan pasir rupenya. masa tu 6.30 pagi. mesti jalan gelap lagi masa tu. hmm.. sayang gila. aku suka drive keta Gen2 dia nih. lebih lebih lagi kalau bawak malam minggu. huhu.

hmm..kalau anas nak pakai keta aku sementara dia takde keta ni, aku bagi kan je. aku susah sikit kat sini pun takpe. dia dah banyak tolong aku. aku pulak ingat nak angkat scrambler. haha. mampu ke? tah lah.

21 February 2012

SINGLE again

aku & mr.runner masih lagi kawan. dia nak bagi aku masa sampai hujung bulan depan. lama woo dia bagi aku masa tuk pikir pikirkan pasal relay kitorang nih. err ada ke apa-apa yang aku patut fikirkan? hmm cam takde je?

aku putus atas beberapa sebab :-

pertama, sebab dia pernah membikin satu cite/fitnah kononnya aku ni sms ngan jantan len kat sorang minah yang pernah dia suka ni. padahal aku tak penah pun. bila aku tanya kenapa, dia menutup satu pembohongan dengan satu pembohongan yang lain. sampai bila pun tak abis menipu kalau bukak satu,tutup sepuluh.

kedua, dia mabuk. konon dulu janji tak akan sentuh air haram tu bila aku dah terima dia. gaduh skit gi mabuk walau baru gaduh besar sekali  tu je. sampai abis duit gaji. islam pada nama je. i tak boleh la ngan orang-orang yang mungkir janji nih.

ketiga, dia tumbuk keta kesayangan aku..! memang tak boleh blah betul ape yang dia dah buat. memang la kemek sikit, just kesan penumbuk dia je tapi hello..! dia ke yang susah payah, penat lelah carik duit nak bayar bulan-bulan keta tu ? takkan? so memang ianya benda besar, bukan benda kecik.

keempat, mestilah sebab cintahatisaya si Marzuki tulah. hari tu chatting dengan dia, aku cakap kat dia aku nak tunggu dia tak kira la aku ade bf ke takde. pastu tengok dia reply cam ada harapan je. aku cakap macam eh, bukan ada harapan. tapi semalam punya semalam aku tengok wall dia, dia ada nak kenal ngan satu minah nama ju ni. err cam ju ni pun syok je si marzuki nak kenal-2 ? tapi marzuki cakap kat i semalam, kawan je. WHY U JELES ? haha. haruslah jeles sayang! teruskan berharap je la Fieza..

kelima, disebabkan mr.runner post kat wall fb aku dia mintak maaf pasal ketelanjuran mengkemekkan keta aku and whatever sayang lagi tu, abang aku pun baca..dan abang aku pun marah. abang mana yang nak adik dia bersama ngan orang yang panas baran ? baran dia je ingat, baran abang aku ada ingat tak? susah la nak ada hubungan ngan someone yang ahli keluarga kita tak suka. serius. aku penah hadapi ni banyak kali.

keenam, ketujuh dan seterusnya, adalah sebab musabab kecik yang lain.. bosan pun ada jugak. sebab hari-hari jumpa. aku dah pesan awal-awal, aku tak nak jumpa hari-hari takut aku bosan, tapi dia tak nak dengar. lantak lah.


Yeah, aku single lagi. PEACE

31 January 2012

terror dow hati aku ni

kalau hati rasa berat nak pergi, memang sah tak best punye.

macam event gi PD baru-baru ni lah.. 28 & 29 Jan lepak sama budak-budak tesco. mula-mula planning dulu memang gile excited sebab apa tah. tapi dah dekat tarikh tu, mungkin sebab asyik gado je ngan bf aku, takde rasa nak pergi. tapi sebab aku dah baik balik & kawan aku Qyla tu sangat pandai memujuk, aku pergi je le.

damn!

bosan dowh! serius aku cakap memang bosan. dah la pergi tergesa-gesa, sampai PD alih-alih tengok diorang masuk simpang ke MARINA. What the fuck budak-2 ni! aku geram la dol. masa planning dulu, aku suggest Marina sebab tempat tu clear. takde orang kacau. diorang bantah kaw-2 punye. atas alasan marina jauh dari pantai, marina tak best. memang mencarut gila babi la aku dalam keta masa tu. start tu muka aku nak ketat je. sampai Qyla tegur la suh senyum. ok la. aku senyum sikit la. yg tak best lagi, sebab kepalanya aku  & bf aku, tapi diorang wat macam diorang pulak kepala. k fine la. aku ok lagi sbb aku pun tarik tali gak aritu, kejap nak gi kejap taknak. pastu, sebab ramai perempuan kot. aku ni ne leh ramai2 pompuan. sorang dua leh le..

bayangkan betapa bosannya aku.. nak main game ni. ape tah nama game tuh. yg pusing botol pastu amek kertas dalam balang, baca apa denda. aku cuma gelak bila lawak je. selebihnya aku tunggu turn aku kena, pastu aku harap game tu tamat cepat. cis. tamat game tu ada lak teka teki. memang tak terror la aku dalam bab ni. aku lari masuk bilik, nak berasap. alasan : gi toilet. tgh dok berasap kat tingkap, menikmati pemandangan Marina yang tak seberapa nak indah tu, hati aku cakap, "kenapa ek aku rasa macam budak-budak ni ada kat sini je?tah-2 diorang ada kat sini kot".. aku dapat rasa dow.


esoknya, turun gi swimming pool. pastu dok bertapa dalam air, tak tahu berenang punye pasal, naik atas dok keringkan badan, terpandang 1 mamat ni. AMY! gi lah jumpa kejap. ouh kawan-kawan Telek semua ada kat sini. cis betullah apa hati aku cakap. see? aku memang terror bab-bab ni. aku naik atas kacau dorang tido. haha. lantak la apa bf aku & kawan2 dia nak cakap. aku bosan lepak ngan dorang. aku tahu mesti ramai jadi batu api sebab nampak aku blah macam tu je dgn amy. pi lantak. aku kacau dak2 ni pun dah wat aku happy. ish, lau aku tahu hati aku betullah, aku memang terus kuar dari bilik, gi lepak dengan diorang je. lagi ada pekdahnya. ye tak?

memang naik bilik bf aku tak tegur aku lah. sampai aku balik seremban. pi mam ar. nak gaduh? aku on je!

30 January 2012

tak sabarnye...

di hari kedua tahun baru cina...
aku tengah syok tido nih..syok sangat-sangat...tetibe adik aku, Telek masuk bilik kata "mok, untunglaa kau dapat akak ipar baru 30hb ni". dengan mamainya cuba mengamati apa yang disampaikan. tak jelaslah apa yang aku dengar. "oi!apa kau cakap?" takde jawapan, cuma gelak tawa je kedengaran. hampeh tul budak ni. memang carik nahas tul. aku dah lah pantang bila tengah tidur orang kacau tanpa motif.

....mengamuk. jerit-jerit cam biasa.....

"apa kau cakap tadi bodoh?"
"hahahahaha". dia gelak lagi!
"eh bangang. cepatla cakap. aku tanya kau ni. apa kau cakap tadi! kau nak kena pukul ke hape!!!"

pastu anak buah aku comel lote tu masuk, "betullah aunty, pakteh nak nikah 30hb ni." aku plak masih lagi "hah?" "hah?" tak abis-abis. seriously memang tak caya lah. gila apa. dengan sape? "dengan yang baru". ouh. dengan yang baru takpe. nak nikah? aku on je. sila-sila.


baru nak feeling-feeling glamor dihari nikah dia, nak dapat akak ipar baru, 30hb ditunda ke satu tarikh yang baru yang akan diberitahu kelak. : (